Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, April 22, 2011

Durian Batu Kurau - Terbukti Memang Terbaik

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah hari jumaat.
Teringat kat Kampung sekejap, kak aku pulak balik kampung minggunih.
Tu yang tiba-tiba teringat durian aku kat kampung (bukan buah hati woi)
Banyak kali jugak aku cerita pasal Durian Batu Kurau nih,
cuma kalini aku nak mengukuhkan lagi kisah raja buah ini di Batu Kurau.

Terimalah sedutan khas  mengenai Durian Batu Kurau


Cakat Patani pekat guh paklong dih...Kandar molek2 oo derian tuh..



Sering kali masuk TV dan terkenal kepada para penggemar durian,
siapa yang cakap penggemar durian tapi tak tau pasal durian Batu Kurau,
jangan temberang la..

setiap tahun waktu musim durian, berduyun orang2 bandar (KL, Penang & Ipoh) turun kampung aku semata-mata durian, Tambah2 lagi masyarakat Cina, aku pernah tanya satu nyonya ni nak beli buah durian aku yang dah kena tobek tupai, Dia kata yang kena makan tupai yang sedap, sebab tu tupai makan, Logik ke? aku jual kan jer la..ingat balik buat tempoyak jer...hahaha

Sampai kawan2 aku kat KL ni siap order lagi..Sorry la kawan, kalau nak durian kena datang kampung aku dulu la..baru feel..kalau nak tau beza durian Batu Kurau dengan Durian tempat lain, kena rasa dulu..

Ikhlas dari anak Batu Kurau di perantauan....

Psst: Hati-hati, ada peniaga yang letak nama Durian Batu Kurau untuk melariskan jualan mereka dengan grade D24 & sebagainya, sedangkan Durian Batu Kurau adalah durian yang tidak mempunyai grade dan bukan durian kawen..Durian Batu Kurau adalah durian Kampung dan Asli.

13 comments:

CintaZulaikha said...

baru lepas makan durian beberapa ari lepas..best~~

hafiz said...

lepas ni jangan lupa cuba try durian Batu Kurau ok..

Amira said...

betul3 . da tgk da kat tb psl durian batu karau ni . pkcik tu ckp kalo org dtg selalu tnye ni durian mane , kalo ckp durian batu karau mesti diorg beli . sodappnye durian ! da lme tak mkn ;((

hafiz said...

adik amira..bukan Batu Karau..tapi Batu Kurau..
kita orang melayu kene la makan..cuma kadang2 ada jugak orang tak makan durian..hehehe..kurang hebat la tak makan haha

Misz Muffin said...

mcm best ja.. mesti cuba.. sbb sya mmg hntu durian.. haha

hafiz said...

kalau hantu durian..
wajib try ler...

ader muffin durian tak?

Fad said...

aduh..terbaek...suka giler durian...:)

Faztee Danisha said...

YA BTUL..DURIAN BT KURAU THE BEST..br ni lik mmg borong skn sb bnyk org oder

Fad said...

nak dtg kg blh...?hehehe

hafiz said...

Jemput la datang Batu Kurau..
tapi kalau bukan musim tak dapat ler..

anismelon said...

ehe...kat bota seri iskandar pon manyak durian b4 nie..berlonggok2 kt tp jalan..

btw..tenks yup followed anis..:)..

Anonymous said...

Saya dengar la ni(24-11-2011) musim durian di Batu Kurau.Dengar berita dari kawan yg baru balik dari Ipoh minggu lepas.Saya memang hantu durian.Minggu depan saya nak pi bercuti di Taiping.Nak pi ronda kat Batu Kurau.nak cari durian yang banyak dijual di tepi jalan.Lepas tengok VDO TV3 tadi, saya dah telior nak nak makan durian.OK selamat bercuti.TK

hafiz said...

Musim terbaru ini agak kurang sebab bukan semua Menjadi...