Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, March 27, 2013

Wadi Abi Homestay, Batu Kurau


Assalamulaikum,
Lama sungguh aku tak update blog...hampir terlupa aku ada blog...Kesibukan waktu ditempat kerja...tambah2 lagi kerja di tapak project..jarang sangat mengadap komputer...
Disini aku ingin kongsikan Homestay Keluarga aku di Kampung, Batu Kurau...Insyallah, Jika sudah siap sepenuhnya aku akan war war kan..rakan2 pun boleh terus ke facebook Wadi Abi Homestay atau di blog http://wadiabihomestay.blogspot.com/ untuk perkembangan lanjut...Nama Wadi Abi diambil sempena Homestay yang dibina di atas tanah Arwah ayah Allahyarham Hj Abdullah Bin Awang Chik..Insyallah dengan nama ini akan mengingatkan kami sekeluarga akan ibu dan Ayah dan tanda kasih sayang kami kepada mereka, Semoga Arwah ibu dan ayah sentiasa dalam rahmat allah...Alfatehah

Wadi Abi Homestay akan dibuka Sebelum Ramadhan 2013. Segala Makluman akan diberitahu kelak. Kerja-kerja pembinaan sedang giat dilakukan. Berikut adalah gambar dalam tempoh pembinaan.






















Segala Maklumat terbaru akan dimaklumkan dari masa ke semasa...Homestay ini sesuai untuk semua golongan dari Keluarga, Rombongan dan sebagainya. Terdapat 4 buah rumah sederet yang terdiri satu rumah bersaiz besar dan 3 rumah bersaiz sederhana.

Friday, January 6, 2012

46% mahasiswa lepasan ijazah datang dari UTM


Assalamualaikum, Lama sungguh tak updated..Terbaca paper Utusan (Dah petang baru bukak, biasa la jarang buka Utusan), NC UTM mengeluarkan statistik mahasiswa berijazah yang 46% adalah keluaran UTM. serta pencapaian2 UTM lainnya...Sebagai Seorang produk UTM, aku juga tumpang bangga atas pencapaian UTM sekarang.

JOHOR BAHRU 5 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai pusat pengajian tinggi dengan bilangan mahasiswa lepasan ijazah yang paling ramai di negara ini iaitu seramai 10,888 mahasiswa setakat November lalu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, jumlah itu bersamaan dengan 46 peratus daripada bilangan keseluruhan mahasiswa yang mengikuti pengajian pelbagai peringkat di UTM dan ia menghampiri sasaran universiti untuk mengimbangi bilangan penuntut sarjana muda yang berjumlah 12,955 orang setakat ini.

"Pada masa ini UTM mempunyai seramai 3,439 mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) membabitkan 1,823 mahasiswa tempatan dan 1,616 antarabangsa manakala 7,449 mahasiswa sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana yang terdiri daripada 2,106 warga tempatan dan 5,343 antarabangsa.

"Semua mahasiswa PhD mengikuti pengajian secara penyelidikan dan secara tidak langsung menyemarakkan lagi aktiviti berkenaan selaras dengan status UTM sebagai Universiti Penyelidikan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kata Zaini, bagi mahasiswa sarjana, seramai 1,576 mengikuti pengajian secara penyelidikan, 4,655 kerja khusus dan 1,218 campuran penyelidikan dan kerja khusus.

Menurutnya, pertambahan jumlah mahasiswa lepasan ijazah mampu mengekalkan UTM sebagai universiti paling banyak mengeluarkan lulusan kejuruteraan dan teknologi di peringkat lepasan ijazah di negara ini dan ia kekal popular berbanding universiti penyelidikan lain di negara ini.

Tambahnya, kedudukan UTM dalam senarai 200 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi berdasarkan penarafan oleh QS World University Rankings 2011 turut menyumbang kepada pertambahan bilangan mahasiswa dari luar negara.

''Selain itu, langkah UTM memperkenalkan PhD Industri berjaya menarik ramai tenaga kerja profesional dari sektor industri untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UTM.

''Pada masa ini seramai 57 kakitangan industri mengikuti program tersebut melalui pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertujuan melahirkan 500 tenaga kerja industri berkelulusan PhD menjelang 2015.

"Jumlah berkenaan menjadikan UTM sebagai pusat pengajian tinggi paling banyak menerima biasiswa PhD Industri berbanding sebanyak 100 peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2011," katanya.

Jelasnya, antara syarikat yang menghantar pekerja menyertai program berkenaan ialah Proton Berhad, Motorola Solutions Malaysia Sdn. Bhd; Telekom Malaysia Berhad, TM R&D Sdn. Bhd; TM Applied Business Sdn. Bhd; UCSI and Aviation serta Optimal Olefins Sdn. Bhd.

Psst: Sebagai Bekas Pelajar UTM, Sewajaranya UTM terus menerajui  institusi Kejuruteraan dan Teknologi di Malaysia. Kerana UTM cukup sinonim dan gah dengan kehebatan dalam Teknologi Kejuruteraan. Kepada kawan yang masih di UTM dan menghabis kan Master dan PHD masing2, Semoga Allah permudahkan urusan kalian...

Saturday, October 15, 2011

Bola Sepak Piala Malaysia Suku Akhir - Warga Perak, Sudah Bukan Rezeki Kita Tahun Ini


Assalamualaikum,

Kekalahan pasukan Perak 0-1 (1-4) ditangan Selangor memang menyedihkan bagi peminat Perak.
Inilah bola sepak. Namun semangat kesukanan Penonton Perak yang memenuhkan stadium berkapasiti 45000 orang amat dirasai sehingga habis tiket untuk dijual. Jumlah penonton yang hadir diluar jangkaan pihak pengirusan stadium sendiri.

Penuh Dengan Penyokong Setia

Sudah Lama Perak tidak mengumpul penonton seramai ini


Tempat SSU Curva

Tahniah dan terima kasih kepada pemain, Jurulatih dan penyokong Perak. Walaupun perjalanan Perak agak berliku dengan pergantungan pemain dan sebagainya, namun itu bukan halangan kita bergerak sejauh ini. Rakyat Perak harus bangga dengan pencapaian yang diperoleh.

Kepada semua Silvermania (Silver State Ultras) yang terus memberi sokongan selama ini, insyallah musim depan kita jumpa lagi.Sesungguhnya SSU merupakan Ultras Negeri paling besar dan terbaik di Malaysia. Semoga kita terus berjaya......

layan semua lagu dan chant sepanjang 2011 dibawah...kita jumpa musim depan....











Psst: Kepada Pasukan lain teruskan berjuang..kalau dah menang..tak payah la nak provoke yang tewas...

Wednesday, October 12, 2011

Perak Tetap Selamanya Dihatiku....

Assalamulaikum,

sorry lambat pulak nak tulis pasal Piala Malaysia,
Seperti yang semua tahu Perak Tewas kepada Selangor dalam leg pertama di Stadium Shah Alam,
Sudah memang tiada rezeki, 2 gol hasil sepakan percuma menghasilkan Gol bagi pihak Selangor.
Secara jujurnya Permainan perak adalah seperti biasa, munkin tiada rezeki di Shah Alam.
Namun, baki 90 minit di Ipoh insyallah mampu digunakan untuk menumbangkan Gergasi Merah itu.

Penyokong Perak Tak Kayu Macam Penyokong lain...

Nak cerita pasal game memang tak best sebab kalah, tapi aku nak cerita Bab Penyokong...
Walaupun Penyokong Perak tidak seramai Selangor (Mestila sebab away), akan tetapi Penyokong Perak lebih dirasai dengan geng2 Silver State Ultras (SSU) yang menjadi conduct pasukan Perak. Setiap Masa Penyokong Perak akan Menyanyi dan Chat bersama. kalau dilihat Belah selangor secara jujur mereka hanya duduk..tak pasti mereka ada nyanyian keramat seperti Ipoh Mali. Ultras pun macam ada takde jer...

Sama-sama saksikan ketaksuban SSU, Walaupun tewas, Perak tetap Dihati...

Youtube dari pakcu Mie/Jakasembur


Chant-Darah


Hari ini Aku Datang Keranamu
Hari Ini Jiwa Hati Kita Bersatu
Darah Engkau Darah Aku Jadi Satu
Perak Tetap Selamanya Dihatiku





Chant-Seru


Serulah
Wahai Sekalian Penyeru
Tingkatkan Ketaksubanmu
Serulah Serulah
oOoooOooooooO
oOoooOooooooO
oOoooOooooooO
oOoOo Perakku
oOoOo Wiraku
oOoOo Perakku
oOoOo Wiraku





Chant-Tidak Gentor


Owh Silvermania
Anak Perak
Tidak Gentorr

Siapa Menghalang Kami Tidak Peduli ..
Sampai Mati Pun Perak kan Tetap Diha

Yang ni Youtube aku TheNusantaraku77










SSU tetap meraikan walau apa terjadi


Lagu Pak Ude

La la la la la la la la la la
La la la la la la la la la la
La la la la la la la la la la la la la la
La la la la la la la la la la la la la la

Ooooo Ooooo Ooooo Ooo
Ooooo Ooooo Ooooo Ooo
Ooooo Ooooo Ooooo Ooo

Singgah Bermalam Romah Pak Ude
Makan La Nasik Sayo Keladi
Singgah Bermalam Romah Pak Ude
Makan La Nasik Sayo Keladi

Bior Pape Ase Berjaye
Asekan Senang Di Dalam Hari
Bior Pape Ase Berjaye
Asekan Senang Di Dalam Hari

Peram Peram Pisang
Pisang Masak Layu
Jatuh Dalam Kubang
Sambo Bapak Yu

Umbut Umbut Nyor
Belalang Kedek Kedek
Sape Buat Hingo
Orang Tu Kene Cubit
+

Perak Le Kite Mesti Juara
Walau Ape Pon Deme Nak Kate
Perak Le Kite Mesti Juara
Walau Ape Pon Deme Nak Kate

Kita Semua Same Sahaje
Tetap Menyokong Sampe Bile Bile
Kita Semua Same Sahaje
Tetap Menyokong Sampe Bile Bile

Kejor Yob Kejor
Sampe Deme Mangkor
Udah Deme Mangkor
Baru Deme Sedo
Sampe Deme Mangkor
Udah Deme Mangkor
Baru Deme Sedoti




Psst: Ultras Sel (Selangor punya) memang tak boleh lawan la dengan SSU..jauh ketinggalan..tabik semua penyokong perak.....

Wednesday, October 5, 2011

Perak Team Terbaik Malaysia 2001-2010


Assalamkualaikum,
Sekadar untuk berkongsi dengan semua, rangking yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) menunjukkan Pasukan bola Sepak Perak menduduki tangga ke 68 terbaik dari 237 pasukan yang tersenarai dalam Asia sepanjang tahun 2001 hingga 2010.



Terdapat 8 team dari Malaysia yang tersenarai dalam rangking ini termasuk Selangor (80),Perlis (105),Kedah (116),Negeri Sembilan (133), Pahang (155), Terengganu (176) dan Johor (227).

Laporan rangking ini sekali gus menunjukkan tahap konsistan pasukan bola sepak Perak yang sentiasa memberi saingan dalam setiap perlawanan dan satu satunya pasukan yang masih kekal dalam liga utama Malaysia dan tidak pernah jatuh ke liga bawah atau ke dua (liga perdana).




Sepanjang aku mengikuti bola sepak Perak, Penyokong Perak disenaraikan antara penyokong paling setia dan konsisten dalam setiap musim bola sepak. Mungkin peminat negeri lain boleh menafikan, akan tetapi logiknya disini kerana pasukan perak sendiri adalah pasukan yang tidak pernah terlepas melayakkan diri dalam Saingan Piala Malaysia. Dengan wujudnya kelab2 penyokong seperti Kelab Seladang, Yob4ever yang telah lama bertapak, kehadiran Silver State Ultras (SSU) yang merupakan Ultras pertama yang wujud di Malaysia menjadi satu fenomena dalam merancakkan lagi Bola Sepak Perak dan Malaysia.

Mungkin ada yang bertanya dimanakah kedudukan Kelantan?
Bola sepak Kelantan hanya  Bangkit pada sekitar tahun 2009 dibawah Jurulatih Peter James Butler dan pengurusan Tan Sri Anuar Musa. Maka oleh itu Pasukan Kelantan masih dikira baru dalam jangka masa  tahun 2001 hingga 2010. Pasukan Kelantan pada 10, 20 dan 30 tahun sebelum ini telah dilanda zaman hitam yang panjang dan hanya menjadi juara bagi liga FAM, Piala Emas Raja Raja dan Liga Perdana. Jelas Kebangkitan mereka sekarang kerana Pengurusan yang baik oleh mereka yang tahu akan hal bola sepak.

Psst: Ape-Ape pun Perak tetap dihati.....