Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru-Semoga terus mendidik anak bangsa



Assalamualaikum,

Actually terlalu banyak ucapan hari guru kat blog kawan2.
nak ucap banyak kali pun dan buah kat FB. Aku pun kerana rasa terpanggil untuk menghargai pengobanan guru diluar sana agar terus menabur bakti kepada anak-anak bangsa.

Kepada Guru-guru yang pernah mengajar aku di Tadika Kemas Titi Kasai (1989-1990),Sek Toh Sajak (1991-1996), Sekolah Dato Kamaruddin (1997-1999), Sek Teknik Gerik (2000-2001), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2002-2003) dan UTM Skudai (2003-2007). Semoga ilmu kalian akan kami gunakan sebaik mungkin, cuma Allah mampu membalasnya. aku juga amat berharap Keredhaan Cikgu dalam ilmu yang dicurahkan.

Tidak lupa kepada Arwah Ayah dan Ibu yang merupakan Guru yang paling Utama dalam kehidupan aku selama ini, yang mengajar realiti kehidupan dan ilmu-ilmu asas agama, insyallah akan aku pertahankan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Semoga Allah menerangi pusara Abah dan emak dengan ilmu yang dicurahkan kepada anak2 mu dan seluruh orang-orang kampung yang pernah menjadi anak murid mu selama ini.

Kepada Rakan-rakan yang telah menjadi warga pendidik, semoga kalian ikhlas dalam menabur bakti, ingatlah, guru adalah satu tugas yang dipandang mulia.

Akhir kata, Selamat Hari Guru...

Psst: Aku susah nak jadi cikgu, sebab Asyik nak marah jer..