Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, March 19, 2011

DUN Sarawak bubar Isnin ini


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.

Malaysiakini

Psst: Nampaknya Demam Pilihan Raya akan melanda lagi..bukan di Sarawak jer..nanti seluruh Malaysia pun sibuk..tambah2 orang semenanjung...

Miera Liyana-Sapa Budak Nih..?

Assalamualaikum,
akuni bukan suka sangat bab2 gosip artis nih,
tapi saja aku buka portal gua.com.my, tengok satu gambar,
aku ingat red carpet of the academy award bila..
ceh rupa-rupanya kat Malaysia jer,
sekali tengok (bagi laki) pergh, berbulu mata beb,

Tengok Sekali cukup ah

Kalau nak tengok komen dia korang tengok la kat gua.com tu, macam tak bersalah jer..
ni yang jadi marah kat artis nih...walaupun aku langsung tak kenal minah nih sebagai artis,
Pakaian tu melampau la cik adik..agak-agak la..Adoi..
kalau non muslim aku boleh consider la jugak....

Psst: Astarfirullahalazim.....panas plak...