Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Sunday, January 24, 2010

Meeting & site visit (Bukit Merah land via duct)

Assalamualaikum,

Pada 20 Januari lalu saya berkesempatan ke bukit merah.
ada meeting bersama Balfour Betty (BB), MMC-Gamuda site..
biasala isu2 berkaitan kerja..saya juga harus bersedia disebabkan kemungkinan besar akan dihantar ke Kamunting dalam masa terdekat ini mewakili system team di utara..
oleh itu isu2 berbangkit amatlah penting diketahui..

disebabkan meeting bermula 9pg di bukit merah..
seawal 5.30 pagi kami sudah bergerak..
diikuti En Azam dan Naguib..aku biasala paling muda jadi driver la..

mungkin nak menceritakan perihal kerja tak sesuai disini..
tapi melihat kerja2 infra di situ sudah pasti kerja2 system (signalling, communication & Electrification) akan bermula tak lama lagi..

dan saya sendiri akan dihantar ke kamunting untuk menjadi koordinator system di kawasan N6 dan N5..insyallah saya akan bersedia sepenuhnya..





Sunday, January 10, 2010

Bersama rakan UTM ke Rumah Amin

pDihujung Minggu ini dipenuhi aktiviti bersama rakan-rakan UTM
Bersama Khalil, Hafizudin, Samsuri dan Nazrul..kami bersama-sama merancang kerumah Amin Di Jalan Kuching...sambil menjenguk baby mereka..Hafizudin juga bersama anak dan isterinya..disini kami dapat berkumpul dan membuka kisah lama dan kerja masing..
jarang sekali dapat bertemu seperti ini..tambahan pula ramai sudah mempunyai komitmen masing2 kerja dan keluarga..

diharap persahabatan ini akan berkekalan hendaknya..
kepada rakan yang dah ada anak..tahniah diucapkan,
kepada Khalil yang bininya akan melahirkan bulan 3 nanti harap prepare awal2..
samsuri..weekend Husband..takpa..tak lama la tu..
Nazrul dengar kata dah dekat...
Aku masih jauh perjalanan rasanya..tunggu........




Saturday, January 9, 2010

selamat tahun baru

sekian lama tidak menulis
sedar tidak sedar sudah masuk tahun 2010
maka umur kita masing2 bertambah..diharap amal kita juga

alhamdulillah,
agar tahun 2010 masehi ini akan lebih memberi kita rahmat
dan rezeki yang baik..
kesibukan dipejabat dan terpaksa berkejar ke mesyuarat
menyebabkan masa terasa terlalu cepat..
insyallah saya akan lebih kerap menulis selepas ini..

banyak isu2 yang telah berlaku dewasa
isu terbaru berkenaan isu gula dan allah

jika dilihat isu gula
pada pandangan saya..kenaikan 20sen kepada rakyat perkara biasa
logiknya kita sepatutnya kurangkan penggunaan gula dalam kehidupan
ada juga rakan2 merungut kenaikan ini..jika ditanya berapa kilo sehari mereka ambil gula..mulala keluar ayat loyar buruk..implikasi disini adalh bahan2 berasaskan gula
pastinya ada pihak ambil kesempatan..
jika dikira matematikpun hakikatnya kenaikan ini tidak memberi kesan besar.
adakalanya kita perlu bersifat positif..
pastinya tiada kerajaan didunia ini yang mahukan rakyatnya susah..

berkenaan penggunaan nama Allah
saya menentang sepenuhnya penggunaan bagi orang kristian..
saya bukanlah bersikap radikal dalam hal ini..
ini bukan hal mereka boleh gunakan atau tidak
ini adalah perihal akidah umat islam akan datang
saya mengakui tidak salah mereka gunakan allah
tapi bukan di malaysia..kerana allah cukup sinonim dengan umat islam disini
ada pendapat politik yang mengatakan isu ini bukan hal besar
saya percaya..jika bukan mereka dalam kumpulan tetentu
mereka lah orang pertama berdemonstrasi..ada pula yang mengaitkan mereka adalh agama samawi...jika begitu kita boleh berkahwin,makan sembelihan mereka?
bagi yang tidak berfikir pjg..pastinya terus setuju..

agama samawi seperti kristian dan yahudi dimaksudkan dalam alquran merujuk kepada mereka yang berpegang kepada kita asal..adakah injil,taurad dan zabur yang ada sekarang adalah yang tulin?jika tulin sudah pasti paderi pakiam masuk islam
tapi peristiwa membakar gereja adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

mungkin setakat ini sebagai posting pertama tahun baru
maaf dipohon sekiranya banyak pendapat saya banyak melawan arus pemikiran rakan2

assalamualaikum

Mohd Alhafiz Abdullah