Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Tuesday, March 9, 2010

Antara Mufti, Ustaz Ahmad Awang Dan Tuan Guru Nik Aziz

Tidak terniat aku disini untuk menceritakan hal politik..dan sepatutnya ada juga hal yang tidak perlu dipolitikkan..sedih dengan apa yang berlaku keatas Mufti Perak yang diserang akibat dari pandangan beliau yang tidak selari dengan pihak yang lain.

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan tugas seorang mufti bukan sekadar mengeluarkan fatwa berhubung isu air mutlak dan haid, tetapi merangkumi tugas yang lebih luas, termasuk menyatupadukan umat Islam bagi mengembalikan keukuatan Melayu Islam. Beliau mengulas lanjut ekoran kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan Harussani lebih layak digelar sebagai ejen Umno, bukannya mufti. Harussani berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk membincang tentang perpaduan umat Islam. "Perpaduan umat Islam adalah agenda penting yang diterapkan oleh Rasulullah SAW ketika mana baginda berhijrah ke Madinah seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; sdan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (ayat al Hujarat)," katanya.


Menteri di JPM, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar tindakan Mursyidul Am PAS yang melabel Mufti Perak sebagai ejen Umno kerana Sultan yang melantik mufti dan tugas serta tanggungjawab bukan hanya fatwa semata-mata.

Tokoh Ulamak terkenal Kelantan, Abdullah Saamah meminta umat Islam melihat kenyataan pemimpin agama, termasuk muftiyang dilantik kerajaan dalam konteks lebih luas dan bukan melihat dari sudut politik saja. Beliau juga seorang Pengetua sekolah pondok, Madrasah Al-Najmiah Tebing, Pengkalan Kubor berkata menjadi tanggungjawab ulama menyampaikan ajaran berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang ada walaupun ia dilihat lebih condong kepada parti yang memerintah.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata sebagai biasanya mufti memberi pandangan berasaskan latar belakang agama yang dimiliki, jadi berterus terang adalah amalan biasa walaupun ia membabitkan orang politik kerana kita tidak akan berselindung.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pula menjelaskan secara umumnya seorang mufti itu bekerja dengan kerajaan negeri, bukan dengan parti politik tertentu. Selain sebagai penasihat agama kepada Sultan dan kerajaan negeri, mufti juga memberi pandangan berhubung isu berkaitan agama, tetapi tidak membabitkan diri dalam politik.

Begitulah komen tokoh-tokoh agama dan ulamak terhadap kenyataan Nik Aziz yang keterlaluan terhadap Mufti Perak. Harus diingat bahawa Mufti Perak tidak beroleh apa2 jika UMNO atau PAS memerintah..kerana Beliau tidak terikat oleh mana2 parti..berlainan dengan Ustaz Ahmad Awang dan TG Nik Aziz yang mempunyai cita-cita politik..

Sekadar Pandangan

Psst: terdapat Petikan dari http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com/