Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, January 12, 2011

Bolasepak: Ranking Malaysia Naik Ke Tangga 142


Selepas memenangi Piala AFF Suzuki pada 29 Disember 2010 dengan menewaskan Indonesia (4-2) secara agregat, ranking Malaysia naik 2 anak tangga daripada kedudukan 144 kepada 142 daripada 203 buah negara. Bagaimanapun, Indonesia selaku Naib Juara Piala AFF masih berada di ranking yang lebih baik daripada Malaysia iaitu pada kedudukan 126. Juara Piala Dunia, Sepanyol masih lagi menguasi ranking pertama, diikuti Belanda, Jerman dan Brazil.

Di peringkat Asia, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 dengan mengumpul 145. Di peringkat Asia, Malaysia juga membaiki dua kedudukan dari tempat ke 25 ke tempat 23. Biarpun memenangi trofi di peringkat Asia Tenggara, Thailand masih lagi berada pada kedudukan yang pertama di Asia Tenggara iaitu pada kedudukan ke-17, Indonesia kedudukan ke-18 Vietnam pada kedudukan ke-21, Singapura pada kedudukan ke-22 dan kemudian Malaysia pada kedudukan ke-23 Asia. Mengikut kedudukan di Asia Tenggara, Malaysia masih lagi pada kedudukan ke-5 di Asia Tenggara. Harimau Malaya masih ada beberapa tahap kejayaan lagi yang perlu dikecapi iaitu di peringkat Asia, Komanwel, Olimpik dan Piala Dunia. Ayuh mara Harimau Malaya.

Kumpulan XPDC


Posting Kalini aku just nak cerita tentang XPDC, bukan XPDC nak masuk hutan, Konvoi, atau lainnya, tapi kumpulan XPDC. Ni pengaruh AJL la punya pasal, orang dok cakap tak layak menang tapi menang, persembahan hebat pun kalah, come on la..nama pun juara lagu, bukan pilih kasih rosyam nor tu.

Dulu aku peminat No.1 la kumpulan XPDC, lagu-lagu dia waktu tu boleh kata semua tahu, aku yakin ramai lagi masih mengingati lagu XPDC ini. Antaranya;

1. "C.I.N.T.A."
2. "Aku Dan Sesuatu"
3. "C.T. Cinta Kenangan Silam"
4. "Bahalol"
5. "Ntahapahapantah"
6. "Titian Perjalanan"
7. "Hijau Bumi Tuhan"
8. "Nafisa"
9. "Langsung Tak Faham"
10. "Teman"
11. "Semangat Perjuangan Harmoni"
12. "Hidup Bersama"
13. "Hentian Ini"
14. "Semangat Yang Hilang"
15. "Tak Nak Jadi Soh Chai"
16. "Senapang Patah"
17. "Aku Masih Di Sini"
18. "Apa Nak Dikata"

Kumpulan yang digelar ‘Raja Funfair’ ini cukup popular pada tahun 90-an. Namun, masalah dalaman yang melanda kumpulan ini membuatkan populariti mereka terjejas. Pertukaran ahli kumpulan yang kerap kali juga memberi impak yang tidak bagus.


Ahli Kumpulan Asal XPDC ialah Mael - Vokal, Izo - Lead Guitar, Zua - Bass Guitar, Lee Space - Drummer / Amy - Drummer

Sedikit Sejarah Kumpulan XPDC


XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy. Kumpulan Tragedy merupakan nama asal kumpulan XPDC. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin (Allahyarham).
Allahyarham (Zul Adnan Mohd Razali) @ J.S Kevin

Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Mael

Keluarnya Mael dari XPDC terus menyebabkan aku hilang minat kepada XPDC kerana bagi aku Mael adalah XPDC dan XPDC adalah Mael. Suara Mael yang unik dan lain dari yang lain. Lagu-lagu XPDC juga sangat berbeza dari mana-mana kumpulan sezaman dengannya. kita kadang2 boleh konfius antara wings dan search, tetapi XPDC kita boleh mengenal dari lagu dan suara dan muzik mereka.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!).
Zua

Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.


Antara Album kumpulan XPDC
Un'Metal

Darjah Satu-1st Album

Metal 60'an, antara album yang memartabatkan kembali irama pop yeh yeh versi Metal


Kita Peng-yu a.k.a kita bersaudara
Samurai

Brutal

Album Terbaru
Sepanjang Penglibatan mereka secara tak rasmi 11 album telah dihasilkan dan hampir kesemua Album terutama zaman Mael terjual lebih 150,000 unit dan yang paling laris Album Brutal 300,000 unit.

Antara Album Serpihan ahli kumpulan XPDC




Album Real X dari Mael-Asalnya real XPDC, namun dilarang oleh ahli kumpulan XPDC,
pernah menjayakan konsert sulung mereka pada tahun 2000. Lagu Segar dalam Ingatan ini ditujukan khas kepada rakan2 XPDC .Akhirnya Mael kembali Ke XPDC.

Album Viper dari zua-tak kemana kumpulan ni


'XPDC- LIVE IN KONCERT' telah dirakamkan dihadapan lebih 13,000 peminat pada bulan April 1998. Cuba kalian dengar lagu, lirik dan muzik mereka, memang lain dari yang lain, tambah2 lagi suara Mael. Lagu yang penuh kata-kata nasihat dan teguran sinis disampaikan, jiwang2 ni sikit sangat la...





Dunia Artis tak pernah lepas dari Najis Dadah..Akibat Dadah lah segala yang dibina boleh musnah sekelip mata. Mael Ditahan Pihak Berkuasa atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Akhir Kata Kumpulan XPDC tetap menjadi lagenda rock Malaysia...
-Kita Peng Yu-