Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, February 2, 2011

Revolusi Mesir ?

Hosni Mubarak

Mesir merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah tamadun yang begitu hebat dengan Piramid & Mumianya. Kecoh di Facebook dan blog membincangkan hal ini. kita perlu melihat apa sebenarnya yang berlaku dan atas sebab apa.

Pada tahun dan ketika ini seluruh dunia bertumpu ke negara tersebut ekoran kebangkitan rakyatnya yang mendesak presiden negara itu Muhammad Hosni Sayyid Mubarak yang telah menjadi Presiden selama 30 tahun berundur dengan segera.

Hosni yang memimpin parti pemerintah Parti Nasional Demokrat (NDP)yang menguasai 209 dari 211 kerusi pada pilihanraya pusingan pertama yang lalu. bayangkan kemenangan hampir 100% parti pemerintah ini akan dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri.

Rakyat Meluahkan Rasa Marah

Kebangkitan Rakyat mesir ini telah dicetuskan oleh revolusi Melati di Tunisia yang mana presiden mereka telah digulingkan. Jika dilihat kedua-dua pemimpin ini mempunyai persamaan yang mana telah lama memegang tampuk pemerintahan dan juga mendapat undi popular yang melebihi 80%. dan sudah pasti mereka mempunyai hubungan dengan negara Yahudi Israel.

Mengapa keadaan ini berlaku? Rakyat Mesir tidak berpuas hati dengan pentadbiran presiden, Hosni Mubarak yang mana keadaan ekonomi terutamanya kemiskinan, pengganguran dan corruption berlaku setelah Hosni Mubarak memerintah lebih dari 30 tahun. Para aktivis mengajak rakyat Mesir untuk melakukan gerakan bersama melawan kemiskinan, pengangguran dan korupsi pemerintah yang amat teruk.

Askar pun malas ambik port...

Himpunan Sejuta rakyat

Penentangan Yang jelas kepada Hosni

Malah Kebebasan untuk bersuara juga amat ketat serta Pilihanraya yang dilihat hanya sebagai alat untuk meneruskan kuasa. ini kerana kelompok pembangkang seperti gerakan hizbul muslimin dilarang sama sekali menyertai proses demokrasi tersebut malah sesiapa sahaja yang mempunyai talian dengan gerakan tersebut juga dilarang untuk bertanding. Munkin kebangkitan ini sahaja yang mampu untuk mematikan pemerintahan autokratik selama 30 tahun.



Revolusi yang berlaku hasil kebangkitan rakyat banyak berlaku diseluruh negara dunia. tapi apakah hasil revolusi ini merubah dasar dan landskap negara tersebut? Seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, Hampir semua presiden dijatuhkan oleh rakyat, tetapi mereka masih seperti itu kerana dasar negara mereka masih sama. ditunisia juga sama, revolusi yang berlaku akan menjadi satu lagi sejarah yang hanya melihat pertukaran pemerintah seperti menukar baju dan orang nya masih sama. harapan nya agar rakyat mesir dapat mengangkat pemimpin yang benar-benar layak. yang paling penting putuskan hubungan dengan Israel.

Masalah rakyat kita pula bagaimana untuk membawa balik rakyat kita sekitar 20,000 orang itu. Ada yang marah kepada kerajaan kerana lambat bertindak, munkin ini kelemahan kedutaan kita jika berlaku kecemasan. Tentera sudah ada Emergency plan jika berlaku kecemacan tetapi arahan masih kepada pemerintah. sekatan internet dan talian telefon menjadi salah satu lambatnya tindakan menyelamat, malah masa demo bermula TV Aljazeera sendiri sukar untuk membuat liputan atas dasar yang dikenakan.

Semoga seluruh rakyat kita di Mesir dapat pulang kenegara kita dengan selamat hendaknya. mungkin inilah rasanya hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Mungkin selepas ini kerajaan dapat membawa seluruh ilmuan dari Al Azhar mengajar dinegara kita? kat Malaysia pun dah Ramai orang Arab & Dasar islam juga semakin subur insyallah.

Negara yang mempunyai Universiti yang melahirkan ulama' tersohor seluruh dunia juga tidak mampu untuk memartabatkan dasar2 islam walhal hampir 100% mereka adalah islam.
Terdapat kumpulan2 tertentu dinegara kita membuat Demo untuk menjatuhkan Hosni, Kes ini adalah isu politik di sana, kita tak perlu masuk campur politik mereka. rakyat mesir lebih tahu apa yang mereka ingin kan. munkin kumpulan tersebut boleh menyewakan pesawat untuk mengangkut rakyat kita disana. kurang beban kerajaan. kita sama-sama tolong dalam bab ini, jangan cari political mileage sangat.

Semoga Kerajaan dapat ambil tindakan segara, marilah kita berdoa agar semua mangsa dalam keadaan selamat dan dalam lindungan Allah S.W.T.

MOHD ALHAFIZ BIN ABDULLAH


4 comments:

Aiman said...

Kejatuhan President Tunisia dan keadaan di Mesir, adakah ia menunjukan kebangkitan orang Islam atau ia hanya propaganda yang sengaja diwujudkan bagi mengantikan sekutu baru yang akan lebih menindas orang Islam??? Berhati-hati, kita sering diingatkan bahawa kita adalah umat akhir zaman dimana fitnah Dajjal sedang aktif tersebar.

hafiz said...

Oleh kerana itulah persoalan yang saya nyatakan tadi adakah revolusi dan menjatuhkan pemimpin ini akan menjadikan negara tersebut hebat..atau sekadar menukar pemimpin tetapi dasar pemerintahan mereka tetap sama..

kapten said...

umpama wayang kulit..... watak pelakonnya berubah tetapi tukang mainnya dalah orang yang sama....

hafiz said...

itu masalahnya..revolusi di arab bukan kali pertama, malah sudah banyak kali..tetapi mereka tetap seperti itu..