Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, December 29, 2010

Provokasi terakhir Indonesia


JAKARTA - Pihak media Indo- nesia ternyata begitu terdesak mencari isu baru bagi mewujud- kan provokasi terhadap pasukan Malaysia menjelang final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini.

Petang semalam ketika sidang media di Kementerian Negara Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia di sini, seorang wartawan Indonesia mengajukan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Soalan wartawan itu berbunyi: "Kami baru menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) bahawa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) telah menjatuhkan hukuman denda AS$40 juta (RM123 juta) dan penggantungan empat tahun buat pasu- kan Malaysia kerana kesalahan pancaran laser."

Shabery yang tampak terkejut dengan isu terbaru yang cuba di- bangkitkan media Indonesia itu terpaksa menjawab soalan tersebut dengan berlapik.

"Cukup besar jumlah itu. Saya baru tahu berita ini. Saya kena dapatkan maklumat terperinci dahulu daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Jika benar, FAM pasti boleh merayu," kata Shabery.

Ternyata isu yang cuba dibangkitkan itu merupakan desa- kan terakhir Indonesia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dengan 'menghalalkan cara' setelah mereka tewas 0-3 pada final pertama Ahad lalu.

Ini kerana, jika benar dakwaaan mereka Malaysia digantung empat tahun, maka Indonesia akan diberi kemenangan percuma pada aksi final kedua malam ini dan di- isytiharkan sebagai juara.

Namun Kosmo! terus mendapatkan pengesahan segera dari- pada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebaik tamat sidang media itu.

Menerusi SMS, Azzuddin berkata: "Ini pertama kali saya dengar berita ini. Ia merupakan provokasi. Jika benar tindakan diambil, ia perlu dilakukan AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN), bukannya FIFA. Ini kerana ia kejohanan anjuran AFF."

Sejurus kemudian, Shabery yang turut menghubungi Azzuddin bagi memperbetulkan kenyataannya pada sidang media tersebut.

"Saya telah semak dengan FAM dan mendapati perkara tersebut tidak benar. Ia hanya provokasi pihak tertentu bagi melemahkan semangat pasukan Malaysia," jelas Shabery.

Apa yang pasti, provokasi demi provokasi akan berterusan jika Malaysia berjaya dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010 malam ini.

-Kosmo Online

Psst: Nampaknya Media mereka memang antara media paling bebas didunia..bebas membohong...

Keselamatan Permain dan penyokong Malaysia juga boleh diragui disana. Penyokong Malaysia dan indonesia sungguh berbeza, di Malaysia Penyokong Indonesia boleh duduk bersama penyokong Malaysia tanpa rasa takut. Indonesia sudah pun mengalunkan gendang bahawa mereka sebenarnya mempunyai 12 orang pemain. satu yang lebih tu adalah penonton, atau yang seperti dalam youtube ini. tidak mustahil akan berlaku malam ini..



Harap Malaysia mampu meyumbat gol malam ini..kasi tutp mulut Garuda...

Monday, December 27, 2010

Patahnya Sayap Garuda - Malaysia 3 Indonesia 0


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada team Harimau Malaya atas kemenangan bergaya 3-0 keatas Indonesia. sesungguhnya kemenangan itu di sambut gembira seluruh rakyat Malaysia terutama yang hadir di stadium Bukit Jalil.
memang tak sia-sia beli baju nih

Aku Diantara Ribuan yang hadir terasa memang berbaloi dengan kemenangan ini. Gaya permainan yang cantik dan penyudahan gol yang mampu menutup mulut sang Garuda kebanggaan Indonesia. Malah kelibat2 permain naturalisasi indonesia Cristian Conzalez dan Irfan langsung tidak kelihatan.
Meraikan Gol Pertama

Meraikan Gol Ke-2

Aku nak tgok berita2 dari seberang apa pula pendapat mereka selepas perlawanan ini. mereka seperti memperlekeh Malaysia terutama Metro TV dalam laporan2 mengenai Malaysia.
laporan2 seperti

-Sejumlah Warga Kuala Lumpur Tak Mengetahui Final AFF
-Tiket Piala AFF di Malaysia Sepi Peminat

itu belum lagi berita dari Kompas, Liputan 6, Antaranews, Jakarta Post,dan media2 yang sengaja meng api2 kan. paling tak puas hati mereka mengatakan Peminat Indonesia pasti lebih ramai kerana tiada orang mahu membeli tiket.

berita2 mengatakan tiket masih belum terjual sebanyak 40,000 juga sengaja dibesar2 kan..malam ini terbukti hampir seluruh stadium dibanjiri lautan kuning, malah ramai yang tidak mendapat tempat duduk dan terpaksa berkongsi dengan penyokong indonesia.
Peminat Indonesia tidak penuh stadium pun

Penyokong Malaysia

Tunjuk Jersi la sikit

Lautan Kuning

Part ni memang Dramatic

Meraikan hingga ke luar Stadium

Penyokong2 Indonesia dan Malaysia juga wajar dipuji kerana para penyokong Indonesia bebas untuk bergerak kemana2 tanpa diganggu atau di provoke oleh penyokong kita yang begitu ramai. Mungkin inilah sikap Malaysia yang tidak menyimpan dendam, tetapi dibalas secara halal didalam Stadium (Halal ke).

Harapannya Malaysia mampu memenangi piala Suzuki AFF ini sekali gus menaikkan rangking dunia. Dengan pemain yang rata2 masih muda, pasukan ini patut di berikan perhatian penuh agar mampu menjadi kuasa Asia insyallah

Mohd Alhafiz Abdullah

Saturday, December 25, 2010

Indonesia pakai 2 orang pemain import untuk AFF




Cristian Gonzales kelahiran Uruguay dan Irfan Bachdim kelahiran Belanda. mereka berdua ini telah diberi kerakyatan indonesia oleh kerajaan republik itu..kemanakah pemain negara indonesia yang lain..mereka mempunyai rakyak yang ramai namun tidak ada kah pemain bola rakyat mereka sendiri ??

ini menujukkan permainan bola sepak dinegera mereka tidak sehebat malaysia yang rata-rata dibarisi pemain tempatan dan hanya pemain muda..ini terbukti dengan kemenangan skuad malaysia di sukan sea di Laos tempoh hari..

jadi skuad malaysia kini adalah pasukan terbaik di rantau ini..dan malaysia juga berjaya ke peringkat suku akhir di sukan asia...sangat2 memberangsangkan..

Permain malaysia rata rata berumur 23 tahun dan paling muda 19 tahun..manakala indonesia rata2nya berumur lebih 25 tahun yang paling tua Gonzalez 35 tahun. Malah bambang pamungkas masih lagi ditagih kehebatannya.

Esok aku akan turun ke Bukit Jalil bersama sedara2 aku..lama juga tak masuk bukit jalil, paling last masa final Perak Kedah 2007. jom semua turun..kalah menang janji enjoy

Saturday, December 18, 2010

Mahathir dan Sistem Kewangan Islam


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.


Sumber Utusan Malaysia.

Dari dahulu lagi kalau tak ingat aku la..Tun Mahathir memang sudah pun menyarankan penggunaan dinar islam dalam urusan ekonomi. beliau juga pernah mencadangkan penggunaan dinar dikalangan negara negara islam..tetapi pandangan beliau dilihat tidak diambil pusing oleh negara islam lain terutama sekali negara timur tengah ( negara arab). namun cadangan beliau telah menjadi pemankin kepada institusi kewangan islam di dunia dimana malaysia menjadi pelopor kewangan islam antarabangsa.

Malah kerajaan kelantan juga telah melancarkan dinar emas mereka sendiri. ia dilihat baik dan disambut dengan pujian dan ada rakan yang menyatakan kerajaan kelantan telah kehadapan. mereka lupa 10 tahun dahulu Tun Mahathir lah yang telah mencadangkan dinar ini di pentas antarabangsa dan negara-negara islam. tiada pujian dari mereka untuk Tun. malah Dinar emas kelantan tidak langsung mendapat sambutan dari rakyat kelantan apa lagi pelabur2 asing. ini kerana sesuatu sistem itu perlukan kajian2 mendalam dan sokongan pelbagai pihak, bukan hanya dilancarkan tanpa merujuk implikasi nya sendiri.

video dibawah menerangkan serba sedikit yang mana cadangan Tun M yang dihurai oleh seorang ulama @ pakar dalam ekonomi islam.



Semoga Allah terus merahmati Tun Mahathir dan terus memberi pendapat yang berguna kepada umat islam di malaysia dan didunia umumnya.

Psst: Masih ada penduduk arab mengatakan Tun M masih Perdana Menteri Malaysia dan ramai warga arab masih mengenali siapa Tun M.

Thursday, December 16, 2010

Ada apa dengan APCO


Diambil dari blog YB Zulkifli Bin Nordin MP Kulim Bandar Baru


Salam 2 all.

Hari ini Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.

Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan. Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO ini. Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO (gambar atas adalah logo badan tersebut). Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital (gambar sebelah adalah contoh walkie-talkie keluaran APCO). Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden tak silap teman) menggunakan sistem monolog.

Maknanya perkataan APCO yang muncul didalam Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia ialah nama APCO membabitkan satu sistem komunikasi. Ianya langsung tiada kena mengena dengan nama APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel. Walaupun singkatannya sama, tetapi ianya dua entiti APCO yang berbeza dan tiada kena antara satu sama lain, hanya kebetulan singkatannya sama - APCO!!

Dan berkaitan syarikat APCO Worlwide yang diputarbelitkan sebagai firma penasihat Kerajaan Malaysia, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington. Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut, Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi hanya kerana persamaan logo? Walaupun sekarang sudah terdedah satu dunia bagaimana pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan terpaksa berlutut memohon maaf kepada Yahudi di Amerika kerana menyinggung perasaan yahudi apabila pemimpin anugerah tuhan ini mempolitikkan dan memutarbelitkan isu APCO! Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!! Pendekkata, janganlah berbohong dan kelentong! Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!

Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam yang sebenar untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

10 Muharram 1432

16 Disember 2010

Psst: Pandangan YB Zul boleh lah dijadikan perbandingan dengan yang lain..apa apa pun..Allah lebih tahu segalanya. Yang benar pasti benar, yang Hak pasti ditunjukkan. insyallah