Saturday, June 26, 2010
Tiada lesen pertaruhan sukan
KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan membuat keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.
“Walaupun ada pihak menyokong dan menentang perkara itu, kerajaan mendapati secara jelas majoriti masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut dikeluarkan.
“Oleh itu dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO mengumumkan keputusan berkenaan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini malam ini.
Polemik isu itu bermula apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek membuat kenyataan di Dewan Negara pada 6 Mei lalu bahawa kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen judi bola sepak semasa kejohanan Piala Dunia bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian haram di negara ini.
Pengumuman berkenaan mendapat bantahan pelbagai pihak antaranya Badan Perhubungan UMNO Johor, Perak dan Kedah, Pergerakan Pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu menegaskan, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.
Mengulas lanjut, Najib berkata, keputusan berkenaan disokong sepenuhnya MT UMNO dalam perbincangan malam ini.
“Keputusan itu dibuat sebulat suara, walaupun ada satu dua pendapat berbeza pada peringkat awal tetapi semua akur dan menerima,” katanya.
Mengenai lesen yang pernah dikeluarkan kepada Ascot Sports, Perdana Menteri berkata, ia diluluskan pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkannya semula pada 1990 kerana menghadapi kerugian besar.
Katanya, sejak tarikh itu Ascot Sports beberapa kali cuba memperbaharuinya dan baru-baru ini kerajaan pada dasarnya memberi kelulusan dengan syarat tertentu yang perlu dipenuhi.
“Selain itu, kerajaan pada masa sama ingin mendapatkan pandangan umum sebelum lesen dikeluarkan memandangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai pandangan mereka sendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen dari sudut agama, ekonomi dan sosial
“Walaupun niat kerajaan selama ini adalah untuk mengawal aktiviti haram dan pertaruhan sukan haram yang ditaksirkan begitu besar sehingga ada yang kata perjudian haram itu melebihi RM10 bilion dan melibatkan kegiatan jenayah yang lain” katanya.
Dalam pada itu, Najib turut menjelaskan, kerajaan juga mengambil keputusan bahawa dalam apa keadaan sekalipun, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam pertaruhan sukan sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat berkaitannya.
“Syarat-syarat ini adalah sesuatu yang begitu tegas ditentukan kerajaan,” katanya.
Mengenai reaksi parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib berkata, beliau percaya keputusan itu dapat diterima kerana ia lebih mengutamakan rakyat.
Beliau turut memberitahu, Ascot Sports juga tidak akan diberikan sebarang pampasan kerana di bawah akta yang diperuntukkan, Menteri Kewangan pada bila-bila masa mempunyai kuasa untuk menarik balik lesen pertaruhan itu – Utusan.
Komen Aku.
Judi Yang Ada pun dah tak terkawal..macam mana nak kawal judi yang baru nih...Thanks To PM Datuk Seri Najib Kerana tidak meneruskan rancangan pemberian lesen ini..kuat kuasakan undang2 sedia ada yang melarang orang islam berjudi..hukuman yang lebih berat..
Rumah Ku Berjaya Disewa Kan....
Alhamdulillah,
Rezeki allah agaknya,
Rumah Aku yang baru siap dipasang Grill & Electrical Services,
Akhirnya berjaya jugak aku sewakan, yang paling menarik aku baru je letak iklan depan cermin rumah sehari..terus orang call nak sewa & bagi deposit 2 bulan..
Menarik juga rumah tu masih bayar interest, belum bayar penuh..
kira untung la jugak...aku bagi sewa pun biasa je..untung sikit2 sudah,
yang nak sewa pulak Family, so harap jaga la rumah aku baik....
harta pertama aku selepas kereta tu....hu3
Minggu-Minggu Yang Busy
Adoi...
Memang Busy Gila seminggu dua ni,
dan akan berterusan 2,3 minggu lagi rasanya,
balik malam je memanjang, nasib la sempat tgok Game Bola jam 10.am
Gym langsung dah tak pi, setakat main batminton je la...
Kemengan Brazil keatas Ivory Cost 3-1 sudah cukup membuktikan kehebatan Brazil,
Semalam Seri keatas Portugal, Tampak seperti hanya permainan melengkapkan jadual perlawanan
Apa pun kita tunggu pusingan yang ke-2..
Kepada Client2, Contractor2, Dan sape2 yang nak kaco aku tu..
Sabar2 la sikit..Aku rasa 24 jam macam tak cukup je....
Keje2 jugak, Solat & Sukan jangan lupa
hahahaha...
Memang Busy Gila seminggu dua ni,
dan akan berterusan 2,3 minggu lagi rasanya,
balik malam je memanjang, nasib la sempat tgok Game Bola jam 10.am
Gym langsung dah tak pi, setakat main batminton je la...
Kemengan Brazil keatas Ivory Cost 3-1 sudah cukup membuktikan kehebatan Brazil,
Semalam Seri keatas Portugal, Tampak seperti hanya permainan melengkapkan jadual perlawanan
Apa pun kita tunggu pusingan yang ke-2..
Kepada Client2, Contractor2, Dan sape2 yang nak kaco aku tu..
Sabar2 la sikit..Aku rasa 24 jam macam tak cukup je....
Keje2 jugak, Solat & Sukan jangan lupa
hahahaha...
Majlis Perkahwinan Sahir Dan Fatimah Zahra
Pada 19hb June yang lalu,
aku, Sham & Ijat ke majlis perkahwinan bekas Ketua Umum Sekolah Teknik
Mohd Sahir bersama pasangan Fatimah Zahra,
Majlis yang berlangsung di Ipoh itu juga menjadi tempat kami seluruh warga semetrian berkumpul. Dihadiri cikgu2 yang pernah mengajar kami dahulu sudah cukup membuktikan ingatan kami yang masih kuat terhadap persekolahan yang ditinggalkan hampir 8 tahun itu.
tengok la gambar2 kami ni....
Subscribe to:
Posts (Atom)