Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, May 25, 2011

Polis Wanita-Antara Indonesia dan Malaysia

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku ada baca juga kat news Indonesia pasal Polis wanita Indonesia yang berwajah ala Model, tapi aku buat tak tahu jer, but dalam beberapa hari lepas tu aku ada baca dalam Malaysia Insider yang memetik berita itu. Aku ingat berita tu takde la menarik minat sangat, tapi ada jugak yang nak ambik cerita tu. tengok la gambar2 bawah ni

Peewit

Nasib baik dapat jadi Polis, kalau tak jadi bibik kat rumah korang ok..

Masuk lokap satu malam pun takde hal

Alasan polis Indonesia mengatakan agar polis-polis berkenaan dapat didekati rakyat dan mengubah persepsi mengenai Polis disana yang boleh dikatakan antara terkorup di Asia dan Dunia adalah tidak begitu jelas, adakah dengan berwajah ala model akan mengubah persepsi itu, lainlah kalau stigma masyarakat Indonesia macam tu (Pikiran dunia ke-3). Aku takut nanti polis wanita tersebut menjadi mangsa jenayah.

Cuba kita bandingkan dengan polis wanita kita di Malaysia, Sejak Pak lah mengambil alih pemerintahan dahulu, penerapan nilai islam itu sedikit sebanyak telah diserapkan kedalam banyak agensi, walaupun aku tidaklah terlalu berminat dengan pak lah berbanding Tun M, penerapan tersebut sedikit sebanyak membantu penerapan nilai islam dalam pentadbiran, contohnya dalam etika berpakaian kepada wanita islam, jika dahulu jarang sekali kita melihat pembaca berita, forum2 di TV yang menampilkan wanita bertudung, sekarang alhamdulillah sudah banyak, malah ramai pelakon sudah menutup aurat mereka dan tindakan tersebut harus dipuji.

Berbalik kepada topik asal, Polis Wanita diMalaysia juga terkena tempias perubahan yang baik ini, majoriti Polis wanita Malaysia sudah mengenakan Tudung dalam menjalankan tugas, menutup auratkan wajib dalam islam, dan alhamdulillah perkara ini dapat diterima. Tentang perihal akhlak, rasuah dan salah guna kuasa tu adalah subjektif untuk dibincangkan, yang pasti secara luarannya, mereka telah menunjukkan cara berpakaian yang baik dan disaran Agama.

Sekali inspektor Haliza da...

Bos-Bos Wanita PDRM

Kan Ayu tuh

Sabar Kak long

Menteri jer nampak jambul ok

Bukanlah niat aku ingin kondem Polis Indonesia, tetapi mereka adalah sebuah negara Islam terbesar Dunia, Malah 85% rakyatnya beragama Islam, Wajar bagi mereka menunjukkan wajah islam yang baik kepada Dunia luar, Malaysia hanya sebuah negara kecil dan 60% rakyatnya beragama Islam. Indonesia wajar menjadi Abang besar kepada negara-negara Islam lain. Idea menjadikan polis berwajah model sebagai satu penyelesaian masalah sukar untuk dipastikan keberkesanannya. Idea ni kita Malaysia tak payah ikut la...

Psst: Kita Tidak perlu takut kepada pihak polis jika kita tidak membuat apa-apa kesalahan...

5 comments:

MRS. K said...

betul.betul.. boleh pulak pakai skirt pendek ek? huhuh. camno nak kejar penjahat nih? dok opis ngadap pc boleh la

CoLumbia Livia said...

ntahhh.. dengan skirt camtu, bukan kate berlari, berjalan pun susahhh..
hishhh..

hafiz said...

Kalau kita ingat Polis2 kita 15 tahun dulu pun macam ni jugak...

Cuma Alhamdulillah kita banyak jugak berubah...

Bab macam mana nak kejar penjenayah tu aku tak sure la..tapi aku rasa polis2 pompuan ni duduk opis jer kot..

Cuma aku hanya pertikaikan kenapa hanya perlu wajah2 menarik untuk dekati rakyat..

hehehe..untuk kita fikirkan bersama

LIZ said...

AKU SANGAT TAK AGREE INDON MEMILIH POLIS WANITA YANG CANTIK2 GAYA CELEBRITY.BUKAN HANYA BOLEH MENDATANGKAN KEBURUKAN PADA DIRI WANITA ITU SENDIRI MALAH MENJATUHKAN IMEJ NEGARA TERSEBUT.APA TAKNYE..ORG KALAU DAH CANTIK,BANYAK PULA YANG MEMIKAT.SILAP2 JABATAN POLIS MEREKA PENUH DGN SKANDAL DAN MAKSIAT.TENGOKLAH PAKAIAN MEREKA,MENJOLAK MATA.SEPERTI SEORANG PELACUR TAPI DI PAKAIKAN PAKAIAN SERAGAM POLIS.INIKAH YANG DI NAMAKAN PIHAK MENJAGA KEAMANAN NEGARA? MENJUNAMKAN NEGARA KEARAH KEBINASAAN TU ADALAH..

hafiz said...

Sabar Liz,

Sebenarnya mereka kurang idea walaupun rakyatnya 240 juta orang,

Munkin bagi mereka ini cara terbaik..
itulah beza pemikiran kita dan orang Indonesia

Tapi idea tersebut tak ubah seperti pemikiran dunia ke3

bagi Malaysia, cara Polis mendekati rakyat melalui Rakan Cops contohnya, sesiapa sahaja boleh menyalurkan maklumat dan apa bentuk info kepada polis..

tak payah jual wajah2 cewek2