Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan tugas seorang mufti bukan sekadar mengeluarkan fatwa berhubung isu air mutlak dan haid, tetapi merangkumi tugas yang lebih luas, termasuk menyatupadukan umat Islam bagi mengembalikan keukuatan Melayu Islam. Beliau mengulas lanjut ekoran kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan Harussani lebih layak digelar sebagai ejen Umno, bukannya mufti. Harussani berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk membincang tentang perpaduan umat Islam. "Perpaduan umat Islam adalah agenda penting yang diterapkan oleh Rasulullah SAW ketika mana baginda berhijrah ke Madinah seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; sdan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (ayat al Hujarat)," katanya.



Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pula menjelaskan secara umumnya seorang mufti itu bekerja dengan kerajaan negeri, bukan dengan parti politik tertentu. Selain sebagai penasihat agama kepada Sultan dan kerajaan negeri, mufti juga memberi pandangan berhubung isu berkaitan agama, tetapi tidak membabitkan diri dalam politik.
Begitulah komen tokoh-tokoh agama dan ulamak terhadap kenyataan Nik Aziz yang keterlaluan terhadap Mufti Perak. Harus diingat bahawa Mufti Perak tidak beroleh apa2 jika UMNO atau PAS memerintah..kerana Beliau tidak terikat oleh mana2 parti..berlainan dengan Ustaz Ahmad Awang dan TG Nik Aziz yang mempunyai cita-cita politik..Sekadar Pandangan
Psst: terdapat Petikan dari http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com/