Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, October 15, 2011

Bola Sepak Piala Malaysia Suku Akhir - Warga Perak, Sudah Bukan Rezeki Kita Tahun Ini


Assalamualaikum,

Kekalahan pasukan Perak 0-1 (1-4) ditangan Selangor memang menyedihkan bagi peminat Perak.
Inilah bola sepak. Namun semangat kesukanan Penonton Perak yang memenuhkan stadium berkapasiti 45000 orang amat dirasai sehingga habis tiket untuk dijual. Jumlah penonton yang hadir diluar jangkaan pihak pengirusan stadium sendiri.

Penuh Dengan Penyokong Setia

Sudah Lama Perak tidak mengumpul penonton seramai ini


Tempat SSU Curva

Tahniah dan terima kasih kepada pemain, Jurulatih dan penyokong Perak. Walaupun perjalanan Perak agak berliku dengan pergantungan pemain dan sebagainya, namun itu bukan halangan kita bergerak sejauh ini. Rakyat Perak harus bangga dengan pencapaian yang diperoleh.

Kepada semua Silvermania (Silver State Ultras) yang terus memberi sokongan selama ini, insyallah musim depan kita jumpa lagi.Sesungguhnya SSU merupakan Ultras Negeri paling besar dan terbaik di Malaysia. Semoga kita terus berjaya......

layan semua lagu dan chant sepanjang 2011 dibawah...kita jumpa musim depan....











Psst: Kepada Pasukan lain teruskan berjuang..kalau dah menang..tak payah la nak provoke yang tewas...

Wednesday, October 12, 2011

Perak Tetap Selamanya Dihatiku....

Assalamulaikum,

sorry lambat pulak nak tulis pasal Piala Malaysia,
Seperti yang semua tahu Perak Tewas kepada Selangor dalam leg pertama di Stadium Shah Alam,
Sudah memang tiada rezeki, 2 gol hasil sepakan percuma menghasilkan Gol bagi pihak Selangor.
Secara jujurnya Permainan perak adalah seperti biasa, munkin tiada rezeki di Shah Alam.
Namun, baki 90 minit di Ipoh insyallah mampu digunakan untuk menumbangkan Gergasi Merah itu.

Penyokong Perak Tak Kayu Macam Penyokong lain...

Nak cerita pasal game memang tak best sebab kalah, tapi aku nak cerita Bab Penyokong...
Walaupun Penyokong Perak tidak seramai Selangor (Mestila sebab away), akan tetapi Penyokong Perak lebih dirasai dengan geng2 Silver State Ultras (SSU) yang menjadi conduct pasukan Perak. Setiap Masa Penyokong Perak akan Menyanyi dan Chat bersama. kalau dilihat Belah selangor secara jujur mereka hanya duduk..tak pasti mereka ada nyanyian keramat seperti Ipoh Mali. Ultras pun macam ada takde jer...

Sama-sama saksikan ketaksuban SSU, Walaupun tewas, Perak tetap Dihati...

Youtube dari pakcu Mie/Jakasembur


Chant-Darah


Hari ini Aku Datang Keranamu
Hari Ini Jiwa Hati Kita Bersatu
Darah Engkau Darah Aku Jadi Satu
Perak Tetap Selamanya Dihatiku





Chant-Seru


Serulah
Wahai Sekalian Penyeru
Tingkatkan Ketaksubanmu
Serulah Serulah
oOoooOooooooO
oOoooOooooooO
oOoooOooooooO
oOoOo Perakku
oOoOo Wiraku
oOoOo Perakku
oOoOo Wiraku





Chant-Tidak Gentor


Owh Silvermania
Anak Perak
Tidak Gentorr

Siapa Menghalang Kami Tidak Peduli ..
Sampai Mati Pun Perak kan Tetap Diha

Yang ni Youtube aku TheNusantaraku77










SSU tetap meraikan walau apa terjadi


Lagu Pak Ude

La la la la la la la la la la
La la la la la la la la la la
La la la la la la la la la la la la la la
La la la la la la la la la la la la la la

Ooooo Ooooo Ooooo Ooo
Ooooo Ooooo Ooooo Ooo
Ooooo Ooooo Ooooo Ooo

Singgah Bermalam Romah Pak Ude
Makan La Nasik Sayo Keladi
Singgah Bermalam Romah Pak Ude
Makan La Nasik Sayo Keladi

Bior Pape Ase Berjaye
Asekan Senang Di Dalam Hari
Bior Pape Ase Berjaye
Asekan Senang Di Dalam Hari

Peram Peram Pisang
Pisang Masak Layu
Jatuh Dalam Kubang
Sambo Bapak Yu

Umbut Umbut Nyor
Belalang Kedek Kedek
Sape Buat Hingo
Orang Tu Kene Cubit
+

Perak Le Kite Mesti Juara
Walau Ape Pon Deme Nak Kate
Perak Le Kite Mesti Juara
Walau Ape Pon Deme Nak Kate

Kita Semua Same Sahaje
Tetap Menyokong Sampe Bile Bile
Kita Semua Same Sahaje
Tetap Menyokong Sampe Bile Bile

Kejor Yob Kejor
Sampe Deme Mangkor
Udah Deme Mangkor
Baru Deme Sedo
Sampe Deme Mangkor
Udah Deme Mangkor
Baru Deme Sedoti




Psst: Ultras Sel (Selangor punya) memang tak boleh lawan la dengan SSU..jauh ketinggalan..tabik semua penyokong perak.....

Wednesday, October 5, 2011

Perak Team Terbaik Malaysia 2001-2010


Assalamkualaikum,
Sekadar untuk berkongsi dengan semua, rangking yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) menunjukkan Pasukan bola Sepak Perak menduduki tangga ke 68 terbaik dari 237 pasukan yang tersenarai dalam Asia sepanjang tahun 2001 hingga 2010.



Terdapat 8 team dari Malaysia yang tersenarai dalam rangking ini termasuk Selangor (80),Perlis (105),Kedah (116),Negeri Sembilan (133), Pahang (155), Terengganu (176) dan Johor (227).

Laporan rangking ini sekali gus menunjukkan tahap konsistan pasukan bola sepak Perak yang sentiasa memberi saingan dalam setiap perlawanan dan satu satunya pasukan yang masih kekal dalam liga utama Malaysia dan tidak pernah jatuh ke liga bawah atau ke dua (liga perdana).




Sepanjang aku mengikuti bola sepak Perak, Penyokong Perak disenaraikan antara penyokong paling setia dan konsisten dalam setiap musim bola sepak. Mungkin peminat negeri lain boleh menafikan, akan tetapi logiknya disini kerana pasukan perak sendiri adalah pasukan yang tidak pernah terlepas melayakkan diri dalam Saingan Piala Malaysia. Dengan wujudnya kelab2 penyokong seperti Kelab Seladang, Yob4ever yang telah lama bertapak, kehadiran Silver State Ultras (SSU) yang merupakan Ultras pertama yang wujud di Malaysia menjadi satu fenomena dalam merancakkan lagi Bola Sepak Perak dan Malaysia.

Mungkin ada yang bertanya dimanakah kedudukan Kelantan?
Bola sepak Kelantan hanya  Bangkit pada sekitar tahun 2009 dibawah Jurulatih Peter James Butler dan pengurusan Tan Sri Anuar Musa. Maka oleh itu Pasukan Kelantan masih dikira baru dalam jangka masa  tahun 2001 hingga 2010. Pasukan Kelantan pada 10, 20 dan 30 tahun sebelum ini telah dilanda zaman hitam yang panjang dan hanya menjadi juara bagi liga FAM, Piala Emas Raja Raja dan Liga Perdana. Jelas Kebangkitan mereka sekarang kerana Pengurusan yang baik oleh mereka yang tahu akan hal bola sepak.

Psst: Ape-Ape pun Perak tetap dihati.....

Monday, October 3, 2011

Perak Ikat Failee dan Rafiuddin untuk liga M 2012

Dua pemain yang dipinjam, Mohd Failee Mohd Ghazli dan Muhammad Rafiuddin Mohd Roddin sah menjadi milik Perak untuk kempen bola sepak Liga M musim 2012.

Pengesahan mengenai pengambilan mereka itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin pada sidang akhbar sempena kongres tahunan ke-53 persatuan itu di Ipoh, semalam.

“Kedua-dua pemain sudah tamat kontrak mereka pada 30 September lalu dan menyatakan kesediaan untuk menyarung jersi Perak bagi tahun 2012.

“Justeru PAFA sudah mengikat mereka agar dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan pada suku akhir Piala Malaysia nanti,” katanya. Failee yang berasal dari Selama, Perak kini menjadi `buah mulut’ peminat Seladang berikutan kejayaannya menyumbangkan empat gol dalam enam perlawanan.

Manakala Rafiuddin turut memberi sumbangan berkesan untuk membantu Perak muncul juara kumpulan A serta berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam kumpulan A itu.

Zainol yang berbangga dengan kejayaan Perak mara ke suku akhir trofi unggul itu, berharap pemain Perak akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pertemuan suku akhir menentang Selangor itu.

“Perlawanan ini cukup penting dan saya berharap pemain tidak leka dibuai mimpi. Pencapaian lalu tidak boleh dijadikan sandaran kerana ini permainan baru.

“Kesilapan akan mebawa padah dan hanya ada satu peluang kerana jika kalah akan tersingkir terus,” katanya.

Malah beliau memberi peringatan kepada pemain Perak agar tidak menjadi mangsa kebangkitan pasukan ‘Red Giants’ di bawah kendalian jurulatih barunya, P Maniam.

Justeru Zainol berkata Perak akan turun selaku pasukan `underdog’ menyedari tradisi cemerlang yang dimiliki oleh pasukan gergasi Lembah Klang itu yang memburu misi meraih kejuaraan buat kali 33 itu.

Namun katanya, Perak juga mempunyai matlamat terutama kerana sudah lama tidak mencapai kejayaan memberangsangkan dalam kancah Liga M dan berharap pemain mampu merealisasikan impian itu.

Mengenai ganjaran kepada pasukan berikutan kejayaan ke suku akhir, Presiden PAFA itu menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai kaedah tersendiri memberi ganjaran kepada pemain dan yakin pemain Perak menerima lebih daripada RM2,000 seorang setakat ini.

“Kita punyai cara sendiri untuk memotivasi pemain dan setakat ini ia ternyata berkesan berdasarkan pencapaian setakat ini,” katanya.

Artikel asal di myMetro.
Foto oleh Yusrie Zulkifli (Perak F.A.).

Psst: Harap memberi persembahan terbaik dalam setiap game..ape-ape pun..Kita berentap dulu dalam Suku Akhir Piala Malaysia. Bawa balik Piala Malaysia ke Bumi Perak