Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Tuesday, August 9, 2011

Iftar Bersama Alumni Semetrik- D'Saji Felda Villa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia dan Selamat Berpuasa..

Ramadhan ke 9 baru aku updated blog, Bukan apa minggu lepas Laptop yang aku guna dah gone (Tamat RIwayat), so kiranya minggu lepas aku memang tak plan nak updated la..malas aku nak updated guna hp aku tuh..tak puas hati…lagi pulak minggu lepas aku busy urus Majlis Berbuka Puasa (Iftar) bersama rakan Alumni Semetrik.

Alhamdulillah, Majlis Iftar tu Berjaya jugak, Pada 6 Ogos bertempat di D’Saji Felda Villa KL, Semua rakan-rakan Alumni happening habis. Cadangan Mengadakan Iftar ni timbul dari orang kuat Alumni (Hisyam Jusoh), Mamat ni bukan duduk KL pun, so aku suggest la tempat, aku rasa tu la one & only then terus jadi..bab nak panggil orang ni kita guna FB jer la, but still contact by call semua Alumni kat KL (Bukan semua active FB pun). Yang letihnya aku yang nak kena booking, dengan Alumni yang nak hadir kejap jadi kejap cancel (Kalau aku book mean aku kena bayar deposit dulu la…).

Akhirnya 17 orang Alumni Serta yang berpasangan hadir, Alhamdulillah ada diantaranya hampir 10 tahun tak jumpa (Lepas SPM terus hilang). Semangat tak semangatla..jam 6 hampir semua dah sampai..hahahaha…Maka bermula lah sesi bertanya khabar dan mengimbau kenangan lama di Semetrik.

Apa pun Iftar kali ini bersama Alumni Semetrik memang aku paling puas hati…

Mendengar Cerita Kay yang 10 tahun Hilang...

Muka muka datang Awal (Jam 6 dah sampai nih)

Sesi Bergosip

Juadah Bebuka..Penuh Meja...
Gambar ni paling Kontroversi  (Terima Kasih Je)



Hero-hero Semetrik 

Gambar Kami Semua

Alhamdulillah tempat ni memang selesa, Kemudahan semua cukup dengan Makanan yang memang tak habis la nak makan semua...Walaupun kami amat berpuas hati, tetapi tergerak dihati kami rakan-rakan yang lain yang sebenarnya ramai disekitar KL yang tak dapat menyertai. Kami amat berharap mereka dapat menyertai Aktiviti yang boleh mengukuhkan persahabatan bersama. Insyallah.

Psst: Selamat Berpuasa Semua...

5 comments:

nur_eimi said...

sedih gak tak dapat join...balik kg la...

hafiz said...

takpe..Insyallah ader rezeki kita buat lagi...

ALUMNI_SEMETRIK said...

Terbaik Madal

hafiz said...

Thank Alumni...

hafiz said...

Insyallah Cia are..ader rezeki ada..kita buat lagi..