Aku bukan la hebat sangat dalam sasterani, jauh sekali nak baca novel..Cuma inilah masalahnya jika kita langsung tidak memahami maksud tersirat sastera yang penuh dengan bahasa puitis dan ayat2 sindiran.
TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.
Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.
Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?
ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.
Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.
Datuk masih menulis?
ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
-Utusan
Kepada rakan-rakan kaum India, ini lah hakikat sebenar...sejarah lalu juga dengan jelas membezakan Kasta di selatan india yang majoriti etnik Tamil. Kaum Melayu dapat menerima segala kritikan bangsanya seperti Melayu mudah lupa, janji Melayu, Melayu masih bertongkat, dan banyak lagi..kami boleh menerima dengan positif..kami akui kegagalan kami, kami akui kelemahan kami, semoga kritikan2 tersebut dapat merubah kami kepada yang lebih baik.
Kaum india sepatutnya bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian rakyat Malaysia, sukar untuk kita jumpa masyarakat India dia Indonesia, Filipina, Thailand dan negara Asean lain..Cuma diMalaysia Masyarakat India dapat hidup penuh harmoni.
Akhir kata, jika itu hakikat, kerana apa perlu malu.....
Tuesday, January 11, 2011
Dr M: Kegagalan saya di Kampung Baru...
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gagal menyelesaikan isu pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini.
Katanya, rancangan membangunkan kawasan itu gagal ekoran beberapa masalah berkenaan pemilikan dan harga tanah akibat penghijrahan penduduk dan kesukaran mengenalpasti pewaris.
Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi.
"Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu," katanya.
Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir (kanan) juga berkata, jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di ibu negara.
Sehubungan itu, bagi menjamin Melayu terus mendiami kawasan itu, pemaju dikenakan syarat supaya penduduknya dibayar harga tanah dan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang didirikan.
"Tetapi sekali lagi syarat in akan menaikkan kos pembangunan. Pemaju Melayu mungkin tidak berminat. Bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah.
Hari ini pun banyaklah tempat kediaman dan kedai yang diperuntuk kepada orang Melayu tidak dapat dibeli oleh mereka.
"Oleh sebab ini pembangunan Kampung Baru KL gagal dilaksanakan semasa saya menjadi perdana menteri," katanya.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berdoa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berjaya membangunkan semula kampung itu "supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri."
"Di tengah-tengah ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit, yang moden dan mewah terdapat kampung setinggan Melayu dengan rumah kayu berbumbung zink karat," katanya.
-Malaysiakini
Psst: Sehebat mana pun pemerintahan Tun M, Beliau pasti akan menyatakan beliau masih gagal dalam sesuatu perkara, malah beliau sendiri secara rendah diri mengatakan beliau gagal untuk memartabatkan orang-orang Melayu semasa pemerintahannya. Pemimpin seperti ini lah yang kita mahukan yang mana mengakui kelemahan diri sendiri serta kekurangannya. bukan seperti sesetengah pemimpin yang asyik menyalahkan orang lain jika beliau gagal dalam melaksanakan tugas.
Subscribe to:
Posts (Atom)