Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, February 9, 2011

Memori-Briget Bencana


Assalamualaikum,

Alhamdulillah banjir diselatan tanah air semakin surut dan tempat permindahan sementara juga sudah banyak yang tutup.

posting kali ini just ingin mengimbau kembali zaman belajar Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dahulu yang mana banjir besar melanda negeri Johor terutama di kawasan Batu Pahat dan Kota Tinggi paling teruk kesannya. Kalau tak salah aku banjir besar tu berlaku sekitar Jan 2007, aku ditahun akhir waktu ni, so banyak masa yang ada, Project akhir tahun pun ok, subject pun kurang, aku pun volunteer la untuk menabur bakti kepada masyarakat.

Disertakan juga gambar-gambar yang masih tersimpan rapi dalam PC aku. Gambar-gambar ini menyimpan seribu kenangan bersama rakan-rakan sekampus dahulu.

Atas lori Pick up
Bersama Abang JPJ Johor

Makanan yang akan disalurkan kepada penduduk
Yang ni puak-puak lapar tak hingat...satu baris dok mentedarah

Antara Kemusnahan yang dapat dilihat


Bank pun tenggelam, korang boleh ukur la level air tu..

Premis Perniagaan

Premis Perniagaan

Perumahan Penduduk

Part ni Mak cik ni cerita tempat banjir selalu dimasuki ikan, ular dan binatang berbisa lain, tetapi yang lawak ceritanya rumah sebelah tu boleh pulak masuk binatang oik..oik..Babi ler....hadoi, kami gelak tak hingat la plak time tu.


Warung pun boleh hanyut

Harap aktiviti seperti ini akan terus diserapkan kepada mahasiswa seluruh Malaysia. tunjukkan kepada Masyarakat yang mahasiswa kita ini amat bernilai agar disanjung tinggi oleh mereka. banyak persatuan dan pertubuhan yang amat berfaedah untuk Mahasiswa sertai, jika bukan di kampus, dimana lagi kita ingin mengambil pengalaman seperti ini..nak harapkan selepas graduate atau waktu bekerja nanti, payah la..so kepada Mahasiswa sekalian, gunakanlah kesempatan yang anda untuk anda menimba pengalaman secukupnya, jangan mengadap buku 24 jam atau duduk depan PC je memanjang waktu dikampus, tak pun asyik bercinta jer..rugi woo...

Mohd Alhafiz Abdullah

2 comments:

kapten said...

ko tolong wat apa madal? tolong angkat bot JPA yang besar kedabak tue ker?

hafiz said...

Banyak jugak la..
Bersih rumah, Angkat barang-barang, Edar makanan kat Penduduk. banyak hang Bot JPA..
Hang pun join jugak kan kerk,
hang kan orang kuat