Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, October 5, 2011

Perak Team Terbaik Malaysia 2001-2010


Assalamkualaikum,
Sekadar untuk berkongsi dengan semua, rangking yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) menunjukkan Pasukan bola Sepak Perak menduduki tangga ke 68 terbaik dari 237 pasukan yang tersenarai dalam Asia sepanjang tahun 2001 hingga 2010.



Terdapat 8 team dari Malaysia yang tersenarai dalam rangking ini termasuk Selangor (80),Perlis (105),Kedah (116),Negeri Sembilan (133), Pahang (155), Terengganu (176) dan Johor (227).

Laporan rangking ini sekali gus menunjukkan tahap konsistan pasukan bola sepak Perak yang sentiasa memberi saingan dalam setiap perlawanan dan satu satunya pasukan yang masih kekal dalam liga utama Malaysia dan tidak pernah jatuh ke liga bawah atau ke dua (liga perdana).




Sepanjang aku mengikuti bola sepak Perak, Penyokong Perak disenaraikan antara penyokong paling setia dan konsisten dalam setiap musim bola sepak. Mungkin peminat negeri lain boleh menafikan, akan tetapi logiknya disini kerana pasukan perak sendiri adalah pasukan yang tidak pernah terlepas melayakkan diri dalam Saingan Piala Malaysia. Dengan wujudnya kelab2 penyokong seperti Kelab Seladang, Yob4ever yang telah lama bertapak, kehadiran Silver State Ultras (SSU) yang merupakan Ultras pertama yang wujud di Malaysia menjadi satu fenomena dalam merancakkan lagi Bola Sepak Perak dan Malaysia.

Mungkin ada yang bertanya dimanakah kedudukan Kelantan?
Bola sepak Kelantan hanya  Bangkit pada sekitar tahun 2009 dibawah Jurulatih Peter James Butler dan pengurusan Tan Sri Anuar Musa. Maka oleh itu Pasukan Kelantan masih dikira baru dalam jangka masa  tahun 2001 hingga 2010. Pasukan Kelantan pada 10, 20 dan 30 tahun sebelum ini telah dilanda zaman hitam yang panjang dan hanya menjadi juara bagi liga FAM, Piala Emas Raja Raja dan Liga Perdana. Jelas Kebangkitan mereka sekarang kerana Pengurusan yang baik oleh mereka yang tahu akan hal bola sepak.

Psst: Ape-Ape pun Perak tetap dihati.....

1 comment:

ftdanisha said...

kejor yeop kejor..2011 n seterusnye mara yop