Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Monday, January 31, 2011

RON97 naik 10 sen lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Malaysiakini

Senang cerita..saper pakai RON 97 tu orang yang banyak duit la....Kerajaan dah tak kontrol dah...

BN Menang Di Tenang.....


BN : 6699 (69%)
PAS : 2992 (30.6%)
Majoriti : 3707

semua orang dah tau BN Menang, so kita tengok sebab musabab PAS Kalah yang dipetik dari Harakah Online.


15 Faktor PAS Kalah Besar Di Tenang

UMNO mendapat 6699. PAS cuma mendapat 2992. Majoriti menang ialah 3707 meningkat 1215 berbanding 2008. Jika tidak banjir mungkin UMNO boleh mendapat majoriti yang lebih besar mungkin sehingga 5000. PAS bukan hanya gagal kurangkan majoriti tapi majoriti UMNO menang meningkat tinggi lagi. Harapan PAS untuk buat kejutan berkecai sebaliknya PAS yang terkejut beruk.



Faktor Setempat
1. PAS sendiri kata awal-awal tidak yakin menang. PAS cuma ingin kekalkan undi 2008 dan juga cuma kurangkan majoriti UMNO. Ertinya PAS masuk bertanding tapi ingin kekal kalah.

2. PAS mainkan isu jenazah. Tapi yang jadi target PM. Mungkin ingin tembak kepala biar cepat UMNO rebah. Malangnya ia mudah ditangkis. Akibatnya PAS pula yang seperti jenazah di Tenang.

3. PAS mainkan isu tanah. PAS cuba gambarkan calon UMNO cuai. Padahal calon UMNO hanya laksanakan tugasnya. Sebenarnya tiada sebarang isu di sini. PAS yang kena tanam dalam tanah.

4. PAS mainkan isu Felda. Wakil PAS ingin debat tapi tidak mahu pula dialog bila dipelawa oleh wakil UMNO. Bukankah dialog lebih selesaikan masalah dari debat yang panas. PAS nampak tidak jujur.

5. PAS tiada agenda yang menarik. Bagaimana ingin menarik hati ramai pengundi tanpa tarikan. Rakyat kini lebih bijak untuk bezakan antara realiti dan fantasi. Rakyat ingin wakil yang boleh bela nasib mereka.

6. PAS pertaruhkan nasib calon wanita di kubu kuat UMNO. PAS patutnya letakkan calon lelaki sebab calon UMNO pun lelaki. Lagipun kawasan banjir. Bukannya apa. Lelaki lebih sesuai memimpin di kawasan berisiko.

7. PAS mulakan serangan peribadi. Akibatnya calon PAS diserang juga. Walaupun peribadi tapi bila masuk politik pasti kelemahan akan dicari oleh pihak lawan. PAS biasa lakukannya.

8. PAS terjerat dengan isu MC 21 hari. Memang bukan calon PAS tapi suami calon PAS yang sering mengiringinya. Orang MC tempatnya di rumah berehat dan calon PAS lebih molek menjaga suaminya yang MC dari berkempen.

9. Ada pemimpin PAS berkempen “Haram Syarii Undi UMNO”. Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.

10. Ada pemimpin PAS berkempen “Siapa tak undi PAS jahiliah”. Ini seperti penjual samseng marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.



Faktor Semasa

11. Kejayaan UMNO merampas kerusi Galas baru-baru ini memberi lebih keyakinan. Sebaliknya PAS semakin kurang yakin. Sebab itu tidak hairanlah awal-awal lagi PAS sudah mengaku kalah.

12. Kajian menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat dari masa ke semasa. Sokongan kepada PR pula semakin merundum. Tambahan pula ada parti utama PR yang nampak kritikal ibarat retak menanti belah.

13. Ada pemimpin PAS yang menyataakn bahawa hudud bukan agenda utama besama PR walaupun PAS ada kuasa mutlak. Padahal dulu PAS gebangkan hudud sampai umat Islam berpecah. Tapi bila ada kuasa lain pula bicara.

14. Johor kubu kuat UMNO. Budaya Johor mungkin tiada atau kurang chemistry dengan budaya PAS. PAS digambarkan sebuah parti yang suka memusuhi sesama Islam. Orang Johor cintakan hidup yang damai.

15. PAS tiada tujuan jelas. Prinsip PAS sering bertukar. PAS kini pula terjerat dengan DAP. Sokongan Melayu kepada PAS semakin hilang. PAS mungkin terpaksa bersama DAP selamanya. PAS seperti tiada jalan pulang. PAS IS DEAD.

Petikan dari Harakah online

psst: Melayu Undi BN, Cina Undi PAS.......lepas ni dah boleh agak kalau Melayu 60% mesti BN boleh menang. isu-isu Melayu dan Islam telah banyak berpihak kepada BN buat masa ini. isu PAS dan DAP pasti dimainkan di seluruh pelusuk kampung dan kawasan Melayu. orang cina? sukar difahami....