Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Monday, July 25, 2011

Harimau Cuma Cedera, Belum Mati.....

Assalamualaikum,

Aku rasa semua dah tahu kekalahan Malaysia kepada Singapura 5-3 di Stadium Jalan besar.
Pastinya keputusan ini mengecewakan penyokong seluruh rakyat Malaysia.




Wajah-Wajah Sedih Penyokong Malaysia di Stadium Jalan Besar (Kalau Sedih kat Rumah tak sama dengan kat Stadium ok)

Kelemahan pertahanan adalah faktor utama yang menyebabkan gol2 mudah dapat dijaringkan oleh permain import singapura. Serangan kita memang mantap pada hari itu, tetapi apakan daya rezeki kita hanya itu.

Tapi jangan kita lupa, 90 minit berbaki di Bukit Jalil pastinya akan menjanjikan serangan berterusan Harimau yang sakit ini..Beza 2 jaringan gol pastinya dicari bagi memastikan Malaysia layak ke peringkat seterusnya.
Padang sintetik dan pemain import bukan alasan kita Kalah, jika itu dijadikan ukuran, tunjukkan di Bukit Jalil kita boleh menjaringkan gol lebih 2 jaringan.

Jaringan Pertama Safee Sali

Panas juga hati ada yang berkata, boleh menang ke..Adoi..game belum tamat lagi..90 minit apa saja boleh berlaku..Kita dapat lihat bagaimana ketinggalan 4-1, kita mampu mengejar dalam 2 minit menjadi 4-3. kita mampu menjaringkan gol pada saat ke 26. takkan 90 minit kita tak mampu melakukan apa-apa? cuma pertahanan perlu dipertingkatkan.




Ader jugak yang takde kene mengene dengan Bola...hahaha




Apa pun..28hb ni kita serbu Stadium Bukit Jalil..Seluruh Rakyat Malaysia Mahukan Kebangkitan Harimau Malaya...Buat Rakan-rakan Ultras Malaya..Korang memang terbaik...bab gaduh2 kat sana gua malas nak story.

Gambar Kreadit to http://snowprincesszzz.blogspot.com/ dan FB Abdul Hafiz

Psst: Ate yob..Moh ke stadium ler...

3 comments:

cucu umie said...

harap2..tema malysia akan melakukan yg terbaik di bukit jalil nty..amin44x

hafiz said...

Insyallah..44x tu makbul la hendaknya...

cicaksakit said...

jom kita pakat pakai baju jersi malaysia. bir singa takut tengok penyokong malaysia. apa-apa pun kita tetap hebat. 100% tempatan. baru best

mohon link blog saya di sini.

www.lidahcicak.blogspot.com

terima kasih