Aku tahu entry pasal bola ni basi sikit coz dah 2 hari,
tapi aku nak cerita jugak...sebab aku ada kat stadium masa tuh hehehe
memang asalnya tak terniat nak tengok bola kat stadium, tapi dah cancel pegi gym sebab meeting kat kajang, terus balik rumah & pegi stadium.
Ribuan Penyokong yang hadir
kehadiran 45,000 penonton cukup membuatkan minat Rakyat Malaysia kepada
bola sepak negara makin mendalam, bayangkan hari tersebut adalah hari bekerja,
Kalau dibuat pada hari sabtu mesti penuh stadium Bukit Jalil tuh..
Baru penyokong side sana, korang belum tengok side yang belah sini hehehe
Kalau Taiwan ada pemain Naturalisasi kita ada penyokong naturalisasi (Mat Salleh mana tah la)
paling aku respect apabila lagu kebangsaan Taiwan dinyanyikan, seluruh rakyat Malaysia juga bangun tanda menghormati tanpa membuat bising. Jika tak sure mesti bising je sepanjang masa. Tahap Kematangan tu alhamdulillah semakin bagus............
Kedatangan penonton malaysia majoriti selalu adalah orang-orang Melayu dan India, tetapi pada hari tersebut aku tengok ramai juga penyokong dari kaum Cina, aku pasti mereka orang cina Malaysia sebab diorang ikat kepala tulisan Malaysia (tak tau la kalau bukan). tapi memang Satu Malaysia la..
Walaupun kita memperoleh kemenangan, tapi mutu permainan pada malam tersebut membuatkan peminat sedikit kecewa. Taiwan bukanlah pasukan sehebat Vietnam, Indonesia atau Thailand, kalau main seperti mana kita lawan pasukan2 semasa piala Suzuki AFF dulu senang-senang 4,5 gol boleh sumbat.
Saksikan Permainan dan Gol2 game haritu
Aku berharap masa leg ke 2 nanti Malaysia menunjukkan permainan kita yang sebenar. Gembirakanlah kami seluruh rakyat Malaysia dengan Sebuah kemenangan..
Psst: Kira tak sia-sia la aku gi stadium....