Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin (Jom Masak Ketupat)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam kesibukan aku kat Kampung, disni aku ingin memohon seribu kemaafan jika aku ada terkasar bahasa didalam persahabatan, penulisan blog, Facebook dan sebagainya, sesungguhnya kita hanya manusia yang tidak terlepas dari sebarang kesilapan.

harapan aku juga rakan-rakan diperantauan dapat balik ke kampung dengan selamat, Sesungguhnya orang-orang tersayang menanti kalian dengan penuh harapan dihari lebaran.

Banyak benda aku dah buat kat kampung nih, nak cerita satu bukan korang nak baca pun, yang pasti esok start la nak masak ketupat dan sebagainya, memang keje aku setiap tahun jaga ketupat dari hidupkan api sampai masak ketupat tuh, pakai dapur kayu ok, bukan gas. memang kena jaga api bagai la. berapa kilo esok aku pun tak pasti, sebab abang, kakak & Mak & Pak sedara semua bagi daun ketupat.

Gambar-gambar tahun lepas punya, bagi korang tengok la, aku simpan jer tak best la pulak


Hidup kan Api

Ketupat & santan

Masak-Masak

Posing la skit

Masak dah pun

Tahun Ni Insyallah jadi la hendaknya...

yang aku buat ni ketupat bawang bukan ketupat palas ke, ketupat nasi ke. zaman arwah nenek aku ada dulu aku la tukang panjat pokok kelapa ambik daun (kat pucuk), sekarang just beli & ambik kat orang la..pokok kelapa yang aku panjat dulu pun dah tinggi melayut dah. Panjang2 lebaq cerita pun, semua dah mood rayakan..hahahaha

Psst: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin, Semoga lebaran Kali Ini Lebih Bermakna Disampin Keluarga Tersayang. Hati-hati ketika memandu...

2 comments:

YY said...

Selamat Hari Raya bro...

maaf zahir batin.. :)

hafiz said...

Selamat Hari Raya......