Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, sudah sekian lama tidak menulis dalam blog kerana busy kerja sehingga tiada masa untuk update. Dalam bulan Julai ini, memang banyak cerita ingin dikongsi bersama. Sure banyak cerita yang dah lupa, whatever penulis akan ringkaskan sedikit sebanyak.
Actually awal bulan, 3-5 Julai penulis balik kampung, tengok keadaan dusun durian. Biasala tengah musim, Cuma bukan semua pokok buahnya menjadi. Tapi bolehlah untuk makan sekeluarga, selebihnya pajak kan je. Terima kasih kepada Pak Sahak kerana sudi menjaga Dusun penulis.
Hari-hari bekerja macam biasala, memang malas nak cerita, Cuma acara karaoke sempena tamatnya latihan Industri salah seorang pelajar Uniten,Murshid di office Ampang. Semoga memperoleh kerja yang sesuai dan jadi usahawan Manggis yang Berjaya (Ayat menyakat aku). Tq Coz banyak tolong uruskan kerja2 Taman Sutera Kajang tuh.
Pada 11 Julai, Sabtu, penulis menghadiri majlis perkahwinan sahabat UTM di Shah Alam,Faiz a.K.a Ninja, Dikesempatan ini juga penulis dapat berjumpa semua rakan-rakan UTM yang majoritinya menyambung pelajaran diperingkat sarjana (Master) di UTM. Ninja ni pun dalam proses dapatkan PHD di UM. Semoga Berjaya hendaknya dan selamat pengantin baru.
Pada Khamis, 16 Julai. Setelah 2 hari ke gym Gamuda, penulis ke Gym Rakyat Kampung Pandan, Nampaknya hari tersebut adalah hari terakhir kerana gym akan ditutup bagi kerja-kerja penyelengaraan selama sebulan setengah hingga 2 bulan. Alamatnya lepas raya la baru buka..(terukla mamat2 gym kat situ, kendur semua otot). Penulis pulak terpaksala main sorang2 di gym Gamuda tuh. Tak kisahla dimana pun, Janji exercise untuk kesihatan..
Pada 24 julai, Penulis balik ke kampung lagi. Cuma kalini untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat Lama Semetrik Najib Yahya di Gerik, sambil collect duit pajak dan durian yang dah sampai penghujung musim. Akhirnya salah seorang dari kami ( Pengawas sekolah), najib kawen dulu.point ni la rakan-rakan pengawas guna cabar mencabar who’s next?.Rezeki dia awal.selamat pengantin baru Najib .
Sempat juga Penulis ke sekolah lama (Semetrik) melihat aktiviti2 alumni sambil memberi sedikit kata-kata semangat kepada pelajar disitu. Sporting jugak budak2 kat situ. Selain berjumpa kawan lama, Penulis juga dapat berjumpa guru2 yang pernah mendidik suatu ketika dulu seperti cikgu Normaliza, Nora, Hamidah, Nazuha, Azizah, Ustaz Ramli, Cikgu Rizal, Mustaza Dan Ramai lagi. Sesungguhnya Cikgu2 inilah yang banyak memberi pendedahan kepada Penulis sehingga menjadi seperti sekarang. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru perintis Semetrik.
Monday, July 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment