Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Thursday, June 25, 2009

Hari-Hari ku yang rutin




Selasa 23 Jun, dah lama tak turun Gym Rakyat Kpg Pandan, badan pun naik lemau disebabkan Busy Kerja & selalu balik lambat. Dikesempatan yang ada aku workout kat gym Rakyat, letih menjawab ngan budak2 kat situ apsal lama tak Nampak muka. Bagi tau je la main kat gym Gamuda. Free je & boleh conquer semua barang ha..ha..ha. Aku selalu start main memang main chest dulu..hadoi partner dgn Bro sorang ni main chest sampai habis..tak sempat main yang lain, nasib sempat main bicep, tu pun last2 dah. Dahla main hardcore, memang pecahla otot aku.

Rabu 24 Jun, harini aku stay kat office MGJV Damansara, habis2 lunch naik opis dgr Bank RHB sebelah je dengan office aku kene Rompak. Hadoi, nasib tak terlintas nak pi bank waktu lunch tadi, kalau tak jadi mangsa sure jadi suspect ha3. 2,3 orang juga cedera kena tembak. Lebih2 tak tau la, kne tunggu news malam ni. Petang ni jugak aku gerak pi gym . dalam hujan pulak tuh (actually baju semalam tertinggal, alang nak ambik hentam main dulu). Sengal semalam belum sembuh, aku main Back je haritu, sambil partner dengan Dydy main bicep.

Monday, June 15, 2009

Parental, Kenduri Dan Rakan2



Jumaat 12 Jun, Parental dah keluar dari bengkel, fuh..lega siap gak si mat ni bikin motor aku, kalau tak sure naik motor cabut tuh lagi…erm, minggu tu jugak dah plan nak ke kenduri kawen Jeli & Unsur kat GH dan kenduri Fauzul di Klang.

Sabtu 13 Jun, Mujur ada jugak member2 nak follow ( Atiq, Samsuri & Nazrul). Maklumlah, minggu sebelumnya memang tak dapat hadir coz balik kampung. Tepat jam 1 ptg kami sampai & makan sambil tunggu pengantin. Memandangkan masa masih banyak selepas kenduri, sempat juga kami bermain bowling di Plaza Flaminggo Ampang. Makan kat Kampung Baru. Lepas tu baru balik rumah. Aku pulak terpaksa balik ke rumah kakak, ada buat BBQ la pulak.


Ahad 14 Jun, Kenduri kawen Fauzul (Roommate masa di UTM dulu) berlangsung di Taman Botanic Klang. Kenduri ni memang aku sorang2 je yang boleh pi, contact member lama si Beid yang duduk satu Taman dengan Family Fauzul . Ader jugak member, aku pun lama tak jumpa si Beid nih, agak aku lepas grade langsung tak jumpa kot. Tension jugak Roomate pun dah kawen nih..Sure soalan2 maut keluar punya, tapi takpe, ayat tepis banyak.


Isnin 15 Jun, Kerja dan kerja.. malas nak story pasal kerja……….

Wednesday, June 10, 2009

Parental Masuk Klinik


Setelah 6 tahun menggunakan khidmat Parental, Blok Enjin Parental terpaksa di overhaulkan. Memang dah sampai masa blok kena service, dah dekat 60,000km pun bergerak. KL-JB dah berapa kali, balik perak lagi,pi kuliah masa di UTM dulu, pusing KL jangan cakap la..Nasib baik Mat (mekanik) bagi moto kat aku, kalau tak seksa jugak aku nak pikir pi kerja. Apa pun, Harap Parental akan lebih power selepas ini..pusing KL sampai Barai...sementara tu lenjan motor Mat dulu hahaha..Parental memang banyak berjasa kepadaku...

Tuesday, June 9, 2009

Perairan Ambalat

Isu Perairan Ambalat Timbul kembali, Teringat saya ketika masih menuntut di UTM Skudai tahun 2005, masa itu TV Indonesia SCTV, RCTI, Trans TV dan sebagainya dapat di tonton dinegeri Johor. Sedang asyik menonton TV, terlihat banyak isu tunjuk perasaan Anti-Malaysia disiarkan. Pada ketika itu TV Malaysia atau media arus perdana langsung tidak memaparkan isu ini. Agak pelik laungan Ganyang Malaysia terus dimainkan media Indonesia dengan begitu hebat Pada ketika itu.

Ketika dikaji rupanya ia berkaitan perairan Ambalat (Sempadan Malaysia-Indonesia), Dimana Perairan ini telah menjadi tuntutan bertindih antara dua Negara. Pada Waktu itu isu-isu ini hanya dapat dibaca di laman2 web dan blog tertentu. Seperti kita ketahui, Indonesia adalah Negara yang mana rakyatnya adalah paling nasionalis didunia. Maka tidak hairan perkara ini mendapat perhatian seluruh rakyat Indonesia termasuk rakyat nya di Malaysia.

Pada ketika itu, ramai juga rakyat Indonesia yang membantah tindakan warganya yang hanya tahu berdemo semata-mata. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa itu adalah helah pemerintah Indonesia bagi mengalih perhatian kenaikan BBM (Bahan Bakar Minyak). Namun nasionalis mereka tetap menebal dah menuduh Malaysia adalah Negara maling (pencuri), Negara tali barut ingeris, dan bermacam-macam tuduhan-tuduhan yang kadang-kadang bukanlah sesuatu yang boleh diterima akal.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ramai tidak mengetahui isu Ambalat ini. Kita lebih mengetahui isu Batu putih kerana hanya itu yang diceritakan media arus perdana. Namun adakah kita terfikir bagaimana kita telah menang mendapatkan kepulauan Sipadan & Ligitan?Kita mengetahui perkara ini setelah kita Berjaya memperolehinya. Jika kita lihat kepulauan ini sebenarnya jauh dari Tawau, dan begitu hampir dengan Indonesia. Dan jika dilihat di dalam Peta sekali pun, seakan2 satu keajaiban Malaysia Berjaya memperolehinya. Inilah hakikat yang tidak dapat diterima rakyat Indonesia. Malah, Petronas telah pun memberi konsesi cari gali minyak kepada kepada pihak Shell di perairan Ambalat.

Pada Ketika itu, Media Indonesia terus bermain api apabila memaparkan tunjuk perasaan dengan membakar Jalur gemilang dan juga Album dan Gambar Siti Nurhaliza (tak pasal2 siti pun kena), Peserta ratu cantik Malaysia diajukan soalan Ambalat (Terpinga-pingan minah tu), Ceramah AAGYM (Abdullah Gymnasiar) diajukan soalan Ambalat dalam ceramah agamanya dia masjid istiqal Jakarta, Wujudnya posko sukarela ganyang Malaysia dan Bomoh Jawa jampi sukarelawan ganyang Malaysia agar kebal. Beginilah jadinya jika kita terlalu nasionalis.

Dengan isu ini dapat memberi rakan-rakan sekalian isu2 dimana kita tidak pernah mengetahuinya. Tetapi menjadi isu yang cukup besar bagi pihak yang lain. Mengikut perkembangan terkini, Ketua Angkatan Tentera Malaysia telah menemui pihak Indonesia untuk menghalang mana2 kapal perang memasuki perairan ini. Sebelum ini kapal perang Malaysia sering didakwa memasuki wilayah mereka (Bagi peta Malaysia Ambalat adalah termasuk dalam perairan Malaysia) . Pernah kapal perang kita hampir bertempur tapi masih mampu dikawal. Sesungguhnya Indonesia juga sedar kekuatan tentera mereka tidak sehebat Malaysia malah Malaysia adalah Negara komenwel yang mana mendapat bantuan rakan2 komenwel jika berlaku perang. Sesungguhnya Indonesia patut menumpukan masalah TKI ( Tenaga Kerja Indonesia),
Ekonomi dan korupsi (amalan darah daging Indonesia-SBY yang cakap). Bukan hal2 yang tidak menguntungkan mana2 pihak. Jangan jadikan Nasionalisme penyebab permusuhan antara Negara serumpun.

MOHD ALHAFIZ ABDULLAH