Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, January 22, 2011

Pertembungan BN-Pas di DUN Tenang


LABIS 22 Jan. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN ) dan Pas.

Selepas tamat tempoh bantahan pada proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md. Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

BN menamakan Mohd. Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala Pas mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.

Yang menariknya, kedua-dua calon merupakan anak tempatan yang memang dikenali di kalangan masyarakat di kawasan DUN Tenang.

Mohd. Azhar menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka manakala Normala menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Januari ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - Utusan

Alhamdulillah proses penamaan calon ini berlansung dengan aman dan tanpa kekecohan, agar suasana damai ini berterusan hingga ke hari membuang Undi. Jika Pertembungan BN bertemu PAS atau DAP, suasana cukup berbeza jika dibandingkan jika BN bertemu PKR. kenapa agaknya? Pikir2 kan lah...