Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, March 9, 2011

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad- Buku yang harus dimiliki



Sebagai peminat Tun M, Aku juga turut teruja dengan perlancaran Buku tersebut. buku biografi yang ditulis beliau adalah benar dan bukan untuk menyakiti hati sesiapa. Buku setebal 816 muka surat ini ditulis berdasarkan fakta yang benar dan beliau telah cuba mengelak daripada menyakiti hati mana-mana pihak.

Buku yang menceritakan kehidupan dan cabaran dihadapi Tun Doktor Mahathir Mohamad dan era kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri malaysia selama 22 tahun Dan antara yang disentuh ialah Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai mentor beliau.

Buku biografi itu turut memuatkan kisah ibu bapa dan masa kecilnya, pengajian beliau di universiti, percintaan beliau dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, juga meliputi topik yang luas termasuk Ops Lalang, badan kehakiman, Krisis matawang 1990 dan 1998 dan hubungan beliau dengan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya berpendapat akan ada orang rasa tidak senang hati dengan penulisan saya dalam buku ini....Jadi saya terimalah...nak saman, samanlah," katanya.

Buku ini pastinya berbeza dengan mana-mana buku beliau yang lebih fokus kepada isu-isu tertentu seperti The Malay Dilemma, dan buku yang mengisahkan perihal beliau seperti "chedet.com Blogging to Unblock",Malaysian Maverick,'Doctor M: Operation Malaysia-Conversation with Mahathir Mohamad' dan sebagainya. Buku yang 100% ditulis oleh Tun ini pastinya mempunyai nilai yang lebih tinggi.


Psst: 8 tahun tulis buku untuk 800 muka surat..mari kita membaca. Tun M jarang atau sukar menceritakan sesuatu yang berlaku diwaktu pemerintahannya kepada pihak umum atas sebab tertentu. mungkin waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk beliau luahkan sebab musabab tindakan beliau itu.

Golongan belia: Skim Rumah Pertamaku dilancar


KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.

Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.

Psst: Kepada rakan2 golongan belia..Gunakanlah kemudahan dan peluang yang diberikan. Rumah adalah salah satu perkara asasi dalam kehidupan.....