Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, August 12, 2011

Isu Murtad Telah Mencemarkan Ramadhan kita Kali Ini

Assalamulaikum,

Alhamdulilah Kita masih dibulan yang mulia, Ramadhan yang ke 12. Namun hati ini cukup sakit, aku cuba tidak terlalu berpolitik dalam blog ini sepanjang Ramadhan yang mulia, namun hati aku cukup yakin ini bukan isu politik lagi, ini isu umat islam. Penjelasan dalam Blog Pro BN, PR serta ulama dan pemikir seperti Dr Maza, Ulama Ilmu, Mufti2 serta NGO yang sepatutnya kita bersatu dalam perjuangan Akidah Umat Islam.Namun Politik nampaknya masih menjadi nadi utama, JAIS dan Dr Hassan Ali diserang dari dalam dan luar.

Ini bukanlah kali pertama isu ini berlaku, Akibat sesitiviti umat islam Malaysia yang tinggi dalam isu Islam, Murtad menjadi isu yang cukup ditakuti, Kita bukan negara Indonesia yang boleh masuk agama sesuka hati, Masih jelas isu Natrah, Hartina, Aisyah Bokhari dan Lina Joy serta banyak lagi kes yang disembunyikan.

Isu Natrah (terjadinya pertumpahan darah di Singapura)

Nor Aishah Bokhari

Hartina

Walaupun aku kurang bersetuju dengan Dr Maza berkenaan zakat dan baitulmal, aku tetap hormati pandangannya, namun Pusat Zakat dan Baitulmal pastinya mempunyai kelemahan yang boleh dibaiki. Dalam ribuan penerima, pasti ada keciciran. Mereka tidak boleh disalahkan 100%.

Pusat Zakat, Baitulmal, JKM dan badan-badan kebajikan lain hanya membantu setakat termampu, pastinya sukar mengharapkan 100% bantuan mereka. namun sumbangan mereka hanya untuk meringankan beban yang ditanggung. Pastinya ada birokrasi dalam menyampaikan bantuan, tapi itu adalah prosedure dan boleh dibaiki kerana hanya yang benar-benar layak sahaja yang wajib diberi bantuan. Soalan juga wajar diberi kepada JKKK, Ketua Kampung, ADUN, Ketua Cawangan Parti dan jiran-jiran yang mengetahui kesusahan sesebuah keluarga dan individu untuk dibawa ke JKM, Zakat atau Baitulmal. Bukan terus hentam majlis dan pusat Agama.

malah isu fakir bukanlah segala-galanya. Sejarah murtad dalam negara kita Kemiskinan bukan nya faktor menyebabkan mereka memilih menukar agama,.Lina joy, Aishah Bokhari dan yang lain-lain murtad bukan kerana mereka miskin, tetapi kelemahan Iman mereka sendiri. Warga Bangladesh yang bekerja dinegara kita lebih miskin dari orang-orang kita, tetapi mereka tetap dengan Islam. Bagaimana Islam di Somalia yang Merempat sekian lama, mereka juga tetap dengan Islam.

Disini aku nak dedahkan Kronologi Serbuan Jais Terhadap GMDU. Isu yang tengah panas sekarang ini. Terima Kasih Kepada Blog MALAY DELIMA untuk cacatan ini.
Bacalah dan nilaikan lah sendiri.

Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah di perjelaskan secara kronologi agar senang difahami.


  • Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.
  • Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).
  • Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.
  • Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.
  • Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.
  • SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).
  • Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.
  • Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'
  • Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.
  • Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.
  • Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

Apa yang ingin  pertikaikan dalam kejadian ini ialah beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, iaitu:- 

  1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?
  2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?
  3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?
  4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?
  5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?
  6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?
  7. Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?
  8. Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?
  9. Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?
  10. Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam? 
  11. Mengapa NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenalannya tertera beliau Islam?
Nampaknya hanya NADEANE@SOPHIA yang mampu menjawab persoalan  ini. InsyaAllah akan di dedahkan beberapa maklumat menarik perhatian tentang isu ini dalam waktu terdekat termasuk petikan rakaman program tersebut yang diambil oleh salah seorang hadirin majlis tsebut. Nauzubillah, awasilah keluarga dan saudara-mara kita dari terjebak dalam usaha memurtadkan orang-orang Islam. janganlah lokek membantu saudara mara kita yang susah. Wallahualam. DARI PADA TUKANG SCREW

Mereka telah diarah untuk hadir memberi penjelasan kepada pihak JAIS, namun tidak hadirkan diri atas nasihat peguam. Aik, Miskin pun boleh ada Peguam..hebat la tu.. yang pasti, ini bukannya kali pertama Gereja ini berbuat demikian. Kepada 12 orang islam yang hadir, Kalau nak bebuka puasa pun Masjid banyak kot yang sediakan juadah bebuka, Siap boleh Solat Magrib, Isyak &b Terawikh serta moreh, kat Gejera tu boleh ke?

Psst: Jika ada Ahli keluarga, Jiran dan kariah kampung yang daif,OKU dan dalam kesusahan, bawalah masalah ini ke pengetahuan berwajib. Jangan kondem orang setiap masa. dimana tanggungjawab anda? Marilah kita bersama dalam isu Akidah Umat Islam, Bersama kita tentang golongan Murtadin...

No comments: