Rasanya masih tak terlambat nak ucap selamat tahun baru masihi 2011, Cepat sungguh masa berlalu, semoga pengalaman lalu menjadikan kita lebih dewasa hendaknya insyallah.
Sempena tahun baru, aku dengan kawan2 (Ijat, Zul & Hisyam) telah pun berpakat untuk Ziarah kerumah sahabat Sekolah teknik, Naim @ Bajang. Last jumpa pun kat Putrajaya..alhamdulillah dia dah pun mendapat cahaya mata.
Pada Malam tahun baru pulak..kami sengaja ke mines untuk bermain bowling & Karoake..setakat nak tgok bunya api & jerit2 sambut tahun baru dah lama aku tinggalkan. 4,5 tahun dulu maybe la hahaha... kalau dah main bowling & karok macam biasala sampai 3,4 pagi la jawabnya. sempat juga berjumpa Alias & Yeop kat Village View sambil tgok final AFF leg pertama..lain woo tgok live dengan tgok kat TV..
Tak lupa juga nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat teknik dan sekampung aku Siti Azura Bt Shamsuddin dengan pasangan, semoga kekal ke akhir hayat dan dapat banyak zuriat insyallah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas kalian.
Azam tahun baru aku adalah....................................
Safiq Rahim Ketua Pasukan Malaysia menjulang Piala Suzuki di Gelora Bung Karno malam ini
Pemain Indonesia mengasak pemain Malaysia di Gelora Bung Karno Jakarta malam ini
KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Malaysia menang dengan agregat 4-2.
Pemain Indonesia Muhammad Ridwan berusaha membelah pertahanan Malaysia di Gelora Bung Karno malam ini
Penyokong Malaysia menonton final di Dataran Merdeka malam ini
Antara penyokong Malaysia yang berada di Indonesia (penuntut2 malaysia di sana)
Datuk Mukhriz Mahathir bersama peminat bola menyaksikan perlawanan ini di Jirta malam ini
Ribuan penyokong Malaysia membanjiri Dataran Merdeka malam ini merayakan kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama ahli keluarganya serta rakan menyaksikan perlawanan akhir Malaysia -Indonesia di Bistro Hotel MS Garden Kuantan.
Penyokong Malaysia di Shah Alam malam ini di Restoren Hakim Seksyen 7
Penyokong-penyokong Malaysia di Terengganu di T Cafe yang bersorak gembira dengan kemenangan Malaysia menjuari Piala Suzuki malam ini
Mohamed Sali Min, ayah kepada Safee Sali yang bersorak gembira melihat anaknya menjaringkan gol malam ini, di rumahnya di Tapah Perak malam ini
Seluruh ahli keluarga Penjaga Gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bersorak gembira kerana kemenangan Malaysia malam ini, di Kota Bharu
Tahniah kepada Pengurusan FAM, Jurulatih Malaysia, K.Rajagobal, penolong jurulatih dan semua pemain-pemain Malaysia yang bermati-matian menjulang nama Malaysia di erana Bola Sepak Asia Tenggara.....Syabas.
JAKARTA - Pihak media Indo- nesia ternyata begitu terdesak mencari isu baru bagi mewujud- kan provokasi terhadap pasukan Malaysia menjelang final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini.
Petang semalam ketika sidang media di Kementerian Negara Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia di sini, seorang wartawan Indonesia mengajukan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Soalan wartawan itu berbunyi: "Kami baru menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) bahawa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) telah menjatuhkan hukuman denda AS$40 juta (RM123 juta) dan penggantungan empat tahun buat pasu- kan Malaysia kerana kesalahan pancaran laser."
Shabery yang tampak terkejut dengan isu terbaru yang cuba di- bangkitkan media Indonesia itu terpaksa menjawab soalan tersebut dengan berlapik.
"Cukup besar jumlah itu. Saya baru tahu berita ini. Saya kena dapatkan maklumat terperinci dahulu daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Jika benar, FAM pasti boleh merayu," kata Shabery.
Ternyata isu yang cuba dibangkitkan itu merupakan desa- kan terakhir Indonesia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dengan 'menghalalkan cara' setelah mereka tewas 0-3 pada final pertama Ahad lalu.
Ini kerana, jika benar dakwaaan mereka Malaysia digantung empat tahun, maka Indonesia akan diberi kemenangan percuma pada aksi final kedua malam ini dan di- isytiharkan sebagai juara.
Namun Kosmo! terus mendapatkan pengesahan segera dari- pada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebaik tamat sidang media itu.
Menerusi SMS, Azzuddin berkata: "Ini pertama kali saya dengar berita ini. Ia merupakan provokasi. Jika benar tindakan diambil, ia perlu dilakukan AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN), bukannya FIFA. Ini kerana ia kejohanan anjuran AFF."
Sejurus kemudian, Shabery yang turut menghubungi Azzuddin bagi memperbetulkan kenyataannya pada sidang media tersebut.
"Saya telah semak dengan FAM dan mendapati perkara tersebut tidak benar. Ia hanya provokasi pihak tertentu bagi melemahkan semangat pasukan Malaysia," jelas Shabery.
Apa yang pasti, provokasi demi provokasi akan berterusan jika Malaysia berjaya dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010 malam ini.
-Kosmo Online
Psst: Nampaknya Media mereka memang antara media paling bebas didunia..bebas membohong...
Keselamatan Permain dan penyokong Malaysia juga boleh diragui disana. Penyokong Malaysia dan indonesia sungguh berbeza, di Malaysia Penyokong Indonesia boleh duduk bersama penyokong Malaysia tanpa rasa takut. Indonesia sudah pun mengalunkan gendang bahawa mereka sebenarnya mempunyai 12 orang pemain. satu yang lebih tu adalah penonton, atau yang seperti dalam youtube ini. tidak mustahil akan berlaku malam ini..
Harap Malaysia mampu meyumbat gol malam ini..kasi tutp mulut Garuda...
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada team Harimau Malaya atas kemenangan bergaya 3-0 keatas Indonesia. sesungguhnya kemenangan itu di sambut gembira seluruh rakyat Malaysia terutama yang hadir di stadium Bukit Jalil.
memang tak sia-sia beli baju nih
Aku Diantara Ribuan yang hadir terasa memang berbaloi dengan kemenangan ini. Gaya permainan yang cantik dan penyudahan gol yang mampu menutup mulut sang Garuda kebanggaan Indonesia. Malah kelibat2 permain naturalisasi indonesia Cristian Conzalez dan Irfan langsung tidak kelihatan.
Meraikan Gol Pertama
Meraikan Gol Ke-2
Aku nak tgok berita2 dari seberang apa pula pendapat mereka selepas perlawanan ini. mereka seperti memperlekeh Malaysia terutama Metro TV dalam laporan2 mengenai Malaysia. laporan2 seperti
-Sejumlah Warga Kuala Lumpur Tak Mengetahui Final AFF -Tiket Piala AFF di Malaysia Sepi Peminat
itu belum lagi berita dari Kompas, Liputan 6, Antaranews, Jakarta Post,dan media2 yang sengaja meng api2 kan. paling tak puas hati mereka mengatakan Peminat Indonesia pasti lebih ramai kerana tiada orang mahu membeli tiket.
berita2 mengatakan tiket masih belum terjual sebanyak 40,000 juga sengaja dibesar2 kan..malam ini terbukti hampir seluruh stadium dibanjiri lautan kuning, malah ramai yang tidak mendapat tempat duduk dan terpaksa berkongsi dengan penyokong indonesia.
Peminat Indonesia tidak penuh stadium pun
Penyokong Malaysia
Tunjuk Jersi la sikit
Lautan Kuning
Part ni memang Dramatic
Meraikan hingga ke luar Stadium
Penyokong2 Indonesia dan Malaysia juga wajar dipuji kerana para penyokong Indonesia bebas untuk bergerak kemana2 tanpa diganggu atau di provoke oleh penyokong kita yang begitu ramai. Mungkin inilah sikap Malaysia yang tidak menyimpan dendam, tetapi dibalas secara halal didalam Stadium (Halal ke).
Harapannya Malaysia mampu memenangi piala Suzuki AFF ini sekali gus menaikkan rangking dunia. Dengan pemain yang rata2 masih muda, pasukan ini patut di berikan perhatian penuh agar mampu menjadi kuasa Asia insyallah
Cristian Gonzales kelahiran Uruguay dan Irfan Bachdim kelahiran Belanda. mereka berdua ini telah diberi kerakyatan indonesia oleh kerajaan republik itu..kemanakah pemain negara indonesia yang lain..mereka mempunyai rakyak yang ramai namun tidak ada kah pemain bola rakyat mereka sendiri ??
ini menujukkan permainan bola sepak dinegera mereka tidak sehebat malaysia yang rata-rata dibarisi pemain tempatan dan hanya pemain muda..ini terbukti dengan kemenangan skuad malaysia di sukan sea di Laos tempoh hari..
jadi skuad malaysia kini adalah pasukan terbaik di rantau ini..dan malaysia juga berjaya ke peringkat suku akhir di sukan asia...sangat2 memberangsangkan..
Permain malaysia rata rata berumur 23 tahun dan paling muda 19 tahun..manakala indonesia rata2nya berumur lebih 25 tahun yang paling tua Gonzalez 35 tahun. Malah bambang pamungkas masih lagi ditagih kehebatannya.
Esok aku akan turun ke Bukit Jalil bersama sedara2 aku..lama juga tak masuk bukit jalil, paling last masa final Perak Kedah 2007. jom semua turun..kalah menang janji enjoy
Blog ini diwujudkan sebagai ruang untuk memberi dan melahirkan pendapat, Harapan saya agar Rakan-rakan Blogger dapat menyertai dan memberi komen atau pendapat masing-masing dengan berhemah.