Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, January 5, 2011

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter,
Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Malaysiakini

harga minyak naik lagi..tapi RON 97 la, nasib la sape2 yang pakai kereta ber CC besar terutama 2.0 & above la. Seperti yang kita ketahui petrol RON97 tidak lagi dikawal oleh kerajaan, harga ini ditentukan oleh persatuan pam minyak dan mengikut tren harga minyak, so tak perlulah kita asyik nak perli kerajaan Najib dan sebagainya, banyak komen2 FB dan blog yang bincangkan hal ini dan menyalahkan Kerajaan sekarang, walhal ader yang tak tahu pun RON97 sudah pun bukan tanggung jawab kerajaan, puak2 ni jenis nak bangkang sampai mati kot (perangai typical Malay)..hahahah..

kemunkinan harga barang naik juga amatlah tidak patut, kerana hampir semua lori penghantar guna diesel, bukan RON 97. kalau naik harga tu mmg Pemborong atau pekedai buat hal, sama macam sorok gula & minyak masak la, tambah2 dekat2 raya.

bagi aku kalau RON95 naik terasa jugak, banyak option sebenarnya kalau tak nak dibebani hal ini, bak kata orang kita buat dia..kalau malas nak berkongsi kenderaan tu, naik la pengankutan awam, kalau susah juga rempit macam aku sekali sekala, kalau semua itu tak membantu, pandai2 la bawak diri yer..

Psst: Ada cadangan tukar kerajaan, agak2 la kalau kerajaan bertukar harga minyak turun ek? Indonesia & Thailand dok tukar kerajaan, tak turun2 pun, lagi mahal adala, kalau kerana minyak naik sekupang dua terus tukar kerajaan,nampak sangat la kita ni tergolong dalam materialistik..

Sekadar Pandangan..