Sebagai seorang yang mempunyai pertalian darah selatan Thai ( Melayu Pattani), Perkara berikut pastinya memberi pengajaran kepada kita semua. Jika kita menjadi minoriti dan dijajah amat mudah untuk kita ditindas. Maka wujudlah pihak-pihak yang tidak akan berpuas hati dalam pelbagai hal. Peristiwa Tak Bai dan Masjid Krisik menjadi antara paling menyentuh hati kita terutama orang melayu islam.
NARATHIWAT 20 Jan. – Sekumpulan berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa yang lain apabila mereka menggempur sebuah kem tentera di selatan Thai, malam tadi.Pertempuran bersenjata meletus apabila kira-kira 50 pemberontak menyerang kem di wilayah Narathiwat itu awal malam tadi, kata jurucakap tentera, Kolonel Banphot Poonpien, hari ini.
“Empat askar terbunuh dalam serangan itu, manakala tujuh lagi cedera, termasuk empat yang berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Penyerang melarikan kira-kira 50 laras raifal dan 5,000 butir peluru, kebanyakannya diambil daripada askar yang terbunuh, tambah beliau.Mereka juga meletupkan bom dan membakar dua buah rumah dan sebuah khemah di kem itu sebelum berundur.
Askar yang terbunuh berusia antara 22 hingga 33 tahun.Kumpulan yang disyaki puak pemisah Islam itu melancarkan kempen bersenjata di selatan Thai sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 penduduk Islam dan Buddha maut dalam konflik itu.
Kelmarin, kerajaan Thai melanjutkan tempoh perintah darurat di selatan negara ini selama tiga bulan lagi, meskipun dibantah oleh pertubuhan hak asasi manusia yang bimbang mengenai kuasa meluas yang diberikan kepada tentera di bawah perintah itu.
Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara berkata, puak pemisah melancarkan serbuan terbaru itu untuk menakutkan penduduk tempatan.
“Mereka mahu menunjukkan keupayaan mereka,” katanya, sehari selepas melawat selatan Thai. – AFP
Pemberontakan di Thailand Selatan
Pemberontakan di Thailand Selatan merupakan sebuah kempen pemisah, yang bertempat di kawasan kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu, sebenarnya terbina daripada tiga daerah-daerah paling selatan di Thailand , dengan peningkatan keganasan yang melimpah ke provinsi-provinsi lain .
Walaupun keganasan pemisahan ini telah wujud berdekad-dekad di kawasan berkenaan, kempen ini meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004.
Tidak lama selepas itu, pada 19 September 2006, Sonthi dan satu junta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa. isyarat damai daripada junta, pemberontakan masih berlanjutan dan semakin menjadi-jadi . Jumlah kematian, 1,400 pada masa rampasan kuasa, bertambah hingga ke 2,579 pada mid-September 2007. D. Jumlah kematian telah meningkat ke 3,000 di dalam bulan Mac 2008.
Junta tentera mempunyai beberapa bahan bukti bahawa pemberontakan ini telah dibiayai oleh restoran-restoran menjual sup Tom Yam di Malaysia kerana ramai masih berminat di dalam pergerakan itu.
Luka lama di Thailand Selatan kembali berdarah sejak 2003 berikutan arahan keras oleh Perdana Menteri Thailand , Thaksin Shinawatra terhadap penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani yang militan. Lebih 1500 telah terbunuh.
Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.
Punca Krisis Thailand Selatan
Penaklukan British dan Perjanjian Anglo Siam 1909 telah membahagikan negara Melayu di utara. Wilayah selatan Thai yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah diserahkan oleh British kepada kerajaan Thai menerusi Perjanjian Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah jajahan Thai.
Lantaran itu PULO melancarkan perjuangan bersenjata sejak 1970-an.Kumpulan nasionalis selatan Thailand mahu merdeka sepenuhnya dari Thailand berdasarkan faktor sejarah. Namun akhir-akhir ini Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Bersatu bersedia berunding dengan pihak berkuasa Thailand.
Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah selatan Thailand. Pihak tentera Thailand menuduh Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMIP) dan lain-lain kumpulan serpihan menjadi pembekal bahan letupan dan melatih ahli-ahli untuk meletupkan diri , menembak curi dan memasang dinamit pada motosikal dan basikal . Sasaran utama ialah anggota tentera, polis dan sarang maksiat.
Sikap para pegawai Thai di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan diskriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan juga menjadi punca kepada serangan-serangan kecil-kecilan ke atas pemimpin Buddha dan anggota-anggota polis yang sedang meronda.
Pihak polis pula menyerang secara senyap terhadap para imam dan guru-guru agama yang dituduh menyebarkan sentimen anti-Bangkok . Guru-guru agama dan imam di kampung-kampung hilang begitu sahaja dan penduduk Islam mendakwa polis Thailand yang melakukannya. Guru-guru di selatan Thailand dibekalkan dengan senjata api dan dilatih menggunakan bagi mempertahankan diri. Guru-guru ini dituduh menghina agama Islam dan menyebarkan agama Buddha di kalangan pelajar-pelajar Islam.
Kumpulan-kumpulan penjenayah juga dipercayai mengambil kesempatan melakukan kekacauan termasuk pembunuhan ke atas pegawai-pegawai polis yang dianggap menjadi penghalang kepada aktiviti-aktiviti haram yang mereka jalankan.
Peranan Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditemui oleh beberapa wakil dari selatan Thailand di pulau Langkawi sejak 2005. Sejak itu, beberapa siri rundingan telah diadakan . Nasihat dan pelan damai telah diberi pandangan oleh Dr Mahathir Mohamad yang arif tentang selok belok politik di selatan Thailand. Dr Mahathir mengambil langkah berani itu kerana hanya beliau tokoh dipercayai oleh penduduk selatan Thailand.
Pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pengarah eksekutifnya. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Putrajaya.
PGPO bertindak sebagai orang tengah sejak Oktober 2005 bagi merundingkan pelan damai di selatan Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur bagi mendapatkan idea, pandangan dan perspektif Malaysia menangani Krisis selatan Thailand.
Atas pelawaan Anand, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menemui Raja Bhumibol Adulyadej di Bangkok , Thailand . Baginda merestui peranan Tun Dr Mahathir sebagai pengantara dan merupakan tokoh yang berwibawa yang mewakili pemimpin Islam sederhana.
Anand Panyarachun merupakan pengerusi National Reconciliation Council (NRC) yang dilantik oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ketika itu. Tujuanny mencari kaedah terbaik mendamaikan kawasan majoriti Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani itu.
Antara draf pelan damai ialah menggugurkan tuntutan kemerdekaan, dengan balasnya mereka diberikan pengampunan, pembangunan ekonomi yang lebih baik, lebih banyak dana dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Kerajaan Thailand pula mahukan gencatan senjata dan meminta kumpulan pemisah di wilayah terbabit menyerahkan senjata mereka bagi menamatkan kejadian tembak dan pengeboman yang sering berlaku Yala, Narathiwat dan Pattani itu.
Tidak wajar memisahkan ketiga-tiga wilayah itu daripada Thailand walaupun dengan mengambil kira latar belakang sejarah.Lebih baik , pihak selatan berbaik-baik dengan Bangkok dan menuntut hak-hak mereka sebagai mana yang ditetapkan perlembagaan Thailand.
Pihak keselamatan di selatan Thailand berusaha menemui tokoh besar berkarisma yang dapat mempengaruhi kumpulan militan di selatan Thailand. Antara tokoh ini ialah Sapae-ing Bazo, bekas guru besar Thamma Witthaya Islamic School di Yala dan Masae Useng. Mereka dari Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Alhamdulillah negara kita tetap aman dan damai, Melayu kita diantara melayu yang bernasib baik.
Wallahualam..
Friday, January 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)