Kadang kala aku kesian melihat member2 aku yang di gym setiap hari malah ada yang mencapai bertahun2, tetapi masih tidak menunjukkan hasil yang mereka inginkan. Maka jalan yang singkat adalah menggunakan steroid.
Mintak maaf cakap ramai antara rakan2 gym ambik benda2 ni. kadang kala mereka rasakan aku pun ambik juga, tetapi dengan rendah diri aku cakap aku original & natural.
sebab itulah banyak atlet dibatalkan kemenangan mereka kerana dadah, bukan dadah yang mat2 fit layan, nih dadah jenis sukan ler...salah satunya steroid nih lah..senang cerita menang sebab bantuan dadah..paham kot ek.
Tahukah anda bahawa kesan buruk steroid yang diambil oleh atlet lebih banyak dari faedahnya?
“Dadah steroid seperti steriod anabolik androgenik (anabolik “pertambahan”, androgenik “kelelakian” dan steroid kelas hormon) berkait rapat dengan hormon seks semulajadi lelaki, yang diambil bagi meningkatkan jisim otot dan kekuatan otot. Bagaimanapun, penipuan lebih banyak dari kebenarannya”
Kelebihan atau faedah dadah steroid:
1.Purata 8.9 paun otot tanpa lemak dalam ahli bina badan sepanjang tempoh 10 minggu.
2.Peningkatan jisim otot dan kekuatan otot.
Kesan-kesan buruk dadah steroid kepada wanita:
1.Pengeluaran jenis jisim otot dan kekuatan maskulin. Tambahan pula, mereka mendorong ciri-ciri lelaki pada pengguna wanita seperti nada suara perlahan dan pertumbuhan bulu muka. Wanita-wanita, adakah anda mahu ini berlaku? (Perubahan bentuk fizikal)
2.Ketidakteraturan haid dan perembesan hormon seks wanita - berkurang saiz buah dada dan lain-lain ciri wanita (Sistem reproduktif)
3.Peningkatan untuk aterosklerosis, serangan jantung dan degupan (Sistem kardiovaskular)
4.Penurunan paras kolesterol baik; lipoprotein ketumpatan tinggi atau HDL (Kardiovaskular)
5.Tekanan darah meningkat (Sistem kardiovaskular)
6.Disfungsi hati dan risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser hati.
Kesan buruk pada lelaki:
1.Pengurangan dalam rembesan testosteron & penghasilan sperma (Sistem reproduktif)
2.Pengecutan testis (Sistem reproduktif)
3.Peningkatan untuk aterosklerosis, serangan jantung dan degupan (Sistem kardiovaskular)
4.Penurunan paras kolesterol baik; lipoprotein ketumpatan tinggi atau HDL (Kardiovaskular)
5.Tekanan darah meningkat (Sistem kardiovaskular)
6.Disfungsi hati dan risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser hati.
Kita tengok kesan steroid nih..kalau korang nak tau steroid ni ada halal & haram dari Kementerian Kesihatan.
Ngeri dowh...
Agak2 korang cantik ke badan macam nih?