Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, November 10, 2010

Khidmat Pejuang Bahasa Dituntut Segara!


Dipetik Dari http://mataharisayang.blogspot.com

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan daripada Tokoh Akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berhubung cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.

Menurut Nik Safiah, hanya Bahasa Melayu yang layak diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini, tidak ada yang kedua atau yang ketiga. Pada masa yang sama, bahasa-bahasa lain termasuk bahasa ibunda diberikan ruang dalam perlembagaan untuk dipraktikkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

Justeru beliau secara jelas tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang diutarakan oleh Jagdip Singh Deo, seorang wakil rakyat berstatus peguam terkemuka, yang sepatutnya lebih celik perlembagaan negara ini.

Soalnya sekarang, ke mana pergi semua pendokong-pendokong bahasa seperti Datuk Hassan dan A. Samad Said? Mana pergi pejuang-pejuang bahasa yang sanggup bertempur dahulu dengan pihak keselamatan semata-mata hendak membantah PPSMI?

Allah Maha Adil. Dalam masa yang cukup singkat, ia dibalas. Hari ini, sudah timbul cadangan yang secara jelas jika dilaksanakan, akan cuba menyaingi status perundangan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi di Malaysia.

Ini jauh lebih berbahaya berbanding PPSMI. Ia bakal mewujudkan persaingan secara total meliputi segenap bidang, bukan hanya pendidikan. Bahasa Melayu bakal lenyap atau disisihkan secara perlahan-lahan sementelah penggunaannya hari ini pun minimal di negeri ini. Ia hidup pun kerana masih ada orang Melayu di sini.

Justeru, bangkitlah wahai pejuang-pejuang (kononnya) Bahasa Melayu. Jangan bersikap terpilih dan tak usahlah berhujah-hujah lagi. Ini soal survivor bahasa kita yang sebenar!


Hanya bahasa Melayu bahasa rasmi - Nik Safiah

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hanya bahasa Melayu boleh diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini.

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak di negara ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak pernah melarang penggunaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat malah menggalakkan mereka menguasai bahasa antarabangsa itu.

"Kita juga telah menjadikan bahasa Inggeris selaku bahasa pengantar kedua di sekolah-sekolah selepas bahasa Melayu.

"Adakah ini masih belum mencukupi sehingga bahasa itu (Inggeris) juga perlu dijadikan bahasa rasmi?," soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Safiah berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan wakil parti DAP dari Datuk Keramat, Pulau Pinang, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di negeri itu.

Menurut Jagdip, ia selaras dengan hasrat menjadikan negeri itu sebagai bandar antarabangsa pada masa depan.

Cadangan wakil DAP itu disuarakan ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Dalam pada itu, Nik Safiah menambah, penggunaan bahasa Inggeris selaku bahasa kedua dilihat seakan-akan memberi persaingan terhadap bahasa kebangsaan itu.

"Justeru, saya sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan penggunaan bahasa Inggeris selaku bahasa rasmi kedua walaupun di Pulau Pinang," tegasnya lagi.

Psst: Untuk Kita fikir bersama..PPSMI hanya mengajar Bagi subject Math & Science.Subject lain Still dalam bahasa melayu. Hakikat yang perlu kita akui Banyak rujukan ilmu sekarang dalam BI, Bahasa antarabangsa juga BI. adakalanya semangat bangsa perlu kita kurangkan demi mencapai sesuatu yang lebih baik, Banyak graduan menganggur kerana lemah dalam BI. itu juga hakikat..Permansuhan PPMSI tidak langsung memberi apa2 kelebihan kepada Pelajar Malaysia terutama golongan Bumiputra.