Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, January 19, 2011

Tunisia - Peringatan Kepada Pemimpin-Pemimpin Negara


Apa yang handa harus tahu tentang revolusi rakyat di Tunisia? Apa yang dilaporkan diakhbar mungkin terlalu banyak dan anda tidak punya masa untuk membacanya semua. Maka sebagai seorang penulis tiada bakat tapi banyak masa terluang aku akan compile as many facts as possible untuk tatapan pembaca-pembaca.


Mohammed Bouazizi

Ianya bermula dengan protes maut Mohammed Bouazizi (26).Mohammed Bouazizi ialah seorang graduan sains perkomputeran yang menjual sayur dan buah-buahan di bandar Sidi Bouzid. Kerana menganggur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerai beliau disita dan dia dilaporkan dikasari oleh pihak berkuasa tempatan. Cubaan beliau untuk melaporkan kekejaman pihak berkuasa tempatan tidak diendahkan. Sebagai tanda protes Bouazizi membakar dirinya pada 17 Disember tahun lalu dihadapan sebuah bangunan kerajaan. Beliau meninggal dunia pada 4 Januari lalu dan kematian Bouazzizi mencetus kemarahan rakyat marhaen.



Di Tunisia dianggarkan 1/3 graduan akan menganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar pengangguran pula dikatakan setinggi 14%. Masalah ekonomi Tunisia dikatakan berpunca dari amalan korup Presiden Zine el-Abidine Ben Ali (74). Beliau menyimpan harta peribadi di Perancis yang dianggarkan bernilai GBP 3.5 billion! Isteri beliau Leila Ben Ali, dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab kerana terkenal dengan hobinya yang suka shopping terutamnya di Dubai.


Leila Ben Ali

Didalam laporan Wikileaks, keluarga Ben Ali menerbangkan YOGURT dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi semata-mata untuk sebuah parti. Keluarga Ben Ali juga dikatakan mencuri sebuah yacht bernilai GBP 2 juta sesuka hati dari seorang ahli perniagaan berbangsa Perancis.

Ben Ali mengharamkan semua parti Islam serta pemakaian hijab. Corak pemerintahan sekular beliau direstui kuasa barat terutamanya USA yang mahukan sekutu dalam menentang "extremis Islam". USA memandang sebelah mata penyelewengan keluarga Ben Ali yang digelar "THE MAFIA" oleh rakyat Tunisia. Ben Ali mengamalkan pemerintahan despotik kuku besia. Nisbah pegawai polis kepada rakyat dewasa di Tunisia ialah 1:40


Zine el-Abidine Ben Ali & Leila Ben Ali

Tunisia memenjarakan paling banyak wartawan berbanding negara-negara Arab yang lain. Kebebasan bersuara dan media tidak wujud sama sekali. Tidak seperti di Malaysia yang adil dan saksama.

Revolusi ini ditunjangi golongan muda. 1/4 penduduk Tunisia berumur antara 15-24 tahun. Suara anak muda tidak boleh dipandang enteng dan amarah mereka terbukti menbawa bencana kepada keluarga Presiden yang korup

Presiden Zine el-Abidine Ben Ali pada mulanya melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anak-anak beliau yang kini menetap disebuah hotel di Disneyland. Kos menetap sehari di hotel mewah ini ialah GBP 300.

Kapal terbang yang membawa
Presiden Zine el-Abidine Ben Ali dilarang dari mendarat di Perancis oleh Presiden Sarkozy. Akibatnya gerombolan Presiden dan konco-konco terpaksa berambus ke Jeddah, Arab Saudi. Kapir anti Islam macam Sarkozy pun tak sudi menerima Ben Ali tapi negara Islam sejati sanggup pula memberi perlindungan kepada hamjad ini.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Saudi pernah memberikan suaka politik kepada Idi Amin dan Nawaz Sharif selepas kedua-dua pemimpin "Islam" ini ditendang keluar oleh kebangkitan rakyat.
Beberapa penganalisa politik menjangkakan mungkin berlaku teori domino di semua negara Afrika Utara. Rakyat tertindas di Libya, Algeria dan Mesir pula mungkin akan terpengaruh untuk melakukan revolusi mereka sendiri.

Ini amat ditakuki pemerintah barat kerana ianya mungkin berakhir dengan ISLAMIFIKASI seperti yang berlaku di Revolusi Iran 1979. Pihak Barat tidak mahu kehilangan anjing-anjing belaan yang pro barat/Israel seperti Hosni Mobarak.

Nantikan dalam masa beberapa minggu lagi, revolusi sejati rakyat yang mahu melepaskan diri dari penindasan ahlil politik pro-barat ini bakal dilabel sebagai REVOLUSI EXTREMIS ISLAM

Nantikan juga massive clampdown di Libya, Algeria dan Mesir. Semua pemimpin negara "Islam" ini sudah ketar lutut.


Kebangkitan Rakyat Tunisia

Ingat dan ketahui semua fakta yang saya lampirkan disini. Jangan biarkan cerita sebenar disebalik kekacauan di Tunisia ini dibobrokkan media arus perdana. Baca dan sebarkan.

Akhir kata kita bersyukur kerana mempunyai Perdana Menteri yang kudus serta isteri beliau yang tidak ada persamaan langsung dengan Leila Ben Ali. Sesunggunya negara kita Malaysia diterajui kerajaan yang tulus lagi prihatin. Di Malaysia TIADA rakyat akan dipukul oleh pihak berkuasa. Jika ianya berlaku pasti sudah ada seorang rakyat Malaysia yang membakar diri seperti
Mohammed Bouazizi!Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal.

Tunisia Riot

Alhamdulillah negara kita diberkati Allah yang maha Esa. Mana ada bencana alam di Malaysia? Aman damai sepanjang tahun adalah. Ini BUKTI AQLI yang tuhan approve corak pemerintahan DS1M yang selari dengan pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin.

Laporan dikumpul, diolah dan dialih bahsa dari sumber asal BBC , Guardian, Daily Mail, CNN dan Al Jazeera

Diolah dari Blog Serius. Aku ambik yang baik2 je..yang kasaq2 tu aku tapis la...

2 comments:

Sekamar Rindu said...

salam...

Leila Ben Ali juga membawa keluar 2 juta tan emas dai bank pusat Tunisia..

senang saja angkut harta rakyat..

hafiz said...

Inilah masalah jika kita terlalu lama diatas.
Keindahan Dunia tidak akan puas..
kepada pemimpin2 yang agak2 rakyat dah tak suka,
pikirkan lah baik2, hangan sampai dijatuhkan...

Salut tu Tun M sebab berundur dari jawatan PM..beliau juga pernah berkata, lebih baik berundur sebelum dibenci..