Suasana Politik kita semakin Panas,
9 hb Julai ini akan diadakan Satu Perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut beberapa isu berkenaan pilihanraya. Walaupun mereka menggelar mereka NGO, Minta maaf la, sapa tak kenal Ambiga & Mat Sabu serta AJK terlibat tuh.
Dalam minggu lepas sudah ada tangkapan bagi mempromosi Bersih nih, Temasukkan mereka yang memakai baju bagi tujuan promosi, tangkapan awal si Jonah AMK kat Up town Shah Alam, disusuli beberapa orang yang ditahan dan sejumlah ahli PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang cubaan hidupkan Komunis. PSM ni aku dah usha lama dah, dalam web site dia pun terang2 macam komunis, nak sama rata harta dan kekayaanla, kalau sama rata apa beza yang bekerja keras dengan yang malas? takkan sama..memang Komunis la macha...
Bersih ni dah jumpa SPR, tapi tak puas hati terus tutup pintu rundingan then nak ke jalan raya, aku pun tak tau la kalau kat jalan raya boleh settle problem? Atau maruah kat jalan raya jer?
Berikut dibincangkan tuntutan mereka dan jawapan balas yang aku copy dari blogger http://theunspinners.blogspot.com/
1. Membersihkan senarai pengundi dari pengundi hantu dan menuntut pendaftaran secara otomatik.
Perkara ini adalah urusan pentadbiran yang berterusan tetapi suatu yang perlu difahami adalah SPR tidak boleh mengubah seseorang dari satu temnpat ke satu tempat sesuka hati. Sebarang pembersihan perlu pengesahan dan dikumentasi. Macam korang asal Johor kerja di KL, tapi korang nak mengundi kat Johor jugak, takkan tak boleh. kalau boleh bawak sorang pengudi hantu pi jumpa SPR, nak tengok juga sapa dia tuh.
Berkenaan pendaftaran pengundi secara automatic, ia tidak boleh dilakukan kerana SPR tidak boleh memaksa seseorang mendaftar sebagai pengundi melainkan dibenarkan Perlembagaan. Sama macam jemaah Hizbur Tahrir yang anti-Demokrasi, mereka tak daftar mengundi, takkan nama diorang nak masuk jugak. Nanti lagi kelam kabut & peratus pengundian akan merudum.
2. Reformasi undi pos
Buat masa ini, ianya dinamakan undi pos tetapi akan ditukarkan menjadi undi awal. Isu ini adalah isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan saja. Melainkan tempat seperti Telok Kemang dan tempat di mana ada kem askar, undi pos tidak membawa impak besar di mana-mana kawasan. Isu yang ditimbulkan adalah isu lapuk.
Seorang Lans Korporal pernah pada tahun 1999 mengatakan dia pernah mengundi untuk semua ahli kem. Tetapi apabila dipanggil ke SPR, dan ditanya kenapa sekarang baru nak timbulkan dan dulu tak laporkan? Dia tidak dapat jawab.
Peraturan undi pos pun sudah bertukar dan lagi menyusahkan prosedurnya. Dengan adanya wakil calun, banyak undi pos ditolak.
Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengundi, jika undi pos dihapuskan bererti menghapuskan hak rakyat seperti Polis, tentera dan Petugas SPR.
3. Penggunaan dakwat kekal (indellible ink)
Betulkah ada dakwat yang tidak boleh dipadam langsung? Tiada dalam dunia.
Betul ... pihak SPR ada umum mahu menggunakan dakwat ini pada tahun 2008 tapi membatalkan kerana ada pihak sudah mengimpot dakwat tersebut. Isunya lebih besar dari itu.
SPR tidak ada hak untuk menafikan seseorang dari mengundi melainkan pengundi itu gila, banduan, bawah 21, dan bukan warga negara. Jika seorang dinafikan hak mengundi kerana dakwat hitam, pasti dia boleh saman SPR.
Penggunaan dakwat begini hanya amalan negara dunia ketiga seperti India, Indonesia, Afrika dll yang tidak punya sistem Kad Pengenalan dan cara masih kebelakang. Buat apa perlu cara dakwat yang terbelakang ini jika sistem biometrik boleh digunakan? Kini India sudah berubah pada biometrik. Buat apa kita nak kembali ke zaman kuno kalau biometrik dah ada..huh..
4, Waktu kempen minima 21 hari
Buat masa ini, pengalaman menunjukkan 7-9 hari adalah waktu yang sesuai. Peruntukan undang2 memberi kuasa dan budibicara pada SPR untuk tentukan waktu kempen selama yang sesuai dengan syarat tidak kurang 7 hari.
Jika pembangkang mahu minima 21 hari, tukarkan undang-undang!
Namun begitu, SPR boleh timbang, tetapi perlukah nak menuntut ini sampai perlu buat demo besar-besaran?
Secara dasarnya Rakyat sudah tahu nak pangkah siapa, sembanglah macam mana sekali pun, taburlah duit banyak mana pun, orang itu tetap pangkah siapa dia sokong.
5. Media yang bebas dan adil
Yang ni aku sokong, tapi satu perkara aku nak tanya, Ini kuasa SPR ke? pandai sungguh Bersih!!!!
6. Kuatkan institusi awam
Bukankah ia melibatkan kuasa JPA dan agensi yang terlibat? Bukan kerja SPR! apa punya tuntutan la....
7. Hentikan rasuah
Ini SPR, bukan SPRM hadoi....Maharaja Lawak sungguh,
SPRM yang buktikan Rasuah, SPR mana pantau rasuah...
8. Hentikan politik kotor
Baik pembangkang mahu pun Pemerintah serupa saja.
Untuk politik sekarang, sekarang ini sapa yang politik penuh dengan pelbagai pembohongan, pertuduhan dan mereka-reka cerita bohong, putarbelit seperti pembunuhan Altantunya, Pusrawi, MAS rugi RM8 billion, rasuah submarine dlll tanpa bukti? Jangan Bersih bagi kita busuk bagi orang lain...
Adakah kuasa SPR dan AGONG penentu tataertib politik?
Ketika SPR mengatakan mereka sedia untuk berunding, Bersih mahu mengadakan rundingan pada bulan March-April.
Ketika itu masa terlalu sibuk dengan PRK Kerdau, Merlimau, Tenang dan PRU Sarawak, maka SPR mohon masa lepas itu. Alasan yang munasabah.
Tetapi Bersih guna permintaan SPR ini sebagai tolakkan. Jelas mereka hanya mencari alasan untuk menuduh SPR tidak menghormati mereka.
Berkenaan dengan kata Ambiga, kabinet menolak permintaan SPR. Ini adalah satu pembohongan kerana bukan amalan SPR untuk membuat usul ke kabinet tetapi hanya terus ke Parlimen dengan Dato Nazri membawa usul.
Pengerusi SPR dilantik Agong dan mereka bebas dan tidak menjawab pada kebinet. Pihak kerajaan hanya menentukan budget.
Aku tak pasti matlamat sebenar Bersih 2.0, kalau buat kat Stadium kan bagus, macam buat Jerit, geram pasal minyak naik dulu, sapa pun tak bising. ni nak jugak kat jalan...kalau nak bagi memorandum pun aku rasa macam tak logik pun ada..
Dah bersih datang pulak Pemuda UMNO & Perkasa nak counter geng Bersih, bagi aku macam geng2 nak langgar undang2 jugak, pandai sungguh, walaupun aku agak setuju pandangan Ibrahim Ali pasal nak tunjuk pada dunia bahawa Bersih tak cerminkan seluruh rakyat Malaysia, tapi keadaan pada hari itu adalah lebih bahaya sebenarnya.
jika mana-mana pihak tidak bertolak ansur, pasti berlaku sesuatu yang tidak dingini.
Pemuda UMNO pun aku tak sure la diorang ni...lama dok diam ja..tup2 nak lawan bersih..baru sedar kot. Apa pun geng2 Pemuda UMNO dah lancarkan Patriot-Malaysia Tanah Airku http://patriotmalaysia.blogspot.com/
Geng Patriot sudah menggerakkan kumpulan mereka paling awal apabila menyerbu Ibu Pejabat PKR dia tropicana. Aku tak pasti siapa yang setup tapi Pemuda KL & Selangor la..cuma ramai geng2 UMNO sendiri tak tahu pasal nih...kalau war-war sure lagi ramai la kot.
Aku amat berharap Apa saja perhimpunan tidak berlaku pada hari tersebut, kepada pihak polis dan menteri KDN, tolonglah ambik tindakan awal, agar negara kita terus aman, jangan jadikan perhimpunan dan demontrasi jalanan budaya kita.
Banyak Impak buruk yang telah disenaraikan oleh media, korang boleh pikir sendiri la yer
Wallahualam
Psst: Pada 9 hb ini aku tetap akan turun ke KL, Berbekalkan persediaan mental dan fizikal, dan semangat juang yang tinggi, bagi menyertai tournament Bowling Office aku. hehehehe...
2 comments:
benci benci benci sumernyaaaaaaaaaaa~~
Itulah realitinya,
Siapa pun tidak sukakan ketidakstabilan...
Post a Comment