Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Darah satria


Pasti ramai tahu cerita ni kan,
Zaman kanak2 dahulu cerita perang camni mesti menjadi pilihan.
tapi adakah kita masih ingat cerita ini lagi,
cerita ini juga sudah tidak ditayangkan di mana2 saluran TV.
menurut cerita, Segala taktikal dan Code Komunikasi yang dilakonkan dalam
filem tersebut adalah sama seperti yang digunakan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia ATM. Oleh yang demikian, cerita ini tidak dapat disiarkan lagi kepada pihak Umum
serta bagi mengelakkan diketahui pihak musuh.

Terimalah Lagu dari Filem tersebut..Naik Semangat Patriotik aku Yob...



Kata-kata semangat Sarjan Razak (A. Galak)

Dengar sini...
Sebelum sampai ajal kita selagi itu kita tidak akan mati.
Biar kita mati peluh, jangan kita mati darah.
Kita telah lama bersedia, kita akan MENANG.
INGAT, setiap pertempuran satu peluru, satu musuh.
FAHAM!

nak tengok lebih lanjut, pi tengok la sendiri kat sini
http://www.youtube.com/watch?v=F06Uaz3HS4o

Sedikit Info tentang Filem ini,

Datuk Aziz Sattar:(Cerita Asal)
Datuk Aziz Sattar:(Lakon layar)

Lakonan:
Aman Shah :Leftenan Arif (Pelakon Utama)
Lydiawati :Rafidah (Pelakon Pembantu)
A. R . Badul :Prebet Badul (Pelakon Utama)
Datuk Mahmud June:Bapa Arif (Pelakon Pembantu)
M.Rajoli :Abang Arif (Pelakon Pembantu)
Nora Shamsuddin :(Pelakon Tambahan)

Leftenan Arif dan Prebet Badul adalah anggota tentera darat. Selepas beberapa operasi berjaya dilakukan, mereka diberi cuti. Bila Arif pulang ke kampung, dia menemui Rafidah dan jatuh cinta padanya. Arif kemudian meminta kebenaran dari Kementerian Pertahanan negara untuk berkahwin dengan Rafidah, tetapi cutinya tidak panjang dan terpaksa kembali untuk bertugas mempertahankan negara dari ancaman musuh.

Psst: Dulu Cerita Pasal Perang banyak betul, tambah2 lagi perang Malaysia..Sebab tu cita-cita aku dulu nak jadi tentera. hahahah...(aku ada full set citer ni, download je)

Wednesday, February 23, 2011

Ulangtahun SEMETRIK ke-11



22.2.2011, genaplah 11 tahun ulang tahun Sekolah Menengah Teknik Gerik (Semetrik). Sekolah ini lah telah banyak mendidik aku menjadi seperti sekarang. Sekolah ini juga telah menunujukkan jalan yang jelas matlamat kehidupan dan erti berdikari. Terima Kasih aku ucapkan kepada semua guru-guru yang mengajar aku. terutama Cikgu Normaliza yang telah banyak membantu dalam pelajaran. tidak lupa kepada cikgu Junid, Azmi, Ridzuan, dan semua guru-guru yang telah memberi sokongan kepada aku dan pelajar pada waktu itu.

MunGkin semua junior yang ada tidak tahu semasa sesi pendaftaran 22.2.2000 Dengan 222 orang pelajar dahulu, seluruh perabot bilik darjah masih berada didewan terbuka. Pada hari keesokan hari kami lah yang menyusun seluruh bilik darjah. bayangkan lah ada berapa kelas. angkat guna tangga pulak tu. siapalah perlu diharapkan lagi.

Pelajar Kelas 4 PKE 2 (Kelas Paling Power)

Kelas 5 PKE 2

Lawatan ke Empangan Bersia

Para Prefect yang kadang2 tak perfect

Makan-makan

Alhamdulillah Alumni semetrik masih kuat dan mempunyai ahli yang masih berhubung. walaupun tidak secara formal, perjumpaan bekas-bekas pelajar semetrik masih berlangung.

Semoga Alumni Semetrik terus menjadi tempat kita mengukuhkan ukhwah kita sesama insan.

MOHD ALHAFIZ BIN ABDULLAH

Friday, February 18, 2011

Pilihanraya Kampus..!!!



Assalamualaikum,

Sedang aku membaca portal Malaysiakini, tajuk "Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak". Macam-macam la terjadi. baru nak pilihanraya kampus dah macam-macam, macam nak jadi Mahasiswa Indonesia agaknya. lantak korang lah, korang pulun bagai nak rak, last2 HEP jugak buat decision hehehe.

Aku cuma teringatkan zaman aku belajar dahulu. biasala kalau di Universiti induk seperti UM,UKM,UIA,USM,UPM,UUM dan U aku ler UTM time PRU kampus ni memang rancak, U lain tu macam Uitm aku minta maafla, kawan aku di Uitm cakap biasa-biasa je, tak meriah & tak berpuak-puak macam Pro Aspirasi & Pro Mahasiswa. nak tahu apa itu Pro A & Pro M, cari kat Google la ek.

Aku kat U dulu pun Muka bangkang jer..tapi takde la plak sampai nak merosakkan harta awam, nak pecah pintu, simbah cat kat bilik gerakan & perkara2 buruk lain. paling koman pun kutuk mengutuk antara Pro A & Pro M jer, letak flayers kat kereta, Motor & bawah pintu kat kolej pelajar. sama je dua-dua pihak.

waktu remaja semua tak puas hati, budak2 UTM ni lagi la ramai yang gila2, semua main langgar jer..peraturan payah la nak ikut, selagi boleh cilok, kami cilok...

Marah tuh....


Pernah juga aku bertugas memasang poster PRU untuk kumpulan tertentu di UTM. Semua dibahagikan mengikut fakulti, then tampal la kat mana2 yang aku suka. best jugak wat keje nih..Waktu malam jer..siang esok penuh la kat fakulti2.


Sedikit suasana PRU Kampus

Aku juga anti kepada sesetengah MPP, aku tak tau la apsal..tapi tak puas hati memanjang...salah sikit salah MPP tak buat keje..Minta Maaf la kat MPP, Zaman belia remaja biasala...

Penumbuk kasi


tu dia kejam...

Psst:Gambar semua adalah simpanan lama aku, Sesiapa terasa, aku minta maaf, zaman tu kira paling jahat pun camni je la...hehehhee...bukan marah atau benci dari hati pun..banyak lagi pic pasal PRU kampus ni, cuma aku malas nak letak banyak2..kang orang ingat akuni jahat sangat la plak. Senang cerita, waktu kita Remaja & Muda, Kita memang kaki bangkang, semua tak betul...heheheh

Wednesday, February 9, 2011

Batu Kurau kampung ku – Gambar Lama Pembesar Batu Kurau

Assalamualaikum,

Balik kampong haritu, aku & abang aku didatangi seorang tetamu, lupa la pulak namanya. Tujuannya nak tengok gambar-gambar lama dalam simpanan keluarga. Arwah ayah aku memang suka menyimpan dan menjaga gambar-gambar ni, malah setiap gambar yang mempunyai nilai akan dicatit dibelakang gambar tersebut denagn tarikh bagi ingatan kepada anak cucu. Akuni memang tak ambik tahu sangat pasal gambar-gambar yang tergantung kat rumah kampung tuh. Lagi pulak aku memang tak kenal pun siapa dalam gambar tu. Kalau dah sekitar tahun 1920an tu sapa compare dengan zaman kita, dah berapa generasi tu.

Orang Kuat Batu Kurau Berlatar belakangkan Masjid Alkurawi
Toh Sajak berada barisan hadapan 2 dari kiri, manakala Datuk aku Barisan hadapan paling kiri

Aku masih lagi mencari nama setiap yang ada dalam gambar ni, yang pasti gambar allayarham datuk aku Awang Chik bin Awang Beng dan Toh Sajak sahaja, yang lain aku tak sempat ingat, orang kata gambar ni ada kat kedai mat slow kat Pekan Batu Kurau siap dengan Nama sekali, aku dah minta bantuan orang kampong check & bagi info kat aku, kalau dah ada akan aku bagi tahu semua ok.

Masjid Batu Kurau Sekarang

Gambar yang berlatar belakang kan Masjid Al Kurawi Batu Kurau ini juga amat mengejutkan terutama lapis muda macam aku. Keadaannya cukup berbeza sekali, sewaktu aku diceritakan tapak masjid tersebut adalah tapak asal dalam gambar tersebut, aku dapat merasai gambar ini mempunyai nilai yang tinggi bagi Warga Batu Kurau. Di masjid ini lah menjadi medan penyatuan orang-orang kampung waktu itu ketika susah dan senang.

malah sejak dari kecil lagi masjid ini menjadi tempat aku membesar kerana selalu mengikut arwah ayah ke Masjid.
Sekolah Kebangsaan Toh Sajak

Tokoh Batu Kurau, Toh Sajak juga telah diabadikan kepada sebuah sekolah iaitu sekolah kebangsaan Toh Sajak. Ini juga sekolah lama aku, dengan terbitnya gambar ini akan merungkai sedikit persoalan siapa Toh Sajak, aku pasti ramai anak-anak muda tidak pernah melihat wajah tokoh ini.

psst: Kepada sesiapa yang mengetahui nama-nama yang lain didalam gambar tersebut serta maklumat harap berikan info tersebut. Kalu kita dak buat sapa lagi nak buat, nak harap orang kapong lain mapoh tak buat kedarah dih. kita anak-anak tukurho gak lei kena gagah buat. Gerakain tak gerak tak makain

Memori-Briget Bencana


Assalamualaikum,

Alhamdulillah banjir diselatan tanah air semakin surut dan tempat permindahan sementara juga sudah banyak yang tutup.

posting kali ini just ingin mengimbau kembali zaman belajar Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dahulu yang mana banjir besar melanda negeri Johor terutama di kawasan Batu Pahat dan Kota Tinggi paling teruk kesannya. Kalau tak salah aku banjir besar tu berlaku sekitar Jan 2007, aku ditahun akhir waktu ni, so banyak masa yang ada, Project akhir tahun pun ok, subject pun kurang, aku pun volunteer la untuk menabur bakti kepada masyarakat.

Disertakan juga gambar-gambar yang masih tersimpan rapi dalam PC aku. Gambar-gambar ini menyimpan seribu kenangan bersama rakan-rakan sekampus dahulu.

Atas lori Pick up
Bersama Abang JPJ Johor

Makanan yang akan disalurkan kepada penduduk
Yang ni puak-puak lapar tak hingat...satu baris dok mentedarah

Antara Kemusnahan yang dapat dilihat


Bank pun tenggelam, korang boleh ukur la level air tu..

Premis Perniagaan

Premis Perniagaan

Perumahan Penduduk

Part ni Mak cik ni cerita tempat banjir selalu dimasuki ikan, ular dan binatang berbisa lain, tetapi yang lawak ceritanya rumah sebelah tu boleh pulak masuk binatang oik..oik..Babi ler....hadoi, kami gelak tak hingat la plak time tu.


Warung pun boleh hanyut

Harap aktiviti seperti ini akan terus diserapkan kepada mahasiswa seluruh Malaysia. tunjukkan kepada Masyarakat yang mahasiswa kita ini amat bernilai agar disanjung tinggi oleh mereka. banyak persatuan dan pertubuhan yang amat berfaedah untuk Mahasiswa sertai, jika bukan di kampus, dimana lagi kita ingin mengambil pengalaman seperti ini..nak harapkan selepas graduate atau waktu bekerja nanti, payah la..so kepada Mahasiswa sekalian, gunakanlah kesempatan yang anda untuk anda menimba pengalaman secukupnya, jangan mengadap buku 24 jam atau duduk depan PC je memanjang waktu dikampus, tak pun asyik bercinta jer..rugi woo...

Mohd Alhafiz Abdullah

Tuesday, March 23, 2010

Kisah Lama SMDK

Sedang aku lepak2 kat kampung..
aku hampiri rak2 buku kat rumah..
terjumpa satu majalah SEDAKA 1999(sekolah Dato Kamaruddin)
erm..tak semena2 aku belek la buku tuh...jumpa la gambar kelas lama aku
3 BA (Bahasa Arab) ha3..jgn main2 akuni dulu budak Bahasa Arab tau..
dalam tu bleh la tgok muka sorang2..cuma yang sedih kembalinya rakan sekelas ke Rahmatullah Arwah Emy Bin Sudin...Sedih jugak..kami kelas tu hanya 4 orang lelaki sahaja..bayangkan lah dikelilingi hampir 27 orang perempuan..memang kena lanyak la...




ni pulak gambar aku main kompang, aku dulu setiausaha kelab kompang..jangan main..tgok muka sikit punya samseng sekolah lagi..rambut tarah tepi..main depan2 cikgu masa hari kebangsaan..rahsia yang orang tak tau..yang kat belakang aku tu semua tgh baca lirik lagu sebab tak ingat..lagu pun main lekat belakang baju je..hadoi...




Sesungguhnya kenangan di SMDK tetap menarik, insyallah kalau aku jumpa gambar2 masa Dalam sedaka 1997 & 1998 aku upload pic aku dulu2...