Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, March 19, 2010

Perkahwinan Nieza & Anoi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih belum terlambat mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nieza dan Anoi kerana akhirnya sampai ke jinjang pelamin..tak sia sia aku menjadi posmen masa kita sama-sama menuntut di Semetrik dulu..diharap pasangan ini akan menjadi pasangan yang bahagia dan sentiasa diredhai Allah setiap masa.

Pada 13 hb March berlangsung persandingan di rumah nieza..aku dari KL pagi2 lagi sampai kamunting jumpa semua member2 & beli hadiah di tesco taiping..ramai jugak kawan2 hadir..tapi muka2 sama la..akhirnya jumpa jugak sue..member masa teknik bersama nieza dulu..memang kawan baik kami nih..mana taknya satu kampung & kalau balik mesti sekali punya..dia dah anak sorang dah..nampaknya aku jugak yang tinggal hu3.

setelah selesai semua kami ramai2 ke taiping sentral..apa lagi pegi melalak la..lama jugak aku tak karok ni..dengan rakan2 biasala..berhibur sekali sekala..






Tuesday, March 9, 2010

Antara Mufti, Ustaz Ahmad Awang Dan Tuan Guru Nik Aziz

Tidak terniat aku disini untuk menceritakan hal politik..dan sepatutnya ada juga hal yang tidak perlu dipolitikkan..sedih dengan apa yang berlaku keatas Mufti Perak yang diserang akibat dari pandangan beliau yang tidak selari dengan pihak yang lain.

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan tugas seorang mufti bukan sekadar mengeluarkan fatwa berhubung isu air mutlak dan haid, tetapi merangkumi tugas yang lebih luas, termasuk menyatupadukan umat Islam bagi mengembalikan keukuatan Melayu Islam. Beliau mengulas lanjut ekoran kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan Harussani lebih layak digelar sebagai ejen Umno, bukannya mufti. Harussani berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk membincang tentang perpaduan umat Islam. "Perpaduan umat Islam adalah agenda penting yang diterapkan oleh Rasulullah SAW ketika mana baginda berhijrah ke Madinah seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; sdan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (ayat al Hujarat)," katanya.


Menteri di JPM, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar tindakan Mursyidul Am PAS yang melabel Mufti Perak sebagai ejen Umno kerana Sultan yang melantik mufti dan tugas serta tanggungjawab bukan hanya fatwa semata-mata.

Tokoh Ulamak terkenal Kelantan, Abdullah Saamah meminta umat Islam melihat kenyataan pemimpin agama, termasuk muftiyang dilantik kerajaan dalam konteks lebih luas dan bukan melihat dari sudut politik saja. Beliau juga seorang Pengetua sekolah pondok, Madrasah Al-Najmiah Tebing, Pengkalan Kubor berkata menjadi tanggungjawab ulama menyampaikan ajaran berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang ada walaupun ia dilihat lebih condong kepada parti yang memerintah.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata sebagai biasanya mufti memberi pandangan berasaskan latar belakang agama yang dimiliki, jadi berterus terang adalah amalan biasa walaupun ia membabitkan orang politik kerana kita tidak akan berselindung.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pula menjelaskan secara umumnya seorang mufti itu bekerja dengan kerajaan negeri, bukan dengan parti politik tertentu. Selain sebagai penasihat agama kepada Sultan dan kerajaan negeri, mufti juga memberi pandangan berhubung isu berkaitan agama, tetapi tidak membabitkan diri dalam politik.

Begitulah komen tokoh-tokoh agama dan ulamak terhadap kenyataan Nik Aziz yang keterlaluan terhadap Mufti Perak. Harus diingat bahawa Mufti Perak tidak beroleh apa2 jika UMNO atau PAS memerintah..kerana Beliau tidak terikat oleh mana2 parti..berlainan dengan Ustaz Ahmad Awang dan TG Nik Aziz yang mempunyai cita-cita politik..

Sekadar Pandangan

Psst: terdapat Petikan dari http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com/

Monday, March 8, 2010

Hari Lahir aku yang ke 26

Assalamualaikum

Harini 8 March 2010 genap sudah umurku yang ke 26 tahun..
alhamdulillah..perjalan hidup ini masih mampu aku tempuhi..
takde sambutan, nyayian harijadi atau kek..
& seumur hidup selama 26 tahun ini..harijadi hanya angka sahaja..
cuma malam ini hanya upacara makan2 di restotan saba (Arab) di Cyberjaya..
Alhamdulillah...kira ok la tuh..

kalau dulu tak sedar pun harijadi..tiba ader orang sms wish hepy bday..
baru la teringat hari jadi aku rupanya..
memang dari kecil lagi Arwah Emak & Abah tak pernah celebrate hari jadi,
cuma hari jadi kakak & anak sedara sahaja buat doa selamat

Semoga Allah merahmati kita semua insyallah

Sambutan 10 tahun Semetrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 27 & 28 hb febuari berlangsungnya sambutan 10 tahun semetrik di Sek. Men Teknik Gerik..satu lagi memori tercipta dimana Sambutan Ulang Tahun Sedekad Sekolah Menengah Teknik Gerik telah dirasmikan oleh Y.B Dato Hasbullah Osman,Adun Temengor merangkap setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri.Acara gilang gemilang itu diadakan di Dewan Besar SEMETRIK dan dimeriahkan oleh guru-guru dan bekas guru dan pengetua serta staf sekolah.Kehadiran bekas pelajar rata-rata daribatch 1,3 dan 6 turut menceriakan majlis tersebut.

Dengan sambutan ini sedikit sebanyak dapat mengimbau kembali kenangan masa lalu dimana aku pernah menuntut ilmu disini..sukar dibanyangkan masa berlalu begitu cepat..rakan2 yang lansung tidak pernah bertemu selepas tamatnya SPM dahulu seperti Acong, Zahid hamidi, wak & ecot..terima kasih kepada saudara Hisyam Jusoh yang telah berusaha keras dalam menjayakan program ini..memang ade talent nak jadi YB.


bersama alumni yang hadir

acara sampingan


Hafiz Ahmad, Acong, Zahid Hamidi & Aku


Bersama Cikgu BM dahulu Pn Kamasuriati


Diharap acara sebegini akan terus di lakukan..kalau boleh kita buat di KL atau di IPOH..budak2 alumni banyak yang bekerja di ibu kota, yang dah ade anak & suami..senang sikit kita nak arrange....

Majlis Pekahwinan Adib & Ija di Teluk Intan

Assalmualaikum dan salam sejahtera..

Pada 27 Febuari 2010 majlis perkahwinan Adib & pasangan Ija berlansung Di teluk intan..kedua-kedua pasangan ini adalah rakan di UTM skudai..akhirnya mereka diijabkabulkan juga..alhamdulillah.



Adib yang merupakan rakan baik di UTM dahulu merupakan pelajar terbaik Dalam course SEL (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)) dan satu2nya anak melayu yang mendapat 1st class degree dalam course kami..dia juga banyak membantu dalam setiap kali melakukan study group, PSM & kerja berkumpulan..atas dasar itulah aku sanggup turun majlis beliau..terima kasih adib kerana banyak membantu aku selama kita menuntut dimenara gading..beliau sekarang dalam proses menghabiskan Master & insyallah lepas ini ke peringkat PHD..ija juga sama dalam menyiapkan master beliau..

dalam majlis tersebut juga aku dapat berjumpa rakan2 lain seperti Amin & intan, Hakim, Kerk, khalil, ain (pisang) & Rakan2 SEL yang lain..






Diharap Rumahtangga Adib dan Ija terus berada dalam keredhaan Allah dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah..selamat pengantin Baru....