Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, May 8, 2010

Takziah Buat Adik Aminulrasyid

Assalamualikum & salam sejahtera
kalini just nak kongsi isu semasa bersama rakan2 sekalian

Kes tembakan remaja oleh polis telah menarik perhatian seluruh negara. Walaupun kes ini masih dalam siasatan, namun camputangan banyak pihak menyebabkan kes ini bertambah panas..banyak variasi cerita timbul berkenaan kes ini..

Aku kat sini tak ingin masuk campur sangat kes ini..namun macam biasa akuni vice versa..nak pikir lain dari orang lain..ramai rakan2 aku salahkan polis dalam hal ini kerana mengangap polis bersalah kerana menembak mati seorang budak berumur 15 tahun. Dengan variasi cerita ini..kita pergi kepada fakta yang tidak boleh disangkal.

1. Apakah adik amin buat pada jam 2 pagi? adakah ibu dan keluarga beliau membenarkan beliau keluar pada waktu begini?
2. Adik amin baru berumur 15 tahun tetapi sudah memandu kereta sendiri bersama rakan. Persoalannya adakah ahli keluarga memang tidak kisah adik amin memandu pada usia sebegini?

Persoalan diatas tidak pernah disentuh malah tidak dikomen oleh pihak keluarga.

Adik amin juga Melarikan diri dari polis sejauh 5km serta melanggar lampu isyarat merah. Cuba kita bayangkan kita sebagai polis..apakah tanggapan kita pada jam 2pagi, sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, melarikan diri dari polis..setelah disuruh berhenti masih terus memecut..bukankah ini cara penjenayah melarikan diri..polis pastinya tak tahu berapa umur pemandu tersebut..ramai juga mempertikaikan polis tidak boleh bertindak dengan melepaskan tembakan jika suspek tidak bertindak dengan senjata..pada pandangan sesetengah pihak senjata yang dimaksudkan seperti senjata api, parang dan senjata2 lain..tapi bak kata KPN kereta juga boleh menjadi senjata membunuh..macam mat rempit merempuh sekatan polis.

Polis takkan menembak kita jika kita sedang makan, polis tidak menembak kita jika sedang bermain, polis juga tidak menembak sebarangan..ini menunjukkan tindakan polis ada alasannya. Kita juga langsung tidak mendengar komen2 polis terlibat, ini kerana PDRM masih mempunyai etika dan menghormati undang2..agaknya jika polis membuat sidang akhbar bagi mempertahan kan mereka, lagi banyak cerita cerita lain.

Kita harus meletakkan diri kita dalam kedua2 keadaan, ibu mangsa dan juga anggota polis..jangan kita terlalu menerima pendapat dan pandangan tanpa soal..kita juga tersentuh kerana ibu amin menangis dan membawa gambar2 amin dalam sidang media..tapi keadilan bukan dengan perasaan, tetapi fakta dan bukti, jangan kerana bencikan polis..semua yang dilakukan mereka salah..mereka juga manusia biasa..kes ini mestilah adil dalam segala segi. Kepada parti politik jangan la nak ambik kesempatan..mana parti politik dan NGO taktala polis ditembak, dilanggar, serta kejayaan menyelesaikan banyak jenayah?

Kepada saksi sahabat amin, kenyataan sidang akhbar beliau amat tidak wajar sama sekali, beliau hanya berumur 14 tahun dan mudah dipengaruhi pihak lain, ini telah mengganggu proses siasatan. Dalam sidang media tersebut beliau mengatakan adik amin mahu balik ke rumah diwaktu polis mengejar mereka, inilah pemikiran belum matang, tetapi dibiarkan memandu. Biar mahkamah mendengar keterangan beliau. Diharap kes ini akan dijalankan seadilnya. Bagi penadapat aku kes ini adalahh satu kemalangan dan salah faham..allah lebih mengetahui hal sebenar..wallahualam.



Psst: ingat lagi pesan mak dan abah supaya balik rumah awal dan jgn merayau tgh2 malam.. Adakah ibu bapa sekarang masih kisah lagi pendapat ini? Agaknya kes amin ini satu pengajaran kepada semua ibu bapa dimalaysia..

dibawah adalah petikan dari blog Dr Novandri Hasan Basri.

Cuba bayangkan anda seorang pegawai polis dan anda bertugas di sebelah malam bersama rakan-rakan polis yang lain.

Di malam itu semasa anda mengadakan rondaan biasa di kawasan-kawasan perumahan, anda dan rakan anda telah menyaksikan sebuah kereta yang sangat mencurigakan dan kereta itu tidak berhenti setelah melanggar kereta dan juga motosikal.


Pemandu tersebut memecut laju tanpa menghiraukan kesalahan yang telah beliau lakukan sebelum itu. Apakah reaksi anda sebagai seorang pegawai polis apabila anda melihat kejadian tersebut atau mendapat laporan tentang kejadian tersebut?

Seperti biasa, anda akan menjalankan tugas anda untuk mengejar kereta tersebut kerana pemandunya telah melakukan kesalahan berturut-turut tetapi tidak mahu berhenti.

Walau anda telah menghidupkan siren polis, pemandu tersebut masih tidak mahu berhenti malah masih berdegil untuk melepasi diri daripada dikejar anda dan rakan polis anda.

Tatkala itu, apakah yang anda sebagai seorang polis akan syak dan apakah langkah seterusnya yang perlu anda lakukan?

1. Anda berdepan dengan seorang/beberapa suspek yang telah melanggar beberapa kereta dan motosikal tetapi tidak berhenti.

2. Suspek tersebut masih tidak mahu berhenti walau pun anda dan rakan polis telah memberi amaran dengan menghidupkan siren polis.

Pastinya anda mengsyaki sesuatu yang berbahaya dan suspek mungkin berniat jahat atau telah melakukan kesalahan yang amat besar seperti kes seorang pesalah yang memandu sangat mencurigakan dan apabila ditahan oleh pihak polis di dapati beliau sedang dalam perjalanan untuk membuang kekasih beliau yang beliau baru bunuh!

Dan dalam suasana yang gelap dan malam, apakah anda dan rakan polis anda akan terfikir atau mengagak bahawa seorang budak kecil berusia 15 tahun yang sebenarnya memandu kereta itu dengan baik ?

Sudah tentu tidak kerana tidak ada satu keluarga pun yang akan membenarkan budak seusia itu memandu kereta! Keluarga itu patut disalahkan kerana cuai dan tidak kisah tentang anak-anak mereka.

Dan budak tersebut semestinya telah memandu beberapa kali sebelum kejadian tersebut. Jika tidak, tidak mungkin budak itu dapat memandu dengan baik sekali.

Setelah anda dan rakan polis anda berlogik dan memahami situasi, anda mengambil keputusan untuk melepaskan tembakan ke arah kereta itu. Anda melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut supaya kereta itu berhenti atau pun si pemandu menjadi amat takut dan berhenti sendiri.

Tetapi kereta suspek terus bergerak walau pun telah ditembak beberapa kali. Di dalam beberapa saat dan minit itu, apakah yang anda dan rakan polis anda fikirkan?

Kejadian kejar-mengejar adalah pada waktu malam dan anda atau sesiapa sahaja pasti tidak akan tahu umur, bangsa atau agama pemandu tersebut.

Jika suspek di dalam kereta tidak menghiraukan kesalahan awal beliau, tidak menghiraukan amaran siren polis dan terakhir sekali tidak menghiraukan tembakan dari anda dan rakan polis anda, apakah yang anda atau pun semua orang tatkala itu akan terfikir dan syak?

1. Budak sekolah 15 tahun ? atau

2. Penyenayah merbahaya yang dikehendaki oleh pihak polis?
Tambahan : Masih ramai yang tidak faham bahawa tidak mungkin sesiapa pun yang akan syak atau terfikir bahawa pemandu tersebut berumur 15 tahun memandangkan kepada kesukaran penglihatan (malam), kesukaran untuk mengenalpasti identiti pemandu semasa adegan kejar-mengejar dan kebolehan pemandu yang memandu sehingga berlaku high-speed chase.

2 comments:

Shida said...

Betul madal, aku sokong ko!From the beggining pun,I feels it's not fair to put all the blaimed to the police.Was wondering the same, nape lah budak under age+drive memalam+lari dr dikejar police?either si arwah betul2 ade buat jenayah or bcause die takut sebab dikejar polis sebab memadu.Tapi kan,nak buat cam ner dh termaktub dlm law.Even driving skali pun,kalu langgar bdk sek;tak kire lah salah ko sndr or salah budak tu,lesen kena tarik sampai biler2...

hafiz said...

actually aku rasa ini adalah kemalangan..kerana yang tertembak budak umur 15tahun..kalau umur 18 tahun keatas sure tak kecoh...apa pun allah lebih lebih mengetahui...