Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada team Harimau Malaya atas kemenangan bergaya 3-0 keatas Indonesia. sesungguhnya kemenangan itu di sambut gembira seluruh rakyat Malaysia terutama yang hadir di stadium Bukit Jalil.
Aku Diantara Ribuan yang hadir terasa memang berbaloi dengan kemenangan ini. Gaya permainan yang cantik dan penyudahan gol yang mampu menutup mulut sang Garuda kebanggaan Indonesia. Malah kelibat2 permain naturalisasi indonesia Cristian Conzalez dan Irfan langsung tidak kelihatan.
Aku nak tgok berita2 dari seberang apa pula pendapat mereka selepas perlawanan ini. mereka seperti memperlekeh Malaysia terutama Metro TV dalam laporan2 mengenai Malaysia.
laporan2 seperti
-Sejumlah Warga Kuala Lumpur Tak Mengetahui Final AFF
-Tiket Piala AFF di Malaysia Sepi Peminat
itu belum lagi berita dari Kompas, Liputan 6, Antaranews, Jakarta Post,dan media2 yang sengaja meng api2 kan. paling tak puas hati mereka mengatakan Peminat Indonesia pasti lebih ramai kerana tiada orang mahu membeli tiket.
berita2 mengatakan tiket masih belum terjual sebanyak 40,000 juga sengaja dibesar2 kan..malam ini terbukti hampir seluruh stadium dibanjiri lautan kuning, malah ramai yang tidak mendapat tempat duduk dan terpaksa berkongsi dengan penyokong indonesia.
Meraikan hingga ke luar Stadium
Harapannya Malaysia mampu memenangi piala Suzuki AFF ini sekali gus menaikkan rangking dunia. Dengan pemain yang rata2 masih muda, pasukan ini patut di berikan perhatian penuh agar mampu menjadi kuasa Asia insyallahPenyokong2 Indonesia dan Malaysia juga wajar dipuji kerana para penyokong Indonesia bebas untuk bergerak kemana2 tanpa diganggu atau di provoke oleh penyokong kita yang begitu ramai. Mungkin inilah sikap Malaysia yang tidak menyimpan dendam, tetapi dibalas secara halal didalam Stadium (Halal ke).
Mohd Alhafiz Abdullah