Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Thursday, April 28, 2011

Pelajar-pelajar sekarang gemok..kan senang cakap macam tu!

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kepada semua follower aku, yang dah mencecah 200 lebih, harap Blog aku korang dapat di pautkan di link masing2, agar mudah kita bertukar pendapat.

Kembali kepada tajuk diatas, Masalah Obesiti dikalangan pelajar hangat diperkatakan. Sampai kena keluarkan garis panduan makanan untuk pengusaha kantin lagi. Apa yang aku nak bagi tahu, Food it not everything la..Bagaimana dengan Aktiviti fizikal budak2 sekarang juga perlu diambil kira.Tak guna jika hanya menjaga makan, tapi balik rumah tengok TV, Main Video game (PSP,PS2 &etc), depan PC 24jam, tido...

Transformasi menjadi Obes

Itulah Realiti sekarang, Disiplin permakanan harus diserapkan kepada kanak-kanak bermula dari rumah, senang cerita didikan dari Ibu bapa, ni sampai cikgu2 pulak nak kena handle (Pembela Guru plak aku). memang tak terdaya la diorang.

Aku nak ceritakan la pengalaman aku waktu Sekolah rendah (kanak2 ler tu). Kat Kantin tu semua yang ada semua bedal (masa tu mana jaga makan), tetapi aktiviti fizikal juga banyak, Kalau nak kira sukan tu 2 permainan je aku tak wakil sekolah, Catur & Ping Pong. Aktiviti Ko Kurikulum pulak Masuk Pengakap, berkhemah sana sini, dari Keris Gangsa Sampai Emas. Masa tu memang suka aktiviti fizikal dan outdoor.

Itu baru kat sekolah, kalau kat kampung pulak, setiap minggu ada game bola lawan geng2 dari kampung2 lain, padang tu kat mana pun boleh set up (bendang pun balun), konvoi naik basikal ramai2. itu pun kira aktiviti luarla jugak..tapi sekarang susah la nak dapat, mana ada lagi, kalau kat bandar..hujung minggu tengok wayang, masuk CC,lepak2 shoping kompleks.

Dulu Kalau nak pergi sekolah naik Basikal jer (basikal BMX paling popular).. sekarang majoriti naik Bas atau Family hantar..mana nak jumpa lagi dah kayuh basikal pagi2 buta..naik basikal tu dah kira excercise what but kita faham la sekarang ramai Risau tentang keselamatan.

Ibu Bapa & guru-guru wajar menggunakan kembali sistem Piramid Makanan

Jika para ibu bapa tidak yakin tentang makanan yang disediakan pihak kantin, better bawak makanan dari rumah, tapi kalau makanan tu lebih teruk dari kantin (Maksud aku kuantiti Zat dalam makanan tu), sia-sia je.

Apa pun Alasan, Senaman fizikal juga amat penting, At least jogging dengan family setiap hujung minggu, Berenang, etc. kalau nak makan Pizza, KFC McD, Nasi Arab ke haper ke, sebulan sekali ok la..tapi kalau seminggu 2,3 kali..ape ke hei nyer yob..

Psst: Bersenam la, sebelum anda terpaksa bersenam (kalau dah obes, sakit jantung, darah tinggi, Kencing Manis, kolestrol tinggi baru ingat nak pergi bersenam, baru ingat Gym & baru nak jaga makan susah la sikit). Kalau dari kecil dah kena penyakit nih lagi parah. Apa pun kita hanya berusaha, Allah yang menentukan, Amalkan gaya hidup sihat....wallahualam

Monday, April 25, 2011

Hazama Masuk AF9-Kembalikan Rock Kapak..

Assalamualaikum

Walaupun aku dah tak tengok konsert AF dan tak AFUNDI pun,
tapi ambik tau juga la sikit2 pasal dunia hiburan ni..
Cuma aku ader baca blog pasal AF masuk Hazama.

Nama Hazama memang sudah popular dalam industri Muzik tanah air,
mungkin ini lah strategy AF 9 untuk menarik lebih ramai peminat.

Jujurla aku cerita aku pun suka dengan Nyanyian Hazama, sebab bawak lagu-lagu rock, tak kira la rock kapak, rock keras 0r rock leleh, janji Rock....

AF4 dulu aku tengok konsert final Hazama bawak lagu Bukan Aku Tak Cinta, lagu dari kumpulan Iklim, time ni baru aku terpikir apsal diorang tak ambik Hazama coz that time peserta Final suara tak la sedap mana pun.


Sebijik macam Salem tu..

Selepas aku tengok blog hiburan dalam 2 minggu lepas aku dengar Hazama akan dimasukkan dalam AF9. Baru la aku tengok kejap AF waktu dia nyanyikan lagu Jangan Kau Rayu , nyanyian Rahim Maarof. Pergh..memang power la..Comfirm masuk punya la..


Memang suara Rock Kapak la Si Hazama nih

Walaupun ramai mempertikaikan bagaimana dia boleh masuk padahal dia boleh dikategorikan sebagai Pro dan pernah menyanyi bersama MUH, tapi beliau hanya jemputan sahaja. kalau nak ikutkan ramai sebenarnya yang telah menjadi artis, tetapi masuk AF kerana kurang berjaya. ramai wooo...

So Hazama pasti nya memberi impak kepada peserta lain, yang penting bawak lagu rock kapak ok, 5 tahun mamat ni kena tunggu nak masuk AF balik heheh.Peserta lain aku rasa akan bungkus...aku rasa la..hehehe

Psst: Kalau tengok AF aku tengok waktu Hazama Perform cukup ar..yang lain aku memang tak kenal..Sorry

Friday, April 22, 2011

Durian Batu Kurau - Terbukti Memang Terbaik

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah hari jumaat.
Teringat kat Kampung sekejap, kak aku pulak balik kampung minggunih.
Tu yang tiba-tiba teringat durian aku kat kampung (bukan buah hati woi)
Banyak kali jugak aku cerita pasal Durian Batu Kurau nih,
cuma kalini aku nak mengukuhkan lagi kisah raja buah ini di Batu Kurau.

Terimalah sedutan khas  mengenai Durian Batu Kurau


Cakat Patani pekat guh paklong dih...Kandar molek2 oo derian tuh..



Sering kali masuk TV dan terkenal kepada para penggemar durian,
siapa yang cakap penggemar durian tapi tak tau pasal durian Batu Kurau,
jangan temberang la..

setiap tahun waktu musim durian, berduyun orang2 bandar (KL, Penang & Ipoh) turun kampung aku semata-mata durian, Tambah2 lagi masyarakat Cina, aku pernah tanya satu nyonya ni nak beli buah durian aku yang dah kena tobek tupai, Dia kata yang kena makan tupai yang sedap, sebab tu tupai makan, Logik ke? aku jual kan jer la..ingat balik buat tempoyak jer...hahaha

Sampai kawan2 aku kat KL ni siap order lagi..Sorry la kawan, kalau nak durian kena datang kampung aku dulu la..baru feel..kalau nak tau beza durian Batu Kurau dengan Durian tempat lain, kena rasa dulu..

Ikhlas dari anak Batu Kurau di perantauan....

Psst: Hati-hati, ada peniaga yang letak nama Durian Batu Kurau untuk melariskan jualan mereka dengan grade D24 & sebagainya, sedangkan Durian Batu Kurau adalah durian yang tidak mempunyai grade dan bukan durian kawen..Durian Batu Kurau adalah durian Kampung dan Asli.

Wednesday, April 20, 2011

Silver State Ultras - Teman Tabik Spring kat mengkome...


Assalamualaikum,

Apa pun aku nak ucapkan selamat hari keputeraan Sultan Perak, Daulat Tuanku....

Tak habis lagi kau nak cerita pasal Game perak haritu yob, Kelab penyokong perak Silver State Ultras telah mewujudkan satu fenomena yang patut dipuji jika dibandingkan dengan kelab-kelab penyokong yang ada di Malaysia ini. Tiada pergaduhan, tiada kata-kata kesat kepada penyokong lawan dan sifat profesional yang ditunjukkan harus menjadi satu ikutan kepada kelab2 yang lain. siap masuk Akhbar Sinar tuh...Tabik..toing..


inilah wajah2 Silver State Ultras yang sungguh bersemangat. Saper jadi conduct tu mesti Die hard fan punya..hahaha


Suasana Di Stadium Shah Alam, Udoh Rupe Stadium Ipoh Yob...

Walaupun Kalah penyokong perak tetap meraikan 'Kekalahan'. Walaupun kalah, kita tetap Enjoy. Jangan asyik nak bergaduh, nak bakar stadium atau bakar bendera...Selepas perlawanan juga menyaksikan kedua-dua penyokong seperti satu pasukan, takde nak bising2 pun. Muka Dody mesti ada punya (Junior Teknik aku).


Part yang paling aku touching sebab walaupun kalah, Penyokong perak masih memberi tepukan gemuruh dan tidak berganjak dari tempat duduk mereka, cuba kita perhatikan penyokong Selangor dihujung sana..dah lengang walaupun mereka yang menang. Adoi...

Psst:
hari ini aku datang keranamu
hari ini jiwa hati jadi satu
darah engkau darah aku jadi satu
perak tetap selamanya dihatiku

Monday, April 18, 2011

BN Menang..Perak Kalah...


Assalamualaikum,

Keputusan PRN Sarawak pada 16 April lalu telah diketahui umum. Kemenangan secara tidak rasmi Barisan Nasional (BN) aku ketahui seawal jam 6 petang dalam blog dan portal. waktu tu dah lepas pun majoriti 2/3. Nampaknya Tsunami politik tak menjadi di Sarawak. Malah kemengan DAP dan PKR hanya menguasai kawasan bandar, senang cerita kemenangan orang-orang Cina dan kalah pun orang cina. Dikawasan Bumiputra, BN masih mengusai dengan majoriti yang besar. Aku rasa kemengan BN ini adalah faktor Najib. aku juga rasa orang cina tak benci BN atau Najib, tapi Sebab Ketua Menterinya. Masing-masing ada jawapan..so pikir la sendiri.



Setelah aku tahu keputusan PRN Sarawak, aku pun terus decide nak pegi stadium Shah Alam menyaksikan Perak Vs Selangor. memang dah lama aku nak tengok Perak jadi away, dulu tengok jadi tuan rumah or final jer.

macam kat Stadium Perak beratur

Jumlah Penyokong selangor lebih kurang Perak, tapi kelab penyokong Perak Lebih bersemangat

Walaupun Kalah, Penyokong Perak pulang dengan tertib, sambil melaungkan..kita jumpa di Ipoh...hehehe

Tapi sampai2 stadium aku rasa macam kat stadium ipoh jer..hahaha. boleh pulak jadi tempat reunion, mana taknya jumpa semua la kat stadium dari budak sekolah, budak matrik, budak UTM, sampai budak2 kampung.antara yang aku jumpa macam sharani, 2,3 orang lagi la (budak kampung), ayu (Teknik), Faiz (KMPP & UTM). lama tak jumpa diorg ni. dah lama aku tak nyanyi ramai2 lagu ipoh mali..hahaha..tapi malam tu memang takde rezeki, kalah 1-0. tapi aku tetap puas hati.

video
Sewaktu Menyanyikan lagu Ipoh Mali..meriah beb..

Aku dapat rasakan penyokong-penyokong perak semakin matang. malah kumpulan penyokong yang datang menyanyikan lagu-lagu semangat dah mematahkan kelab penyokong Selangor yang dilihat terlalu terpencil dan tidak disertai penyokong mereka. walaupun selepas habis permainan, disini aku dapat lihat penyokong perak memberikan tepukan kepada pemain Perak, kalau dulu mesti kene kutuk, paling koman kena BOoo...apa pun, Score Yob Score...

Psst: Tahniah BN dapat mengekalakan kuasa diSarawak, Tunaikan janji anda. Kepada Pasukan Perak. Teruskan tentangan dalam Liga Super, Yob4ever...

Friday, April 15, 2011

Malaysia antara 10 negara paling mesra

FRANKFURT: Malaysia dianggap antara 10 negara paling mesra di dunia. Dalam senarai tersebut Malaysia adalah dalam negara Asia. Kira hebat la tuh...

Mereka yang sering melancong ke beberapa negara berkemungkinan besar kembali ke negara seperti ini kerana penduduknya mesra dan bersikap terbuka, malah ada antara pelancong ini mahu menetap di negara itu dan enggan kembali ke tanah air sendiri.
Satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra.
Selain kemesraan rakyat tempatan, satu lagi kriteria yang digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu.

Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu mencakupi 4,000 orang di 100 negara.

Mereka ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.

Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka, dan sebab itulah negara yang banyak menggunakan bahasa itu, berada dalam senarai teratas.
Namun, terdapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kanada adalah negara paling mesra, diikuti Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain, Malaysia dan Jerman. - BERNAMA

Psst:Bangga teman jadi rakyat Malaysia Yob...

Dividen Pertama AHB 2.17 sen seunit

Alhamdulillah,
AHB akan mengagihkan dividen pertama nya isnin ini.
Tengah2 bulan ni ada juga duit extra. Diharap AHB akan menambah lagi unit dana bagi membolehkan pelaburan kepada Bumiputra terus berkembang dan harta Bumiputra terus tumbuh di sekitar bandar-bandar besar yang selama ini hampir dimonopoli oleh bukan Bumiputra.
Kepada semua pemegang unit amanah ini, tak kira kecik ke besar moh kita ke bank yob...


KUALA LUMPUR 14 April - Dana unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengumumkan agihan pendapatan pertama yang menarik sebanyak 2.17 sen seunit bagi tempoh empat bulan pertama berakhir 31 Mac lalu.

AHB yang menawarkan dana berjumlah RM1 bilion sebelum ini telah habis dilanggan dalam tempoh tiga bulan selepas dilancarkan.

Jumlah agihan AHB itu mewakili pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus sekiranya berdasarkan penanda aras 12-bulan Akaun-i Pelaburan Am Maybank Islamic Bhd..

Pengarah Urusan Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB), Datuk Kamalul Arifin Othman berkata pengagihan itu melibatkan pembayaran RM19 juta yang akan dikreditkan terus kepada 60,000 pemegang unit amanah pada 18 April ini.

''Berdasarkan pertumbuhan nilai hartanah semasa, kami akan mengekalkan momentum pengagihan pendapatan untuk pengagihan seterusnya apabila tempoh berakhir 30 September depan.

''Kami merancang menambah saiz dana sebanyak RM500 juta unit lagi pada suku keempat tahun ini.

"Kami telah mengenal pasti dua hingga tiga hartanah yang akan dimasukkan ke pelaburan AHB dalam masa terdekat pada November ini, '' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman pengagihan pendapatan pertama AHB, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Mayban Investment Management Sdn. Bhd., Nor' Azamin Salleh.

Kamalul Arifin berkata, PHB ketika ini mempunyai simpanan tanah sebanyak 60.7 hektar dan merancang menambahnya dengan membeli hartanah di kawasan-kawasan utama seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Iskandar Malaysia.

Katanya, PHB akan menggunakan pendekatan membangunkan sendiri hartanah miliknya bagi meningkatkan margin keuntungan kepada pemegang unit amanah.

''Pelaburan kami tertumpu kepada kawasan komersial bernilai tinggi kerana pada peringkat awal PHB harus mencari pelaburan yang mendatangkan keuntungan dalam tempoh jangka pendek.

''Antara projek yang sedang dilaksanakan adalah New Central terletak di KL Sentral dan dijadualkan siap akhir tahun depan. Selain itu PHB juga mempunyai projek usahasama dengan MRCB di Pulau Pinang melibatkan pembinaan Penang Sentral,'' jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PHB menambah, pelaburan hartanah merupakan peluang terbaik kepada golongan Bumiputera menambah pendapatan tahunan mereka.

"Nilai hartanah di kawasan utama meningkat 50 hingga 100 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas dibeli,''ujarnya.

Tambah beliau lagi, AHB yang ditubuhkan kerajaan untuk meningkatkan pegangan hartanah oleh bumiputera, telah mencapai matlamatnya apabila hampir 70 peratus pemegang unit melabur antara RM500 hingga RM1,000.

"Sarawak merupakan negeri ketiga terbesar pelabur AHB dikuti Sabah dengan peratusan sebanyak 10.5 peratus dan 8.5 peratus. Peneraju adalah Selangor diikuti Wilayah Persekutuan,'' katanya lagi.

Psst:Lepas duit Gym aku Sebulan...kira ok la tu kan..sapa nak bagi ooiii...

Thursday, April 14, 2011

Mindanao- MILF, Perjuangan yang tiada akhirnya..















Bagi sekumpulan wartawan tempatan yang dibawa meninjau perkembangan di kawasan bergolak, Mindanao, selatan Filipina, laluan yang harus mereka tempuhi agak sukar dan berliku-liku.


Namun bagi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Latif Ahmad yang mengetuai misi lawatan dua hari itu merasakan lawatan ke kawasan bergolak itu tidaklah sesukar mana walaupun pesawat yang digunakan bukanlah pesawat komersial.
Wartawan serta tetamu yang dibawa khas dari Kuala Lumpur tiba di Cotabato pada pagi Sabtu 8 April. Dr.Latif tiba dari Manila dua jam kemudian kerana sebelum itu iaitu bermula 7 April, beliau ada program lain di Manila.



Padat dengan program sejak tiba di Manila, Dr.Latif dan rombongan Kementerian Pertahanan diraikan dalam majlis makan malam oleh Kedutaan Malaysia. Duta kita di sana Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad selaku hos kemudian mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan itu sehinggalah ke Davao City.

Di Manila, Dr.Latiff menemui penasihat Presiden mengenai perjanjian damai (PAPP) serta berkunjung ke pejabat kedutaan Arab Saudi dan menemui Secretary of National Defence.
Mungkin sewaktu di Manila, keadaan tidaklah seperti di Mindanao kerana pusat pentadbiran Manila itu ialah sebuah kota metropolitan berbanding dengan Mindanao yang masih jauh tertinggal dalam bidang pembangunan.



Mindanao seperti umum fahami pernah menjadi milik Bangsamoro yang beragama lslam beberapa ratus tahun lalu. Malah perkataan Moro yang berasal dari Moors adalah gelaran diberikan oleh penjajah Sepanyol sewaktu negara itu menjajah Filipina.

Mindanao yang dianggap kawasan turun temurun Bangsamoro telah diserahkan kepada kerajaan Filipina secara haram dan tidak bermoral oleh Amerika Syarikat pada 4 Julai, 1946 apabila Amerika memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Sejak dari tarikh itulah maka Mindanao mulai dimasuki oleh orang bukan-Islam dari lain-lain pulau yang akhirnya memonopoli perniagaan hartanah serta lain-lain perniagaan.
Kami dibawa ke ibupejabat International Monitoring Team (IMT) atau kenali dalam bahasa kita, Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao Enam (TPA-M6) pada sebelah tengahari untuk jamuan makan serta untuk sidang akhbar.



Misi keenam ini diketuai oleh pegawai dari Malaysia, Mej. Jen. Datuk Mahdi Yusoff sejak 11 Mac lalu mengambil alih dari ketua missi yang lama, Men. Jen. Datuk Baharum Hamzah (28 Feb 2010-11 Mac, 2011).

Sepanjang berada di Mindanao, Datuk Baharum mengiringi Datuk Dr. Latif seperti seorang ADC dan kerana pengalaman luasnyalah maka kadangkala dia turut diminta memberikan komen mengenai pergolakan di kawasan berkenaan.


Misi pengaman yang dianggotai Malaysia, Brunei, Libya, Jepun, Kesatuan Eropah dan Norway mengandungi 43 anggota di mana 20 anggota adalah dari negara kita.
Sejak dimulakan pada 24 Ogos 2004, ketua missi pertama ialah Men Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin, kedua, Men Jen Datuk Soheimi Abas; ketiga, Men Jen Datuk Md Ismail Ahmad Khan; dan keempat, Men Jen Datuk Mat Yasin Mat Daud.




Pengalaman menaiki pesawat Hercules Charlie 130 atau juga dikenali C-130 milik Tentera Udara diRaja Malaysia (RMAF) tidaklah sama dengan pengalaman menaiki pesawat komersial. Namun kami tetap sampai ke destinasi dengan selamat.

Menurut bos Agendadaily, Rosli Ismail, walaupun seseorang itu memiliki wang yang banyak, dia masih tak berpeluang menaiki C-130 berbanding dengan peluang menaiki pelbagai pesawat komersial. “ Hangpa bernasib baik, hangpa dijemput dan berpeluang menaiki pesawat ini” ujarnya sewaktu memaklumkan rancangan lawatan ke Mindanao.


Ketika mula dibina di kilang Lockheed, Burbank, California, Amerika Syarikat, pesawat C-130 ini dinamakan sebagai Hercules, sempena watak mitos Greek yang perkasa. Sesuai dengan nama itu, hari ini pesawat yang turut digunakan oleh Angkatan Tentera negara kita ini telah muncul sebagai lagenda dunia. Malah lebih daripada 2100 buah C-130 telah dibina dan digunakan oleh 60 buah negara di seluruh dunia.



Selain daripada mengangkut penumpang sebagaimana yang kami wartawan alami untuk ke Mindanao ini, pesawat C-130 juga untuk: mengangkut senjata ketika di medan perang; menggugurkan pasukan payung terjun; menggugurkan bekalan makanan dan perubatan termasuk dalam misi kemanusiaan.
Selain berkemampuan beroperasi sebagai pesawat pengangkut bahanapi dengan keupayaan memindahkan bahanapi kepada pesawat lain ketika di udara, C-130 juga digunakan untuk membawa sistem amaran awal di udara dan tinjauan maritim.
Dalam pada itu pesawat ini juga digunakan secara meluas dalam misi keselamatan awam. Ciri serba guna pesawat ini mungkin di sebabkan rekabentuknya yang unik di mana pintu kargonya boleh dibuka seperti kita membuka bonet kereta.




Timbalan Menteri Pertahanan dan isteri, Datin Hajah Zuraidah binti Endot juga menaiki pesawat C 130 sewaktu berlepas dari Mindanao untuk program lain di Davao City pada sebelah petang hari Sabtu (9 April) dan menggunakan pesawat yang sama keesokan harinya untuk ke Kota Kinabalu sebelum menukar ke pesawat komersial lain ke Kuching, Sarawak pula.
Lawatan kami ke Mindanao, di wilayah yang dikaitkan dengan keganasan iaitu Cotabato di mana pergolakan telah menelan ribuan nyawa dan menjejaskan kehidupan, mendapati penduduk di situ ingin turut menikmati keamanan seperti saudara mara mereka di Malaysia, Indonesia serta negara-negara lain ASEAN.

Lawatan kerja Timbalan Menteri Pertahanan telah membuka satu dimensi baru tentang betapa kewujudan keamanan perlu walaupun semua pihak yang terlibat harus berkorban sedikit sebagai harga sebuah keamanan itu. Ini sebagaimana yang disebut oleh Dr.Latif kemudian, “Mereka juga hendak menikmati kehidupan seperti mana kita menikmati kehidupan yang lebih sempurna.”




“Cuma barangkali oleh kerana sudah terlalu lama hidup di dalam keadaan ketegangan, keamanan bukan satu satu perkataan baru malahan mungkin bagi generasi tua, sekarangpun mereka merasakan, kini mereka juga hidup dengan aman” jelas seorang pegawai tentera kepada Agendadaily.

Bagi pembaca Agendadaily, lawatan Dr. Latif bukanlah lawatan sosial atau sekadar menghadiri majlis berbuka puasa dengan askar-askar kita yang berkhidmat di luar negara.

Mindanao masih lagi merupakan kawasan yang kalut dengan insiden pembunuhan rambang. Namun sebagaimana kami diberitahu tidak ada laporan mengenai pencabulan gencatan senjata setakat ini.


Cotabato dianggap kawasan yang sering dicemari dengan pertumpahan darah membabitkan penduduk yang bermusuhan sejak turun temurun.

Dendam adalah suatu yang sukar dipadam dari benak mereka dan kadangkala pembunuhan boleh berlaku kerana hal-hal yang remeh temeh. Tidak berapa lama dahulu, ramai penduduk terkorban akibat bertempur sesama mereka kerana tiga batang pokok kelapa ditebang oleh pihak yang tidak kenali. Pertengkaran berakhir dengan ledakan dari muncung senapang.




Saya sempat berbual dengan askar-askar kita yang menyertai missi kali ini. Mereka diberitahu bahawa untuk keluar di waktu siangpun, iaitu keluar dari markas, mereka terpaksa membawa “escort” manakala di sebelah awal malam hingga ke subuh, mereka dilarang (curfew) keluar dari markas.
Pada hari Ahad, sewaktu delegasi Dr.Latif berada di Davao City, sebuah akhbar tempatan The Philippine STAR pada halaman 6 memetik satu laporan dari Washington yang mendakwa pembunuhan di wilayah Mindanao didalangi pihak polis. Malah laporan itu menyebut kira-kira 132,577 PNP atau Philippine National Police masih dibayangi dengan tuduhan rasuah dari masyarakat.
Laporan Hak Assasi Manusia tahun lepas mengenai Filipina pula menyalahkan pihak berkuasa dan kumpulan anti kerajaan sebagai bertanggungjawab terhadap pembunuhan yang berlaku.



Kononnya 176 anggota Armed Forces of the Philippines (AFP) terkorban di dalam pertempuran dengan pihak pengganas dan pemberontak manakala 166 New People’s Army (NPA), serta 23 orang anggota Abu Sayyaf dan 11 orang MILF (Moro Islamic Liberation Front) turut terkorban
.

Kini, Suruhanjaya Hak Assasi (CHR) itu, menurut laporan dari Washington itu lagi, sedang menyiasat 53 aduan pembunuhan bermotifkan politik yang melibatkan 67 mangsa tahun lalu.

Dengan diiringi “escort”, delegasi Dr.Latiff yang menaiki pacuan empat roda memasuki kawasan ARMM yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Bandar Cotabato. Jalan ke sana berliku-liku dan bersimpang siur, dengan keadaan jalan raya yang memerlukan dana untuk diturap. Keadaannya seperti sebuah pemandangan di kampung di negara ini dengan pokok buah-buahan membarisi jalan dan sawah padi pula baru mahu menghijau.


Pejuang-pejuang MILF terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan memakai pakaian seragam “tentera” dan lengkap bersenjata. Kira-kira 500 orang berbaris menyambut delegasi dari Malaysia dan setiap kali kenderaan Timbalan Menteri Pertahanan melintasi mereka, tangan kanan digunakan memberikan tabik hormat kepada tetamu.
Sesetengah pejuang dilihat usia mereka sudah melebihi separuh abad, manakala kumpulan muda pula, memberi harapan bahawa perjuangan mempertahankan bumi dan warisan mereka tidak pernah padam, yang kini dipersiap sebagai pengganti.’


Beberapa sepanduk kelihatan dipasang oleh MILF mengalu-alukan lawatan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia itu. Menyambut di setiap sudut menuju ke markas MILF ialah pejuang-pejuangnya yang lengkap dengan pakaian seragam ala tentera dengan memegang berbagai-bagai senjata termasuklah rifel.
Dengan menggunakan bahasa Inggeris, Dr. Latif diperkenalkan oleh pemimpin MILF, Haji Murad Ebrahim kepada barisan pemimpin pertubuhan itu.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr.Latiff menganggap dirinya adalah hamba Allah yang kecil tetapi mahu melihat keamanan wujud di kawasan bergolak itu. Beliau sedih kerana Bangsamoro atau Melayu Moro hidup dibalut kepayahan akibat pergolakan yang berlaku dan sangat berharap keadaan ini segera berakhir. “Kita menubuhkan IMT adalah bagi memastikan perdamaian dapat dicapai,” katanya.
Malah katanya, komitmen Malaysia dalam konteks perdamaian serius sehingga sewaktu beliau mahu melakukan lawatan ini, Perdana Menteri menyampaikan salam kepada mereka dan berharap apa juga perbedaan yang wujud, ia dapat diselesaikan dengan baik.

Dr. Latiff memberi contoh bagaimana perjanjian hudaibiyah antara Rasulullah dengan puak Quraish dapat dijayakan kerana Rasulullah sanggup bertolak ansur sehingga sanggup menggugurkan nama Nabi kepada Muhammad dengan puak ini.

“Saya berharap MILF dapat mengambil iktibar dari perjanjian hudaibiyah yang dijuruterai Rasullulah, ambillah semangat ini, dan saya percaya jika kita sanggup kalah sikit, akhirnya kita semua akan menang. Yang penting ialah jenerasi yang akan datang,” ujarnya.


Dengan nada yang agak keras Dr.Latiff berharap IMT ke-6 merupakan yang terakhir dan selepas ini semua pihak dapat hidup aman damai. Beliau berharap Mindanao tidak jadi macam Palestin yang perjanjian damai dengan Israel di zaman Yasser Arafat hampir menjadi nyata tetapi akhirnya Yasser buat keputusan untuk menolak.

“Sayang, mereka ada peluang untuk menandatangani perjanjian damai tetapi Yasser menolaknya, saya berharap ia tidak akan berlaku pada MILF pula,” katanya.
Dalam ucapan balas, pemimpin MILF itu berikrar untuk mencari titik perdamaian bagi menyelesaikan masalah Bangsamoro. ‘ Negotiation is the best solution,” kata Haji Murad sambil berharap kerajaan Malaysia dan rakyat negara ini mendoakan agar matlamat mereka itu tercapai. Merujuk kepada ucapan Dr.Latiff, Haji Murad berkata,” your advice is well taken .”-14/4/2011

-Agendadaily

saksikan sejarah Bangsamoro disini
Sejarah membuktikan Bangsamoro adalah penduduk asal Mindano..Semoga Allah memberi kekuatan dan kemenangan Kepada para perjuang.

Psst: Perjuangan Bangsamoro bukan semata-mata bangsa, tetapi mengenai hak seperti yang dituntut oleh Islam. Bersyukurlah Kita Umat Islam Melayu Malaysia....Thanks to Regina Tonggol, My Filipino friend because willing to share about your Country...Mahal kita...Terus Sokong Bangsamoro

Wednesday, April 13, 2011

Seladang Gempur Kijang tersungkur- Perak 4 Kelantan 0

PERAK melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas meratah pendahulu sebelumnya, Kelantan 4-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dengan dua gol pada setiap babak walaupun pelawat lebih banyak menguasai permainan.
Pesta gol tuan rumah bermula dengan gerakan solo Fazrul Hazli Kadri dari sebelah kanan padang yang menewaskan dua pertahanan, sebelum meledak bola di luar jangkauan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan kembali mengasak menerusi gandingan S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha, tetapi kekangan padu ke atas dua penyerang berbisa itu menyaksikan setiap serangan mudah dipatahkan benteng pertahanan Perak.

Anak buah Norizan Bakar sebaliknya menambah jaringan pada minit ke-26 menerusi Shafiq Jamal, bermula dengan gerakan pantas Akmal dari sisi kiri padang sebelum melakukan hantaran lintang yang mudah disempurnakan Shafiq.

Pada babak kedua, kemasukan Razali Umar Kandasamy menyaksikan rentak permainan Perak semakin berbisa dengan dua lagi gol dihasilkan menerusi Akmal Rizal Rakhli (m-79) dan Razali (m-2) untuk mengakhiri pesta gol tuan rumah.

Saksikan gol-gol yang dijaringkan

Gol Pertama-Fazrul Hazli Kadri


Gol ke-2-Shafiq Jamal


Gol ke-3-Akmal Rizal Rakhli


Gol ke-4-Razali Umar Kandasamy

Harapan aku Perak akan terus konsisten dengan permainan yang mantap. Lama aku tak pi stadium tengok game Perak. Kalau dulu sanggup dari kampung turun Ipoh nak tengok game.

Psst: Apa dah jadi dengan Keeper Kelantan Khairul Fahmi @ Apek, Bolos 4 gol tuh..apa pun, Score Yob Score...Kita Bakor....

Tuesday, April 12, 2011

Batu Kurau-Kurau Stone@Jalan-Jalan Cari Makan TV3



Assalamualaikum,

pernah dulu aku bagi tahu kalau balik kampung selalu lepak kurau stone bersama rakan2, baru-baru ini kurau stone masuk TV3 dalam rancangan jalan-jalan cari makan.
kira femes habisla kurau stone nih..hehehe.

saksikan sedutannya.


Bagi budak2 kampung memang suka lepak dekat kurau stone sebab ada wifi free. so, penuh je la dengan budak2. tapi kalau bawak family nak makan2, minta maaf aku cakap la...setengah jam punya tunggu pun belum tentu sampai,

aku harap Kurau Stone dapat memperbaiki masalah ini, selalu jugak orang merungut pasal lambat. kalau masalah ni dapat diatasi, aku pasti Kurau Stone boleh pergi jauh dan memberi nama baik kepada penduduk Batu Kurau. Kalau dah masuk TV3 tu kira hebatla kan..

Psst: Kalu melepak dengan kawan2 serenok lei....

Sunday, April 10, 2011

1 Malaysia-Tuan Guru Nik Aziz Pun Ok...

Assalamualaikum,

Aku agak terkejut apabila melihat gambar Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) mengenakan baju berlambangkan simbol 1 Malaysia (aku yakin gambar ini tidak dipalsukan). terfikir sejenak mengenai rakan dan kenalan yang Pro PR sangat bencikan symbol 1Malaysia ini malah dicemuh dengan APCO dan sebagainya. Kalau ada baju,topi atau banner 1Malaysia, maunya disumpah seranah.

TGNA dipimpin oleh Datuk Najib

1 Malaysia bersama TGNA

Projek pembangunan bersama

yang peliknya TGNA ok sahaja, malah tangannya jugak menunjukkan isyarat 1 Malaysia (tak tau la kalau gambar candid). Tak mungkin TGNA tidak nampak dengan jelas symbol tersebut, atau tiada pengiringnya memberi tahu ada lambang 1Malaysia di baju beliau.

Agaknya penyokong2nya sahaja yang berlebih-lebih, tetapi bukan pemimpin seperti TGNA.
malah pada PRK kerdau dahulu, ADUN PAS Kuala Semantan memakai baju batik 1Malaysia menyebabkan PAS berada dalam tertekan pada PRK tersebut.

Semoga kita umat islam dapat bersatu, kerana dengan bersatulah kita mampu menuju kejayaan, bersama kita menuju kearah itu, insyallah.

Psst:"Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar?" (An-Nisaa' 4:73)

SPRM Gempur Sampai Hancur



Assalamualaikum,

Dalam seminggu dua ini kita banyak mendengar banyak pendakwaan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Diharap usaha murni SPRM akan berterusan bagi menangani permasalahan rasuah dinegara kita agar tidak menjadi duri dalam daging seluruh rakyat Malaysia.

Usaha murni SPRM sepatutnya disokong oleh setiap rakyat Malaysia, tidak mengira Bangsa, Agama dan fahaman politik kerana rasuah adalah musuh semua. Janganlah kaitkan masalah Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed sebagai alasan untuk menghentikan usaha memerangi gejala rasuah. Jangan pula ada yang cuba ambil kesempatan untuk meraih populariti Politik. Kes tersebut biarlah dalam siasatan Polis.

Kepada pihak SPRM, teruskan usaha murni anda, Hapuskan rasuah disetiap sektor tidak kira dalam kerajaan atau swata. Kepada mereka yang tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak perlulah rasa takut. tetapi kepada mereka yang sudah terlanjur, hentikanlah amalan kotor dan jijik ini.

Psst: Rasuah berlaku dikalangan orang Miskin dan Kaya..Tapi Kalau sebab nak nak kaya, jangan jadi Kuli ok...

Thursday, April 7, 2011

Mampukah Proton menyaingi Perodua?

SHAH ALAM 7 April - Proton berhasrat mengatasi Perodua dan merebut kembali kedudukannya sebagai pembuat kereta yang meraih jualan tertinggi di negara ini, melalui keyakinan pengguna yang semakin kukuh, rangkaian yang bertambah baik, strategi produk dan penetapan harga, kata Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

"Pada keseluruhannya, kami menyasarkan untuk mencapai jualan tujuh hingga lapan peratus lebih tinggi daripada tahun lepas, tetapi kami sedang berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya 10 peratus berbanding sembilan peratus pada 2010.

"Jualan domestik berkembang setiap tahun, itu satu petanda baik. Kami akan mengatasi perkembangan industri. Kami bertambah baik, semua pihak juga bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas mengalu-alukan ketibaan Pasukan GP Lotus Renault dan media bagi lawatan ke kilang pengeluaran utama Proton di sini hari ini. - Bernama

Psst: Syarikat mana sekali pun mendapat tempat pertama, Kualiti, Mutu dan perkhidmatan kepada pengguna adalah yang paling utama.

Wednesday, April 6, 2011

From Batu Kurau With Durians....

Assalamualaikum,

lama pulak aku tak updated blog..
maklumlah kena ke luar kawasan atas urusan kerja & terus balik kampung.

Nak diceritakan Kat kampung aku tengah musim durian sekarang. Alhamdulillah ada la rezeki jugak orang-orang kampung aku sebab harga durian sekarang agak mahal, sekitar RM4.50-6.00 sebiji, mungkin dikawasan lain buah durian tak menjadi.(tapi tak boleh lawan zaman aku kutip durian RM 8-9 sebiji).

aku tengok resit kebun aku yang dijaga oleh pakteh sahak around 1xxx jugak dalam seminggu. fuh, tu pun ada pokok yang buah banyak yang belum luruh. aku agak tahan lagi 2,3 minggu kot.

aku tak pasti golongan muda tahu atau tidak Durian Batu Kurau adalah Durian paling diminati dan terkenal. Golongan veteran selalunya cukup mengenali durian Kampung aku nih. Sehingga ada satu pepatah 'kalau takde dusun durian bukan orang Batu Kurau la...'

Dari kecil aku dan panjat dusun durian arwah ayah aku nih. So aku dah tahu selok belok sempadan tanah dengan dusun orang lain, Mana pokok yang menghasilkan buah yang baik, mana buah yang kecil, yang besar. Banyak la kenangan Dusun ni sepanjang aku membesar sampai sekarang.yang paling aku tak dapat lupa ditimpa buah durian. nasib kene kat badan jer..tu pun berparut sampai sekarang...

Tempat Istirehat @ Dango


Sebahagian Kebun aku

Kuda Tunggangan kesayangan ku..

Jerat Burung sapa pulak kat huming pokok aku nih...

Kalau muma tera, buah apa nih?


 
Ha..Ni Baru Orang Batu Kurau...


Psst: Terima kasih dan Alfatihah kepada Arwah Emak Dan Abah, Dizaman kecil Dahulu selalu membawa aku ke Dusun Pusaka keluarga ini. Insyaallah akan anak mu ini akan menjaga sebaik mungkin.