Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, September 3, 2011

Al-Fatihah Buat Noramfaizul Mohd Wartawan BERNAMA yang Terbunuh di Somalia




Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini
Dalam perjalanan ke Somalia
Allahyarham Faizul (berdiri)
Sebelum berlepas dari TUDM Subang
Faizul, duduk 2 dari kiri
Tiba di Somalia
Faizul berdiri pegang kamera
Berbuka puasa dalam pesawat
Faizul yang pertama (sedang menyuap makanan)

Psst: Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat..gugurnya jauh daripada ribaan anak isteri dan kaum keluarga. Dan gugurnya ketika sedang berjihad membantu marhein Somalia yang sedang diancam kebuluran insyallah...

3 comments:

ishiko said...

al-fatihah

Anonymous said...

Kerana sesaorang yang amat world view, saorang melayu Noramfaizul
ditembak mati di medan peperangan.

Sa orang isteri jadi balu ,dan saorang kanak kanak jadi yatim.
Ibu Bapa kehilangan tempat bermanja.

Setiap Aidil Fitri bagi tahun tahun yang datang akan jadi kenangan sedih.

Mampukah kah tanggungan kos pembelajaran dari kerajaan ganti kasih sayang belaian ayah suami dan anak ?

Missi di batalkan segera


Takziah utk keluarga allahyarham
Innalillahiwainnahilaihiraji'un...
syahid dunia sahabat kita...
AlFatihah
arjuna waspada
changkat lobak.

hafiz said...

Arjuna Waspada

Ajal maut ditangan Allah,
Sesungguhnya Allayarham meninggalkan dunia ini bukan sia-sia.

Misi kemanusiaan adalah satu misi yang mulia di sisi Manusia Apatah lagi sisi Allah S.W.T.

Sesiapa yang takut dan sayangkan Dunia, tak usah ikut serta, sedangkan beribu orang barat dah bukan islam berani menjejakkan diri disini, kita hanya menjadi penonton sahaja?adakah mulia kita?