Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Sunday, February 20, 2011

Laluan Rafah ke Gaza dibuka


RAFAH: Mesir memutuskan untuk membuka semula laluan Rafah memasuki Jalur Gaza yang ditutup ketika negara itu berdepan tunjuk perasaan yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, kata pegawai Hamas, hari ini.

"Laluan itu akan dibuka semula bermula Selasa ini dengan 300 orang setiap hari," kata Ketua Jabatan Sempadan pentadbiran pergerakan Islam, Ghazi Hammad.
Laluan Rafah adalah laluan tunggal memasuki Gaza yang tidak dikuasai Israel, ditutup sejak 30 Januari lalu ketika tunjuk perasaan menentang Mubarak yang terpaksa berundur pada 11 Februari lalu.
Ribuan rakyat Palestin termasuk pesakit cuba mendapatkan rawatan perubatan dan pelajar yang terperangkap di Mesir sejak laluan itu ditutup. - AFP

Psst:Alhamdulillah..semoga segala bantuan kemanusiaan akan dapat masuk dengan mudah. Gunakan kesempatan ini bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

2 comments:

Wyna Nubies said...

alhamdulilah :)

hafiz said...

Membebaskan Al Aqsa adalah tanggung jawab seluruh umat islam...