Malas dah sebenarnya aku nak citer bab politik banyak sangat..Bersih la apala..Tapi just nak kongsi PM Najib dah start serang. Boleh tahan jugak berapi dia..kalau dengar panas je.....6k dalam sehari boleh kumpul..kira ok la tu Pak Jib.
Semalam siap melawat tempat Demo dilakukan, Kira kasi bersih balik la kot.
Sekadar selingan, popular pulak pak cik nih...
Agak-agak korang Bersih 2.0 haritu berjaya ke tidak?
Psst: Korang Pakat pikir & nilai lah sendiri yer...
Tabik Spring Kepada PDRM.... Inilah foto untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa PDRM mesra kepada tahanan yang di tahan di dalam perhimpunan haram hari ini. Layanan yang mereka terima...memang 'First Class'.
Lihatlah sendiri foto yang di keluarkan oleh PDRM ini. Adakah perkara ini akan berlaku di luar negara???
Fikirkanlah sendiri wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan...
Tahniah PDRM!!!
Tahanan boleh solat dan surau sementara di sediakan
Tahanan mengambil wuduk
Tahanan menjamu selera dan ada yang menghisap rokok
Tahanan menjamu selera macam ada kenduri kahwin
Tahanan di periksa kesihatan mereka...manalah tahu ada darah tinggi ke...
Sangat sistematik.... tahanan di ambil keterangan oleh Polis dan tak perlu tunggu lama
Bab yang paling aku suka adalah Malaysia menjadi perhatian Dunia kerana Keamanan, kesejahteraan dan kedamaian yang tidak ada dinegara negara negara lain seperti negara jiran kita. Bukan saja itu, malah Malaysia sering dijadikan contoh dan rujukan kerana dapat menguruskan negara dengan baik walaupun hidup dalam kepelbagaian. korang nak terima statement aku ke tidak terpulang lah..itu la yang selalu aku tengok news negara luar mengenai Malaysia.
Akan Tetapi Bersih 2.0 pasti akan menjadikan Pandangan tersebut berubah sama sekali, Media antara bangsa sudahpun mengeluarkan cerita yang kurang enak apa yang berlaku di Malaysia. Aku pasti Penyokong Kuning sungguh berpuas hati kan, sebab perhatian inilah yang korang harapkan.
Diantara news antarabangsa yang sempat aku tengok, yang news lain aku rasa banyak kot, tapi aku bagi popular cukup lah.
The Jakarta Post
BBC News
AP News
The Wall Street Journal
Al Jazeera News
Jika Berlaku sebarang masalah 9 July ini, Pastinya berita Malaysia akan menjadi lebih hangat. Sekali gus akan memalukan negara ini. Inilah perkara biasa yang dilakukan dan perkara utama yang akan di highlight kan adalah Kekejaman pemerintah, Kejahatan Polis dan Hak bersuara dilarang..Suke la geng kuning..
Malah Perhimpunan ini juga secara jelas terdapat tajaan dari luar (Ambiga pun mengaku) yang kita tahu amat suka mengambil kesempatan, Ada diantara rakan-rakan aku yang berkata itu semua tak penting, yang penting matlamat Bersih tercapai, dei...itu nama nya Matlamat menghalalkan cara, Islam ajar macam tu ke?
Perlancong-perlancong asing pastinya akan melihat ini dan menggambarkan Malaysia tidaklah aman seperti yang mereka tahu. dan ini akan memberi impak negatif kepada negara. Suka lagi geng baju kuningkan...
Satu lagi geng-geng Bersih Global yang nak berdemo jugak esok diseluruh Ibunegara dunia..lantak korang la yob, agak2 kalau tak puas hati sangat, tukar kerakyatan la senang...
Psst: Aku nak Ke Ampang esok pun takut2..dahla ada acara yang best, terus jadi tak berapa best..huh..
Assalamualaikum,
Politik kita yang semakin Panas sekarang,
Pendapat Ulama juga semakin berbeza-berbeza pendapat mengenai demontrasi,
Tak kira la Ulama politik atau neutral, namun kita dengar & pakat pikir,
Jangan kita nak ikut bulat2 jer..
Kita dengar dulu pandangan Ulama yang menentang Demontrasi ini.
Banyak diantara mereka adalah Pendakwah bebas dan sebahagian juga yang manyertai UMNO semasa ulama muda UMNO ditubuhkan, mereka adalah ahli-ahli Akademik di Universiti terkemuka yang ilmu mereka juga tak boleh disangkal dalam menyampaikan penghujjahan Al-Quran dan hadis. Ramai anti ulama macam mereka sebab kata Ulama cari makan dan sebagainya. Allah lebih mengetahui dari kita..so hormatilah ilmu-ilmu mereka. Jangan buat dosa kering.
Ulama yang Menyokong
Ustaz Wanji (Selalu berdebat dengan Hizbur Tahrir & Ulama Umno)
Ust Wan Ji memang Ulama PAS, so memang kena sokong Bersih, Cuma kalau ada Ust Haron Din atau Ust Ahmad Awang memberikan statement boleh juga dapat banyak info. Mereka dah kurang publisiti oleh orang PAS sendiri. takut jadi macam kes menggunakan nama Allah dulu. Sana cakap lain sini cakap lain kot. Banyak Point PAS dalam bersih berada dalam Blog, tetapi aku rasa Ust Wan Ji dah jelaskan dengan detail sekali, harapnya cukup kita dapatkan info bagi kita berfikir.
Ulama Yang Mengharuskan
Geng Pro Bersih kata penerangan ini halal, tetapi kumpulan anti Bersih kata Sebaliknya..So Neutralla tu, penafsiran tidak secara terus.
Pandangan yang menyeluruh, Terdengar juga kata-kata ustaz jika buat di stadium dan sebagainya, tetapi Polis sudah melakukan perbincangan dengan pihak Bersih berkenaan stadium dan cadangan jalan-jalan ingin dilalui (Polis cuma tak nak demo tu berlaku di KL).tetapi ditolak pihak Bersih.Munkin hukum itu juga perlu diambil kira seperti mana para peniaga yang menentang. Tapi Hukum yang ustaz berikan bukan hanya untuk Bersih, tetapi yang lain juga...
ini sahaja youtube yang aku jumpa, ulama yang menyokong Demo ini agak kurang dalam Youtube. Aku amat teruja usaha Ust Zaharuddin yang mengumpulkan ulama neutral dalam perbincangan, tetapi munkin suatu hari nanti boleh memgumpulkan Ulama PAS dan UMNO sekali. Pendapat mereka juga perlu didengari, insyallah.
Psst: Terpulang Kepada kalian untuk menafsirkan, Pada pandangan aku halal, Haram atau harus sesuatu demontrasi harus kena pada tempatnya, yang berkait rapat dengan keadilan dan menolak kezaliman, apakah demontrasi Bersih Wajar dilakukan, kita tidak boleh bandingkan demontrasi Bersih seperti demo Palestin, atau demo ditimur tengah. Sesungguhnya Bersih membawa 8 tuntutan yang boleh dibawa untuk perbincangan damai..Kelemahan SPR harus diakui dan kuasa mereka juga amat terbatas.
Aku tahu entry pasal bola ni basi sikit coz dah 2 hari,
tapi aku nak cerita jugak...sebab aku ada kat stadium masa tuh hehehe
memang asalnya tak terniat nak tengok bola kat stadium, tapi dah cancel pegi gym sebab meeting kat kajang, terus balik rumah & pegi stadium.
Ribuan Penyokong yang hadir
Aku tabik penyokong Malaysia buat masa ini,
kehadiran 45,000 penonton cukup membuatkan minat Rakyat Malaysia kepada
bola sepak negara makin mendalam, bayangkan hari tersebut adalah hari bekerja,
Kalau dibuat pada hari sabtu mesti penuh stadium Bukit Jalil tuh..
Baru penyokong side sana, korang belum tengok side yang belah sini hehehe
Kalau Taiwan ada pemain Naturalisasi kita ada penyokong naturalisasi (Mat Salleh mana tah la)
paling aku respect apabila lagu kebangsaan Taiwan dinyanyikan, seluruh rakyat Malaysia juga bangun tanda menghormati tanpa membuat bising. Jika tak sure mesti bising je sepanjang masa. Tahap Kematangan tu alhamdulillah semakin bagus............
Kedatangan penonton malaysia majoriti selalu adalah orang-orang Melayu dan India, tetapi pada hari tersebut aku tengok ramai juga penyokong dari kaum Cina, aku pasti mereka orang cina Malaysia sebab diorang ikat kepala tulisan Malaysia (tak tau la kalau bukan). tapi memang Satu Malaysia la..
Walaupun kita memperoleh kemenangan, tapi mutu permainan pada malam tersebut membuatkan peminat sedikit kecewa. Taiwan bukanlah pasukan sehebat Vietnam, Indonesia atau Thailand, kalau main seperti mana kita lawan pasukan2 semasa piala Suzuki AFF dulu senang-senang 4,5 gol boleh sumbat.
Saksikan Permainan dan Gol2 game haritu
Aku berharap masa leg ke 2 nanti Malaysia menunjukkan permainan kita yang sebenar. Gembirakanlah kami seluruh rakyat Malaysia dengan Sebuah kemenangan..
Blog ini diwujudkan sebagai ruang untuk memberi dan melahirkan pendapat, Harapan saya agar Rakan-rakan Blogger dapat menyertai dan memberi komen atau pendapat masing-masing dengan berhemah.