Assalmualaikum dan salam sejahtera..
Pada 27 Febuari 2010 majlis perkahwinan Adib & pasangan Ija berlansung Di teluk intan..kedua-kedua pasangan ini adalah rakan di UTM skudai..akhirnya mereka diijabkabulkan juga..alhamdulillah.
Adib yang merupakan rakan baik di UTM dahulu merupakan pelajar terbaik Dalam course SEL (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)) dan satu2nya anak melayu yang mendapat 1st class degree dalam course kami..dia juga banyak membantu dalam setiap kali melakukan study group, PSM & kerja berkumpulan..atas dasar itulah aku sanggup turun majlis beliau..terima kasih adib kerana banyak membantu aku selama kita menuntut dimenara gading..beliau sekarang dalam proses menghabiskan Master & insyallah lepas ini ke peringkat PHD..ija juga sama dalam menyiapkan master beliau..
dalam majlis tersebut juga aku dapat berjumpa rakan2 lain seperti Amin & intan, Hakim, Kerk, khalil, ain (pisang) & Rakan2 SEL yang lain..
Diharap Rumahtangga Adib dan Ija terus berada dalam keredhaan Allah dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah..selamat pengantin Baru....
Monday, March 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment