Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, December 1, 2010

Blog Prokerajaan kini menguasai alam Cyber

penulisan kali ini Hanya berbentuk maklumat untuk rakan2 yang selalu melawati blog dan portal di malaysia.

Utusan Malaysia hari menyiarkan 100 blog paling popular melalui bancian Alexa meliputi empat kategori iaitu blog prokerajaan, propembangkang, blog pemimpin, dan blogger neutral.

Barangkali ini kali pertama sejak 12 tahun, blog dan web penyokong kerajaan mengatasi web yang menyebelahi pembangkang. Betulkan jika aku silap.

Secara keseluruhan, blog prokerajaan menguasai 60% berbanding pembangkang yang cuma mendapat 20%. Selebihnya ialah blog pemimpin seperti Tun Mahathir dan DS Najib serta blogger berkecuali yang berjaya mencuri 20% daripada tempat yang disediakan.

Lebih menarik, walaupun tempat pertama masih dikuasai portal Tranungkite yang sudah lama terkenal, namun enam daripada 10 teratas ialah blogger prokerajaan yang dikira baru. Cuma dua buah blog yang menyokong pembangkang masih berada dalam 10 blog paling popular.

Tidak kurang menarik daripada statistik tersebut ialah terdapat blogger dan webmaster yang suatu ketika dahulu amat membenci kerajaan kini bertukar 360 darjah seperti Blogger Mahazalim, Mahafiraun, GAP dan beberapa orang lagi.

aku tak pasti kenapa laman-laman yang selalu aku lawati seperti Malaysiakini, Malaysia today,serta portal2 lain tak tersenarai..munkin laman2 tersebut tidak termasuk dalam alexa ranking.

seingat aku Pada tahun 2006-2008 Blog2 pro PR bermaharajalela dalam ruangan cyber, nampaknya sudah tenggelam dengan bloggers2 pro BN.

Tidak ada apa yang boleh dibanggakana jika hanya banyak dalam bahasa melayu sahaja, Kumpulan pro PR ada dalam English dan Cina.

akhir kata, kita boleh mendapat maklumat dari mana2 pihak sekalipun, maka kita timbanglah dengan akal yang berilmu.


click image untuk besarkan

Diolah sedikit dari blog http://waadat.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

salam..

sekadar mercu tanda buat apa...di dalam banguan yang 88 tingkat tu..berapa peratus kag bangsa melayu yang buat bisnes kat situ?

hafiz said...

Itulah masalah kita..
pihak kerajaan sepatutnya ambil perhatian perkara ini...semoga akan terbuka idea yang lebih baik, 88 tingkat bukan tempat membeli belah tapi banyak ruang2 pejabat yang disewakan..itu juga keuntungan..