Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, April 30, 2010

selamat hari pekerja

Salam kepada pekerja2 sekalian
tak kirala private or gomen
1 mei dah tiba
kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan
selamat hari pekerja..
aku sebenarnya tak paham sangat sambutan ni..
kalau macam hari raya ka apa ka
best jugak..cuma paling best pun cuti la

apa2 pun..aku tetap gi opis esok
ha2...

Sunday, April 25, 2010

Rumah Aku.........

Sabtu 24 April aku ke Taman Sutera kajang.
Bukan meeting or site visit ok..
aku pegi ambik kunci rumah & check defeated kat rumah tu..
ni 1st time aku masuk rumah aku sendiri..
walaupun hanya sebuah apartment..
atleast ada la jugak harta aku.
Terima kasih kepada idzaney from MTD Construction yang banyak membantu..
nampaknya lepas ni kena pasang grill & pasang electrical equipment
kat dalam rumah tu..duit lagi nampaknya hu3..ni la serba sedikit gambar rumah aku...

No Rumah aku


Dalam Rumah


Permandangan Luar Rumah


Permadangan Luar Rumah lagi


Permadangan Dari Luar


Ada Model Kunci Pulak.......

Nampaknya akuni melawan arus..orang lain muda2 sibuk nak beli kereta..aku gi beli rumah..pastu jadi mat rempit lagi..takpe..kereta coming soon..

Friday, April 16, 2010

Site Visit Padang Besar

Assalamualaikum..
rasanya tak terlambat aku nak story cerita aku ke site visit padang besar
aku pegi 2 hari je..isnin & selasa ( 12 & 13 April).
Project landasan bekembar ni ade area kontena..
masalah utama xde jalan keluar masuk..lawak pun ada..
part aku bahagian electrical okla..
just cari nearest supply untuk Highmast area tuh..
aku servey tengok memang no problem la bab supply, Cume Meter panel je kat mana nak letak..kalau boleh depan pintu masuk..
Design semua aku dah settle dah..
ok la 2 hari kat site..releks sikit..


Sempadan Malaysia & Thailand (Dengan Otai Track Engineer)



Padang Besar Yard


Sapa Pulak Call Nih


Kontena Yard (Existing)


Gamuda Site Office

Duduk Lama-lama kat office bosan jugak..jalan2 gi padang besar ni lepas jugak tension..sambil shopping ha3......

Saturday, April 10, 2010

Kembali ke Gym Kampung Pandan


Setelah sekian lama tidak turun ke Gym..
memang lemah je rasa badan nih..
agak2 aku dalam 2 bulan jugak la tak turun gym..
lepas je eksiden motor raya cina dulu..baru sekali turun kat gamuda gym..tu pun main ala kadar coz tangan still sakit..selepas dapat tahu dari member2 gym kg pandan kata dah bukak..aku pun turun la..adoi..aku punya power dah kurang..macam orang baru main la plak..hari kedua baru aku rasa kekuatan menjelma..main tak ingat punya..
huh..baru best rasa badan..barang2 gym plak semua baru2..puas hati jugak..badan nasib still maintain ada bentuk lagi..Harap aku dapat luangkan banyak masa kat Gym selalu..

Kita Kasi Pecah...

Wednesday, April 7, 2010

Pulau Perhentian...memang enjoy habis

Hari jumaat malam aku gerak ke hentian putra..ambik bas ke kuala besut..bas jam 9.30mlm..biasa la janji melayu..jam 10 lebih jugak sampainya..semua yang join 7 orang je..4 laki 3 pompuan..aku pun tak kenal yang lain tuh..aku kenal si fahmi sorang je..yang lain tu semua budak2 public bank maluri..


On the way ke jeti


sampai ke Pulau Perhentian Kecil



Diatas Bot


Permandangan diatas Restoren Cayaku 'Mohsin'

Sampai kuala besut around 5.30 pg..sempat solat subuh kat masjid..naik bot jam 7.30 pagi ke Pulau Perhentian..mmg best naik bot nih..asyik bergoyang je..hua3..perjalanan ke pulau perhentian kecil ni ambik masa 30minit je..

Tido tak ingat


Berlatar belakangkan chalet mohsin

Bergambar



Bergambar lagi

Sampai chalet mohsin around 8pg..mmg kira awal la..ikut schedule check in 12.00pm..apa lagi lepak2 dulu kat Cayaku restoran..mmg tak sabar betul nak terjun dalam laut yang membiru tuh..mmg tak sempat2 budak2 laki tumpang letak beg kat bilik pompuan terus terjun laut..aku rasa ade 3 jam berendam & berjemur kat pantai tuh..habis mandi kami pun turun makan..habis je makan kami telah melakukan sesuatu yang tidak pernah org buat..tido kat restoran..maklumla siang hari takde elektrik..diorg pakai genset waktu malam je..bukan kami je tido kat situ..dengan minah2 mat saleh dengan korea pun ada..ha3..

Lepas bangun kami pun berjalan2 la sepanjang pantai..memang best beb..biasala akuni jarang turun pantai & pulau nih..jiwa kental..tapi hati ada taman..malam kami berjalan2 lagi sepanjang pantai..lepak2 makan kat restoren Cayaku..memang best abang mohsin satu kod nih..sambil2 tu layan EPL ManU vs Chelsea..lepas tu lepak tepi pantai..fuh..


Bersama Din (Penyu) dengan Fahmi (Shut up 2x)


Aku Sedang Snoorkeling


Tunggu makan BBQ


At Restoren Cayaku

Pagi ahad semua ready nak ke snoorkeling..ni pun benda 1st time aku jugak nih..dari jam 10 pagi sampai 4.30 snoorkeling..tapi puas hati la..ha3..sampai kaki aku calar balar kena batu karang..malam kitaorang makan bbq kat tepi pantai..lepastu layan movie kat restoren siap abang satu kod belanja minum lagi..habis jugak 2 movie layan..memang feel..




Aku dah nak balik


Bersama abang Mohsin Satu kod


Borong Satu kedai

Hari isnin jam 12 kami gerak dari pulau ke kuala besut..ikut plan naik jam 4 petang..tapi masing nak shoping kat jeti..that y gerak awal..borong habis semua bahan..dari baju, cenderamata & segala keropok yang ada..jam 9 malam kami gerak balik KL..

Secara keseluruhannya percutian ni memang best..tambah2 dengan geng2 bujang & geng bujang 3. Pegi plak tempat mat2 saleh..mmg tak sesuai la bawak family hu3..mana pulak aku nak pi lepasni. Malas nak masuk opis la plak..aku dah nampak banyak benda tak best kat office arh..
layan kan je....

Friday, April 2, 2010

Bercuti Ke Pulau Perhentian...

Harini (Jumaat 2 April) aku akan bertolak ke Pulau Perhentian..
Setelah penat bekerja siang malam (kononla)..rasa nak bercuti la pulak..
Tq kepada Fahmy sebab roger ajak gi perhentian sekali..
makna aku tak ader kat KL sampai isnin..
so..nanti aku update activity aku kat sane okz..




Pulau Perhentian tunggu aku.....

Kembalinya Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi)

Din Beramboi
Din Beramboi


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Petikan dari Berita Harian Online

Thursday, April 1, 2010

Hubungi Rakan Lama

Petang tadi aku dapat no Tarmizi dari ehsan (tq Bro)..
rakan-rakan Semetrik sure kenal punya mamat nih..
8 tahun tak jumpa budak nih..kawan baik dia macam afex,
Eddy bola pun haram tak tau jugak..last tadi aku try la contact dia..
sempena april fool..memang kena la budak nih...
dengan kepakaran menyamar sebagai anggota
polis cawangan bukit aman..
aku pun contact la dia..terkejut beruk la...
Alhamdulillah..jumpa jugak sahabat lama aku nih..
duduk area kajang je pun..Kawan2 langsung tak contact,
malu la segan la..memang nak kena mamat nih..
Insyallah nanti kami akan berjumpa dah berborak panjang..
ni gambar mamat tuh...



Kepada rakan2 yang lama tak contact tuh..tambah2 yang langsung takde Facebook & etc..
rajin2 la contact kawan2...