Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Monday, March 21, 2011

Aksi seks pemimpin pembangkang?..Pulak dah.....

Para Wartawan Tunggu Turn nak tengok Rakaman...

KUALA LUMPUR - Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Kumpulan itu juga mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.

Anggota kumpulan itu berkata, mereka memutuskan untuk mendedahkan perkara itu sekarang kerana sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui perkara sebenar mengenai ahli politik itu. - Bernama

Psst: aku tak kata betul tak kata tak betul..kita tengok saja la...Agak2 sempat ke DSAI jadi PM kalau camni?