Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, February 19, 2011

Selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS

Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.


















Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja"..-Detikdaily

Psst: Nak Masuk Parti Politik tertentu pun nak kena bagi tahu seluruh Masyarakat ke? siap dihadapan 30,000 0rang tuh? selamani Bob lokman sokong parti mana? Maybe tak sepatutnya Bob Lokman mempromosikan dirinya seorang ahli PAS. sungguhpun beliau ahli atau penyokong PAS, tiada siapa pun kisah. peminatnya bukan semua orang2 PAS.ia seolah2 nak menonjolkan diri pulak. lepas ni kena 100% berpolitik la kot.Tak pasti kalau ader Artis yang nak serah jadi Ahli UMNO pulak lepas ni? Heheheh..aku tetap dengar lagu isabella....

6 comments:

kapten said...

hang bila plak madal nak serah borang ahli pas? ke nak serah borang ahli kat anwar hehehe.....

Anonymous said...

Masuklah parti tupperware pun WHO CARES??????

Just Saying it said...

He has nothing to lose by declare in front 30k of Pas members. Like you said, there are so many artist who joined UMNO by also declare in front of their members during certain ceremony. I guess there are too many artist who joined this Gov. party. So both of them have nothing to lose.

hafiz said...

Terima Kasih atas komen2 sudara

Kapten-Borang parti KITA dah Ada?

Tiada masalah, cuma ini dilihat sebagai publisiti parti..sebagai seorang public figure, segalanya pasti mungkin

kapten said...

InsyALLAH madal nanti aku usulkan pada presiden heheheh

hafiz said...

Ok Kapten,

Hang kalau Masuk KITA sure jadi Ketua Bahagian Sg Petani...