Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Thursday, July 21, 2011

If You're Ashamed To Stand By Your Colors, You Had Better Seek Another Flag


Slogan diatas sangat sinonim dengan rakyat Malaysia yang lebih bangga dengan pasukan atau kelab dari luar negara. Bukan apa, mungkin kita tak sehebat mereka, tetapi pemain yang mewakili negara kita itu adalah mereka yang terbaik dalam negara. Takde masalah untuk kita menyokong kelab luar, tetapi apabila membabitkan pasukan negara kita yang bermain, seharusnya kita sokongan kepada mereka apabila mereka menetang pasukan atau kelab yang kita minati. jika kita memakai baju pasukan luar pun, atleast bawak la satu bendera Malaysia. Kasi kibar sikit, walau kita meminati mereka, hati kita tetap Malaysia.



 Mat salleh ni pun tak segan Pakai Baju Malaysia

Moral pemain kita juga akan jatuh teruk apabila melihat Semua penonton memakai baju penetang mereka. kita boleh bayangkan kita berada di dalam padang.

Yang paling tak boleh tahan, muka yang tak pernah pergi stadium waktu Malaysia atau kelab tempatan main sanggup turun untuk melihat pasukan kesayangan mereka bermain menetang negara sendiri. Memang tak patriotik betui la..





Apa pun, aku harap pusingan ke2 kelayakan olimpik menetang Singapura sabtu ini akan memberikan berita yang gembira kepada seluruh rakyat Malaysia. Insyallah Khamis minggu depan kita akan berjumpa di Stadium Bukit Jalil. Agar pemain kita menunjukkan prestasi yang terbaik.

Psst: 28hb Malaysia Vs Singapura, Boleh la layan sebelum kita berpuasa....