Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, April 13, 2011

Seladang Gempur Kijang tersungkur- Perak 4 Kelantan 0

PERAK melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas meratah pendahulu sebelumnya, Kelantan 4-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dengan dua gol pada setiap babak walaupun pelawat lebih banyak menguasai permainan.
Pesta gol tuan rumah bermula dengan gerakan solo Fazrul Hazli Kadri dari sebelah kanan padang yang menewaskan dua pertahanan, sebelum meledak bola di luar jangkauan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan kembali mengasak menerusi gandingan S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha, tetapi kekangan padu ke atas dua penyerang berbisa itu menyaksikan setiap serangan mudah dipatahkan benteng pertahanan Perak.

Anak buah Norizan Bakar sebaliknya menambah jaringan pada minit ke-26 menerusi Shafiq Jamal, bermula dengan gerakan pantas Akmal dari sisi kiri padang sebelum melakukan hantaran lintang yang mudah disempurnakan Shafiq.

Pada babak kedua, kemasukan Razali Umar Kandasamy menyaksikan rentak permainan Perak semakin berbisa dengan dua lagi gol dihasilkan menerusi Akmal Rizal Rakhli (m-79) dan Razali (m-2) untuk mengakhiri pesta gol tuan rumah.

Saksikan gol-gol yang dijaringkan

Gol Pertama-Fazrul Hazli Kadri


Gol ke-2-Shafiq Jamal


Gol ke-3-Akmal Rizal Rakhli


Gol ke-4-Razali Umar Kandasamy

Harapan aku Perak akan terus konsisten dengan permainan yang mantap. Lama aku tak pi stadium tengok game Perak. Kalau dulu sanggup dari kampung turun Ipoh nak tengok game.

Psst: Apa dah jadi dengan Keeper Kelantan Khairul Fahmi @ Apek, Bolos 4 gol tuh..apa pun, Score Yob Score...Kita Bakor....