Nampaknya isu Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA bertambah panas. Terbaru tunjuk perasaan yang bakal diadakan 1 Ogos ini bagi pihak Anti dan Pro ISA. Penulis tidak bertujuaan menyokong mana-mana pihak atau kumpulan mengenai isu ini. Cuma inginkan percambahan pemikiran mengenai isu semasa dalam Negara kita.
Akta I.S.A diwujudkan pada asalnya adalah dizaman Komunis oleh penjajah pada masa itu bagi mengekang fahaman komunis. Persoalannya adalah adakah akta ini masih relevan sekarang. Bagi Gerakan Anti ISA, semestinya mengatakan tidak, bagi Pro ISA semestinya terus menyokong ISA.
Kita banyak mendengar bahawa Akta ISA ini adalah akta zalim,Kejam, Undang2 rimba dan sebagainya. Dan gerakan mansuhkan ISA (GMI) amat bersungguh2 untuk menghapuskan ISA ini dan menutup Kem Tahanan Kamunting.
Penulis pada dasarnya masih melihat perlunya pengunaan ISA ini. Bukan dihapuskan, tetapi hanya perlu dipinda agar digunakan kepada perkara yang memerlukan. Dan kerajaan sekarang juga sedang mengkaji akta ini. Sepatutnya semua pihak perlu bertenang dan biarkan kajiaan dilakukan. Penangkapan seseorang tanpa dibicarakan dilihat kejam. Namun penangkapan yang dilakukan mempunyai alasan yang kukuh. Akta ini tidak akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak ada kaitan. Sebagai contoh mas selamat yang ditangkap di Johor baru2 ini. dia tidak melakukan sebarang kesalahan dinegara kita. Tetapi dia adalah ancaman, akta manakah yang patut dikenakan jika bukan ISA kerana pihak polis tidak boleh mendakwa atas kesalahan yang dibuat diluar negara?
Perkara ini menjadi hangat apabila dipolitikkan tahap melampau. Bagaimana penahanan pemimpin HINDRAF, Teressa Kok, Raja Petra. Ia dilihat sebagai isu politik kerana mereka ditangkap orang politik dan pro kepada parti tertentu. Mereka ditahan kerana alasan yang cukup kukuh. Mereka secara jelas mempertikaikan Perlembangaan, membangkitkan isu perkauman dan perkara yang sebelum ini tidak pernah disentuh secara terbuka. Sepatutnya ia harus dibawa berbincang seperti dalam mesyuarat Exco atau perbincangan tertutup. Bukan menghebohkan yang mengakibatkan sentimen mana-mana pihak.
Banyak pemimpin di Negara kita dari PR atau BN adalah bekas tahanan ISA. Tidak kiralah dari zaman Tun.M hingga sekarang. Cuma janganlah selalu menonjolkan bahawa mereka hebat kerana modal tahanan ISA. Cuma jika ISA digunakan bagi kepentingan politik , ia tidak boleh diterima langsung.
Banyak juga pandangan dari sudut agama di keluarkan bagi menghalang dan menghalalkan Akta ini. Bagi pihak yang Anti ISA, penangkapan tanpa bicara adalah salah dalam islam kerana pesalah tidak ada hak untuk membela diri. Bagi Pro ISA, akta ini adalah undang2 pencegahan, dalam islam mencegah lebih baik dari merawat.
Dia Asean, hanya Malaysia dan Singapura mempunyai akta ini..agaknya sebab itulah 2 negara ini tidak mempunyai masalah dalaman Negara yang teruk seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Pengeboman juga tidak pernah berlaku. Berilah kepercayaan kepada pihak berkuasa, Mengenai ISA, kita tunggu apakah tindakan pindaan yang dijanjikan kerajaan.
Pada 1 ogos ini lebih baik duduk rumah sahaja. Tak perlulah turun kemana-mana, sokong Pro atau Anti ISA. Keamanan yang wujud wajar dihargai, tidak usah kita sanggup mengadaikan kerana ideology dan fahaman kita yang melampau serta emosi.
Segala coretan Penulis adalah pandangan peribadi dan jika ada pembezaan pendapat itu adalah perkara biasa sebagai manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment