Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Tuesday, February 8, 2011

Tun Mahathir-tokoh Islam 'Machiavelli' sederhana


Anda boleh mencintai ataupun membencinya tetapi hakikatnya, anda tidak boleh mengabaikan tokoh itu.

oleh dikatakan hampir setiap bulan, ada sahaja inisiatif baru yang diperkenalkan, projek mega atau raksasa dibentangkan mahupun dasar baru dicadangkan.Apa sekalipun diperkatakan baik positif ataupun negatif, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah fenomena politik.

Malah di Amerika, di mana media barat lebih selesa dengan berita-berita mengenai diri mereka sendiri, kelibat Dr Mahathir seringkali juga muncul ke permukaan dari masa ke masa. Sepanjang revolusi Lembah Silikon sekitar tahun 90-an, itu, bekas Perdana Menteri Malaysia itu memancing wang barat dengan menjajakan multimedia super-koridor seperti seorang jurujual perisian komputer.

Dan ketika krisis kewangan Asia, Dr Mahathir memposisikan dirinya sebagai 'Nurani dari Timur', dan seringkali membidas serta mencaci Wall Street (dan tidak terkecuali maki hamun juga ditujukan kepada orang-orang Yahudi) yang didakwa menyerang mata wang di negara ini dan rantaunya. Di Malaysia sendiri, tentu sahaja, nama Mahathir menjadi sebati dengan kontroversi dan percanggahan.

Namun di luar negara, legasinya semakin terserlah dan dilihat dalam konteks 'Pertembungan Peradaban' yang dilihat kini menggantikan Perang Dingin yang suatu ketika begitu menghantui negara-negara barat.

Rentetan itu adalah adalah tema utama dari buku baru saya 'Perbualan Dengan Mahathir Mohamad', judul kedua dalam siri 'Raksasa Asia' (Pemimpin seterusnya yang akan dipaparkan adalah perdana menteri Thailand yang tidak kurang kontroversial, Thaksin Shinawatra).

Persoalan mengenai legasi dianggap penting kerana sejarah mungkin memutuskan untuk mengecilkan kecacatan dan kepincangan serius sepanjang pentadbiran Dr Mahathir dan dalam analisis akhir meletakkan beliau sebagai seorang daripada pemimpin Islam yang paling penting pada abad ke-20. Sejarah mungkin memutuskan bahawa Dr Mahathir sebagai tokoh Islam sederhana Machiavelli ketika barat begitu gentar dengan bangkitnya al-Qaeda.

Malaysiakini

Psst: Pengaruh Tun M memang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. beliau pernah menjadi kebanggaan kepada negara-negara Arab atas keberanian dan kelantangannya, menjadi idola Negara-negara Afrika dan disegani oleh negara serantau. Pengunaan perkataan Machiavelli oleh Malaysiakini tu untuk memberikan sedikit gambaran buruk kepada Tun M. Kita pun tahu Malaysiakini sedikit condong kepada satu pihak.

2 comments:

RockY-MY said...

Salam

Thanks bro add link blog saya .. saya dah addkan link ke blog bro :)

Terima kasih sekali lagi.

hafiz said...

Sama-Sama
Agar kita dapat berkongsi pendapat dan info